Terasa lama jugak x update blog, walaupun xde la lama mane senanye, nak compare dgn 2 bulan aku x buat apa2 dulu. Em, ok2, let's go to the topic. Secara sedar, atau x sedar, atau buat2 tak sedar, dah 2 minggu rupanya sem 2 berlalu.
Shitte imasuka? |
Bagi aku antara belajar benda baru yang tak tahu, dengan belajar balik benda yang dah tahu, aku lagi suka yang first. Sebab bila belajar benda baru yang tak tahu, semangat ingin tahu atau inquiry tu lebih tinggi. Compare to benda yang dah tahu, sedikit sebanyak dia akan jadi, "Ala, sebenarnya dia nk ni.. term je pelik2." (Info kepada yang tak tahu: kitorg belajar Math, Fizik, Kimia dalam Jepun sekarang, so, banyak la term yang 'pelik2' yang keluar). But well...itu aku.. seorang manusia yang pelik. Anda2 semua saya tak tahu lah ye... *aku tahu aku byk sgt guna word "tahu" kt sini*
Sebenarnya aku nk share this one thing:
"dlm seminggu, mcm2 boleh jadi.. x smpai seminggu pn, mcm2 dh jadi.. planning Allah xde sape yg boleh teka... subhanallah~~"
Ni ialah status aku pada 27 Oktober 2011, Khamis, 9:59 pm.
Apa kaitan benda ni??
Aku baru 2 minggu balik AAJ semula. Balik dengan azam baru, sebab baru mula sem baru. Dan normalla, mesti ada perancangan, expectation, ramalan ke apa2 la, yang berkaitan tentang sesuatu yang baru. Tp tu semua sebelum start dulu la.
Bila dah berlalu 2 minggu ni, aku terasa sangat cm yg aku tulis kat status tu. Memang 2 minggu tu nampak cm x lama, tp aku rasa mcm2 dh jadi. Even sehari pn, kdg2 rasa full sgt. Sal kelas, or ketaihenan (ke'susah'an) life kt AAJ ni takyah cakap la. Bukan nak kata susah ke apa, tapi agak2 la, kalau hari ketiga balik asrama pukul 7 malam, susah tak?
And those things adalah perkara2 yang aku tak pernah expect akan berlaku. Em, betulla, manusia hanya mampu merancang, tapi yang menentukannya ALLAH. Dan memang biasa jugak berlaku kan, apa yang kita paling taknak tu yang kita akan dapat kn? Haha..
Em, ok2, aku rasa korang still tertanya2, apa sebenarnya point aku. Cam xde point, terawang-awang atas angin, dan penuh teka-teki.
Tajuk kan sal tahu... so, jomla main teka teki byk skit.. |
Em, ok, aku sebenarnya nak cerita sal "kawan". Kawan, satu word yang semua orang tahu, dan semua orang suka. Tapi tak semua orang berjaya dapat kawan yang betul, kawan yang kekal lama, kawan yang memahami dan sebagainya la. Dan tak kurang juga, yang ada kawan yang best, tapi tak hargai. Aku. personally jealous sgt kt orang cm adik aku. Kawan baik dia, dia kenal dari darjah 3, dan kekal sampai sekarang. Hampir 10 tahun jugakla. Sekolah pun tak pernah tak sama. Memang best la. Rezeki dia...
Kadang-kadang kita tak sangka kita akan baik dengan orang tu. Kadang-kadang kita rasa orang tu macam tak sama je dengan kita, tp bila dah mula kenal, rupanya ngam. Kadang-kadang pulak, kita baik sangat dengan dia, tapi tiba-tiba je kita gaduh. Tak pun, tengah gaduh gila2, tetiba je baik. Mcm2 kemungkinan kn? Ada yang kita mungkin jangka, ada jugak yang tak. Semuanya boleh berlaku secara spontan, tiba-tiba, takyah nak ada angin ke ribut ke apa. Sebab semuanya Allah memang dah tentukan sejak azali lagi.
Bagi aku semua ni adalah soal hati dan niat. Well, kita memang tak tahu apa yang ada dalam hati orang, so tak boleh nak judge a book by its cover. Dan hati ni, kalau nak berubah, memang spontan je boleh berubah. Cumanya, bagi aku, kalau nak berkawan, biarlah ikhlas kerana Allah. InsyaAllah kekal. Kalau kawan dengan seseorang tu, ada udang di sebalik mi, memang tak ke mana la.
Salah satu ciri Halawatul Iman :
"Apabila seseorang menyayangi orang lain, tidaklah dia menyayanginya melainkan kerana Allah"
Salah satu golongan yang mendapat perlindungan Arasy :
" Orang yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah".
See? Just ikhlas, and we'll get these two things. Well, ada ke yang tak nak kelebihan2 ni semua? Mesti semua nak kn... lagi2 yang kedua tu, pada hari di mana takde siapa yang akan boleh membantu diri kita, melainkan syafaat Rasulullah. Tu pn, dh cukup sempurna ke kita utk menagih syafaat baginda?? Oh ye, jgn salah tafsir pulak. Ini statemet general, dan rasanya rmai je yang dah tahu. Sebab Arab tak macam Melayu, word yang bererti kasih sayang ni satu je. Bila translate ke Melayu yang jd mcm2.
Bila semua perkara yang kita buat tu kerana Allah, insyaAllah akan jadi baik dan berterusan. Tapi kalau untuk ambil keempatan dan sebagainya, maka faham2 sendiri la. Memang ikhlas tu susah, kadang-kadang kena paksa, dan kadang-kadang ter'riak'. Tapi, itulah cara menuju ikhlas. Sebab hidayah Allah tu perlu diusahakan, bukan ditunggu je...
Aku tak kisah (kot) kalau xde kawan. Tapi aku rasa aku kisah kalau aku hilang kawan, even dia tak rapat sekalipun, dia tetap kawan... Thanks sahabat.. anda penyeri hidup saya...hehe... :D
Wallahu a'lam.
*Aku rasa post aku ni cm xde point. Sorry...huhu..
P.S: Hari ni Sabtu, tapi bukan hari cuti...
4 comments:
Salam Fifah,
kata imam al-Ghazali saja nak share...
cara nak hilangkan riak adalah dengan melaziminya...
may Allah bless u...takde satu benda pun dlm life ni tanpa pengetahuan dia..
thanks dear for the reminder. Em, kdg2 kita terlupa kn? SO, tu la gne ada kwn.. boleh igt2kn ^^
thank you for always mention about me in your post...haha^^gediks
sme2 jugak.. gedik..haha
Post a Comment