Wednesday, 28 August 2013

Sekecil Semut

Assalamualaikum



Suatu hari ketika ziarah raya:




Sedang kami rancak berbual di meja makan di rumah seorang sahabat, masuk seorang kanak-kanak lelaki. Beruniform sekolah dan bertubuh sederhana besar. Anak kepada jiran sahabat, yang dijaga oleh ibunya.

"Haa, salam kakak-kakak ni," arah tuan rumah.

Dia pun datang menghulur tangan, seorang demi seorang. Kami semua perempuan di situ.
Aku sedikit kekok. Rasa ingin kutolak sahaja.

"Berapa umurnya?" Aku bertanya.

"Darjah 4."

"Oh.."


Lantas aku teringat adik lelakiku. Umurnya sebaya. Cuma bezanya, dia sudah tidak bersalam dengan wanita ajnabi. Termasuk sepupu dan makcik-makcik bukan saudara.





-----------------

Termenung seketika, membuatkan aku terfikir. Andai perkara kecil seremeh ini masih belum selesai, manakan mungkin kemenangan Islam akan datang bergolek.




Wallahu a'lam

No comments: