Berlalu sudah 2014, tahun penuh ujian dan duka, buat Malaysia negaraku.
Buatku juga. Mungkin.
Moga kifarah dosa, juga pengajaran bersama.
Bunyi cliche dan tipikal. Sangat. Tapi ada alasan lebih baik ke?
2015 pula baru dua minggu berlalu. Baru dua minggu.
Sangat panjang terasa, bagai dua bulan lamanya. Petanda tahun yang panjang bakal menanti. Allahu. Moga dikurnia kekuatan.
Hampir 2 tahun di sini, berkelana di bumi asing, yang terbukti a tough battlefield. Berita kecundangnya pejuang makin acap singgah di gegendang telinga, seiring peredaran masa. Sedih. Semoga itu yang terbaik.
Sungguh, kehebatan akademik atau bilangan A+ dalam SPM sama sekali bukan jaminan akan keayaan di sini.
Sungguh, kehebatan akademik atau bilangan A+ dalam SPM sama sekali bukan jaminan akan keayaan di sini.
Kata sahabat, siapa tak penat dengan Jepun?
Jujur, aku penat dengan Jepun. Penat dengan kesunyian hidup, penat dengan hitori gurashi, penat dengan persekitaran 95% lelaki. Penat. Serius. Penat.
Bukan setakat "Betul ke pilihan aku?" tetapi kerap juga terfikir, "Syar'i ke apa yang aku buat ni?".
Muslimah bermusafir seorang diri tanpa mahram, berjauhan daripada keluarga ke negara asing bukan Islam. Tidak salahkah di sisi agama?
Ya benar, tujuan untuk menuntut ilmu. Itu tidak salah. Bahkan, Islam sendiri menggalakkan umatnya menuntut ilmu. Namun, mendalami teknologi kejuruteraan jauh hingga ke Jepun bukan tuntutan mendesak pada muslimah. Lebih-lebih lagi apabila gabungan faktor 'Jepun' dan 'kejuruteraan' itu mewujudkan persekitaran tidak kondusif pada kehidupan muslimah.
Maka, benarkah tindakan aku?
Masih dalam pencarian jawapan....
強く見えるかも
唯の強がり
或は強いブリ
...に過ぎず
Moga terus ditetapkan hati, menongkah hari.
Berbekalkan motivasi yang berbaki; usrah & IPIJ.
Hitori janai kara!
3 comments:
semoga Allah permudahkan urusan semuanya :)
untuk hadam sesuatu hikmah disebalik sesuatu itu kadang kadang perlu masa sahabat :')
Lama tak singgah. Tak sangka masih update blog ^^
Assalamualaikum akak,, sy da 3 hari bturut2 bace blog akak dr akak duk um lg,, hahha,, alhamdulillah n jazakillah,, byk info yg sy dpt,, heheh,, sy bcita cita nk study ke jepun jgk,, bole x nk contact akak?? Fb ke? Nk tnye sikit2 laa,, bole? Sy lepasan SPM 2014,, 😊
Post a Comment