Monday, 23 May 2011

Ambang Asuhan Jepun : Orientasi

Assalamualaikum, minna~~

As we all know, bermula 19hb bersamaan Khamis hari tu, aku telah bergelar pelajar U. Bangga tu! Bukan senang jadi "budak U" masa umur baru 18. Lagi pulak Universiti Malaya, tak cam gah gitu?



Aku mendaftar di Ambang Asuhan Jepun (AAJ) untuk program Rancangan Persediaan Khas ke Jepun (RPKJ). AAJ ialah tempat manakala RPKJ ialah programnya. Masa dulu-dulu, aku pun keliru jugak. Sebab kat blog-blog senior, mostly diorang akan mention AAJ, jarang la guna RPKJ. So, aku ingat ke AAJ tu program dia. Dah tu, RPKJ tu ape pulak? Bila masuk sini, baru aku faham.

Untuk pengetahuan korang, program ni adalah antara program-program yang "rare" cases di mana bilangan student lelaki adalah dua kali ganda student perempuan. Em, sebenarnya tak pelik pun, sebab engineer, standard la ramai lelaki... (aku risau gak sama ada boleh survive ke tak nanti~~)

Ok, enough of introduction before aku start merepek yang pelik-pelik. Entri ni pun salah satunya adalah untuk memenuhi permintaan cik timah yang sorang ni ha. So, aku nak cerita la serba sedikit yang aku tahu tentang AAJ dan RPKJ ni.




Tapi sebelum tu, aku nak bagi tau korang bahawa kursus aku ni paling best! Dan tahun ni, student nye adalah yang paling bertuah, walaupun result tertunda beberapa kali dan tarikh kemasukan juga tertangguh. Betul la, setiap yang berlaku ada hikmah. Disebabkan kelewatan mendaftar dan keusntukan masa, kitorang hanya melalui orientasi selama 2 hari sahaja. Best tak? Bagi aku best la, sebab takde la kena buat benda pelik2 sangat. Tapi, aku tak tau la korang camner.

Apapun yang paling aku suka sebenarnya ialah, kitorang batch ke-30! Ke-30, tak ke cam nice je nombor dia? :D


Stolen from Google Image :D

Ok, serba sedikit tentang AAJ dan RPKJ ni. Em, kalau korang ni pernah stumble on mana-mana previous AAJ students' punya blog, impression yang diorang akan bagi ialah AAJ & RPKJ ni susah. Tapi sejauh mana kebenarannya, jom analyse!

1. Kitorang ada kuliah dan tutorial. Kira standard la, semua kursus pun ada.
2. Kitorang cuma ada 4 je amali, untuk 2 tahun kalau nak banding ngan asasi / matrik yang ada 8 amali dalam setahun. Sikit kan? So, best tak?
3. Kitorang takkan ada homework, cuma shukudai je.
4. Pastu malam-malam, takyah susah-susah buat review, just yoshuu dah cukup.
5. Dalam kelas pun takde ketua kelas  ke apa, cuma rotate tugas nicchoku je

Amacam? Best kan? Semua takde.

Tapi jap, yang italic semua tu ape? Speaking Jepun, tak faham la.

Oh, yang tu takde pape pun. Cuma translation untuk yang bold tu dalam bahasa Jepun je.

So, camne?

Tak susah kan?



Bagi aku la, sebenarnya mana-mana pun susah. Even nak tidur pun susah, kalau mata tak nak lelap. So, cabaran tu memang ada. Kita perlu hadapinya dengan hati yang sangat tenang. Sebab itulah yang akan mematangkan kita. Kalau asyik nak fikir susah dan payah je, memang takleh survive la kat mana-mana pun. Jangan fikir susah, walaupun memang susah. Fikir positif, fikirkan "Aku boleh!". Apa yang kita fikirkan, itulah kita.

Lepas-lepas ni, aku akan post banyak lagi pasal AAJ dan RPKJ ni. Dah hidup aku kat sini. Maka itu sahaja lah cerita yang aku ada. Sila nantikan kalau anda mahu! :D

P.S: Start esok, for three weeks ada intensif bahasa Jepun. Fuh, memang jadi jepun betulla kitorang lepas ni!

11 comments:

Dr Afifah said...

dah tere cakap jepun nanti jangan lupe bahasa ibunda kite lak tau! bahasa melambangkan bangsa. (cewahh.haha)

tapi betullah, kite adalah apa yg kite fikirkan. mindset tu kene positive,barulah btul2 jadi positif. yes, afifahs boleh! (tambah 's' sebab utk 2 afifah. kui3 )

TiM said...

ciss.. aku dah mula tension. lagi sebulan baru masuk IB. arghhh.. tak sabarnyaa menunggu!!!

Nur Amira Ilyani said...

Wahhhh, best gila ramai!!
I heard from our sensei that korang punya way of study lagi tough, kitorg takde class hari sabtu, korg ada kan? And kitorg habis class pukul 4. Korang 5 rite? Hehehe

And the fact that kitorg tk payah amik exam kemasukan uni, sbb terus masuk kosen (national universiti). Nanti amik monkasho je la.
Kitorg much more into practical, deal with robots and machines.
Hmm, okaylah, i'm not into teori much pun.

Well iffah, gambatte! :)

Iffah Syuqaira said...

afifahs: lupa bahasa melayu? cm lawak pulak. tp x mustahil pun. cuma rasanya kalau dh smpai sana nnti, konfem rindu nk ckp melayu byk2.. haha

tim: sabar, tim, sabar

amira: agak la.. haha.. setakat ni xde lagi la kelas hari sabtu.. tak tau la akn2 dtg ^^ well, that's the pro's part la. korang mmg lebih ditarget utk memenuhi pasaran kerja. kira graduate nnti, mmg senang la nk kerja. Ganbatte!!

Anonymous said...

assalamualaikum, nama saya aina dan saya lepasan spm 2013. alhamdulillah result straight A's saya telah melayakkan saya utk apply mana2 program dan tajaan ke universiti yg saya minat. disbbkan akak mempunyai pengalaman menyertai program rpkj ni, saya ada beberapa soalan nk tanya. course chemical engineering ditawarkn x dlm program ni? and program yg ditawarkn kpd akak adlh diploma ke atau degree? sbrnye saya bercita-cita utk sambung belajar di sana dlm bidang chemical engineering.harap akak boleh tolong saya. terima kasih =)

Iffah Syuqaira said...

Waalaikumsalam
Maaf, sgt2 lmbt respon. orz
Ada. Pilihan kursus adalah bergantung pada minat pelajar, asalkan masih dlm bidang kejuruteraan.
Kursus utk rpkj ialah persediaan utk ijazah pertama, dan boleh dimohon bwh prgrm kerjasama jpa-mara.
Sekali lagi, maaf. Harap dapat membantu.

Anonymous said...

Assalam.klu aliran sastera boleh mohon x?klu boleh camne?saya lepasan spm2014

Anonymous said...

Akak, nak apply kat mane? Kat portal jpa ke Mara ke um?

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya lepasan SPM 2014 & saya pun mohon program JPA-MARA ni. Memang target masuk AAJ pun. Sampai pernah termimpi skali.

Result SPM saya 4A+ 3A 2A- ( so total 9 la ). Saya nak tau apa average result SPM student AAJ ni.

Takut jugak ni tunggu result keluar

Anonymous said...

Ada x bdk aaj yg x dpt stret a+? Paling sikit yg akk tau brape a+? akk dpt brape a+,a,a-?

Unknown said...

Nak tanya, kursus biotech dan farmasi ada ditawarkan dalam RPKJ? Kursus2 apa yang sebenarnya ditawarkan?