Sunday, 1 January 2012

Ukhuwah fillah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terasa keskemaan..hehe

Aku suka highlands, tenang dan nyaman!


Em, entri ke-30, penutup untuk 2011. Sekejap je rasa, dah hujung tahun. Esok dah tahun baru. Betullah masa itu seperti pedang, Jika kita tak memotongnya, ia yang akan memotong kita. الوقت كالسيف إن لم تقطعه, قطعك


Before kalendar bertukar angka, aku rasa cam nak buat review untuk tahun ni. Skema. Ayat standard semua orang, "tahun ni dah mcm2 berlaku, mendewasakan aku...bla bla bla...". Aku pun lebih kurang je la kot..







Tapi dalam banyak-banyak perkara, the one that left the biggest mark pada aku ialah friend-related things. Banyak la. Jumpa balik kawan lama, yang dah berdekad tak jumpa. Ada yang in person, ada yang virtually je. Tak kisah la, at least jumpa. Then, berpisah pulak dengan kawan-kawan yang dekat. Masing-masing mengejar cita-cita, ke merata-rata. Entah bila la boleh kumpul, jumpa balik pulak. Huhu... nostalgic betul..




Aku teringat ada sorang kawan aku ni, dedicated post untuk aku, several days before I registered at AAJ. Masa aku baca tu, xde komen lagi. Kira komen aku je la. Then, baru beberapa hari lepas, ada lagi sorang komen. An old friend too. Sekolah rendah tu. Hehe. Komen tu dah lama, tapi aku je yang baru perasan. Dah la entri tu memang dah cukup2 menyentuh, tambah lak lagi dengan komen. Nasib baik tak banjir je..hehehe. Kantoi di situ. Tak, aku tak nangis, terharu je. Em, ye la, sape tak terasa kot, kalau dah people shows their appreciation, kan?



Bila jumpa balik kawan-kawan lama ni semua, memang seronok. Lagi-lagi kalau memang that person kita nak jumpa sangat. Sort of special friend. Bila terfikir, agak-agak ni la kesan kalau persahabatan tu kerana Allah kan? Beribu tahun tak jumpa pun, bond tu terasa cam ada je, cam dekat. Kira takde problem la nak rebuild the friendship ke apa. Takde boundary, takde jurang. And that's "ukhuwah fillah" for me.




Ukhuwah fillah ni ialah manifestasi iman kita. Kiranya kalau iman kita kuat, kita akan mudah je nk baik ngan orang. Others pun senang je nak dekat ngan kita. Tapi kalau sebaliknya pulak, no komen la. Kalau Iman tu hablum min Allah (hubungan dgn Allah), ukhuwah ni pulak mewakili hablum minannas (hubungan dgn manusia). 




Tapi walaupun kita digalakkan untuk berbaik dengan semua orang, dikatakan pulak ‘semua mukmin itu bersaudara’, bagi aku ‘cross gender friendship’ terkecuali kot. Yang part rukhsah dalam menuntut ilmu, perubatan, muamalat tu semua tolak ke tepi la. Tu memang diberi kelonggaran. Yang aku maksudkn ni, yang tak ada sebab apa-apa. Just untuk suka-suka je kot..


Sebab bagi aku la, tak ada istilah persahabatan antara lelaki dgn perempuan, melainkan dgn tujuan tertentu. Of course la, dalam pape pun, tujuan paling besar yg semua orang pun nak, mestilah yang mencapai atau kalau tak pun, menuju ke arah mardhatillah (keredaan Allah), kan? And to achieve that mardatillah, kenalah ikut apa yang Allah dah gariskan. Dalam kes 'cross gender frienship' ni, ada satu je jalan yang Allah tunjuk, which is the only relationship yg diapprove oleh Islam. Apa? Faham-faham sendiri je la kan.. In fact, tujuan kalau nak ber'kawan' pun, mesti ke arah tu.


Tapi bagi aku, itu tak bermakna tak boleh bertegur langsung. Ada situasi yang memang tak boleh elak, nak buat macam mana. Contohnya dalam kelas, discussing academic related topics, boleh diterima la. Atau kalau ada event2 yang kena handle, yg memerlukan perbincangan banyak pihak, tu tak ada masalah. Tapi itu pun kena lebih dari dua. Senang cerita, bawak kawan la. Sebab kalau berdua je, nanti syaitan jadi yang ketiga. Lagi masalah datang tak putus-putus.


Then lagi satu, aku rasa cukup smpai situ je, those formal discussion tu la. Tak payah la sampai nk mesej2, fb2-chat bagai semua. Aku tak nampak pun apa keperluan kat situ. Kalau kira pun, dalam situation cam ni, memang direct between two people je kn? So, peluang untuk syaitan menyibuk tu sangatla besar. Tu yang daripada nak cakap hal tugasan je mula-mula, sudahnya melalut sampai 'dah makan ke belum?', 'kau tengah buat apa tu?', macam-macam lagi la.


That's why, aku rasa tak perlu la aku teruskan atau create mana-mana 'cross gender friendship', lebih-lebih lagi yang aku tahu tak ada tujuan yang jelas. Kalau ada perkara yang penting sangat pun, biarlah setakat yang atas tu je. Tapi kalau dah tak boleh sangat, nak buat macam mana. Maybe boleh dipertimbangkan kot. Yang pasti, aku cuma nak jadi seorang Iffah. The real Iffah! 


Wallahu a'lam.

P.S: Kenapa tetiba English aku bersepah-sepah keluar ni? Takkan sebab Jepun dah sambut New Year by now kot..

No comments: