Literal translation : young master
Bocchan ialah sebuah novel oleh Natsume Soseki yang ditulis pada tahun 1906.
Bocchan telah banyak kali diadaptasi ke pelbagai naskhah karya -- filem, telemovie, anime, manga.
Bersempena
[Spoiler alert]
Bocchan ialah seorang 'reckless and rambunctious but honest Edo-boy' (Edo ialah nama lama bagi Tokyo) yang dijaga oleh seorang wanita bernama Kiyo selepas ketiadaan ibu bapanya. Kiyo sentiasa memuji Bocchan mengatakan dia mempunyai peribadi yang baik, tetapi juga sering berpesan bahawa 'jangan sesekali menggunakan kekerasan' (乱暴だけはいけません).
Selepas tamat pengajian, Bocchan bekerja sebagai guru matematik di sebuah sekolah di Matsuyama, Ehime.
Berkata benar walaupun pahit
ウソはつきません(Tidak akan menipu)- Tagline Bocchan-
(1)
Setibanya di Matsuyama, Bocchan terus menuju ke sekolah tempatnya bakal mengajar. Di situ, dia bertemu dengan para guru sedia ada di sekolah tersebut termasuklah pengetua yang dikenali sebagai Aka-Shatsu (baju merah) kerana sentiasa memakai kemeja merah. Dalam ucapan pengenalannya, Aka-Shatsu menyatakan bahawa sebagai guru, tanggungjawab meraka bukan sahaja mengajar tetapi juga perlu menjadi contoh kepada para pelajar.
Dengan jujurnya, Bocchan menjawab bahawa dia tidak boleh berbuat seperti yang dikatakan oleh Aka-Shatsu. Sejak itu, bermula lah siri perbezaan pendapat antara kedua mereka.
(2)
Ketika pengajaran pertamanya, Bocchan memperkenalkan formula 4πr2. Seorang murid mengajukan soalan kenapa formula itu terbentuk sedemikian rupa.
Dengan jujurnya, Bocchan menjawab 'Saya tidak tahu' yang membuatkan seisi kelas serta Aka-Shatsu yang kebetulan lalu di tepi kelas tersebut terkejut.
Tetapi Bocchan berjanji bahawa dia akan menjawab soalan tersebut apabila dia mempunyai jawapan.
Action speaks louder
(3)
Bocchan selalu dipermainkan oleh para pelajarnya. Seperti menulis 'makan ramen empat mangkuk' pada papan hitam sebelum kelas bermula dan merosakkan kelambunya ketika program bermalam di sekolah.
"Siapa yang buat?"
Apabila tiada jawapan, Bocchan meneruskan pengajaran seperti biasa.
彼はいい模範になってくれましたね(Dia telah menjadi suatu contoh yang baik)
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
Seterusnya boleh tengok sendiri.
Maaf lah tak pandai buat review
Tajuk mungkin tak fancy macam tak best je kan
No comments:
Post a Comment