Peratusan keluar mengundi lebih kurang 50% (tak ingat exact number)
•Antara highlight utama kali ini ialah umur mengundi yang diturunkan kepada 18 tahun. Buat pertama kalinya ada pengundi dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
•Perubahan ini adalah salah satu usaha menarik undi dan minat kepada politik dalam kalangan belia di Jepun yang mana peratusan mengundi sangat rendah (sekitar 20% sahaja).
•Special class dan mock election turut diadakan di sekolah sebagai persediaan dan pendedahan kepada pelajar yang akan mengundi buat kali pertama.
•Jepun pada hari ini dikatakan sebagai 'the most unkind country to the young'. Alasan untuk kenyataan ini ialah peruntukan kewangan yang lebih menyebelahi warga tua, manakala golongan muda (yang bekerja) dibebani dengan cukai yang tinggi.
Perbualan dengan seorang senior yang bekerja masa jamuan raya hari tu, katanya dia bayar cukai berjumlah hampir 10man sebulan
•Dalam satu survey dalam kalangan 1000 responden berusia 18-19 tahun berkaitan "Adakah anda rasa masa depun Jepun cerah? (日本の将来は明るい?)"
11% responden menjawab ya (思う) dan 58% menjawab tidak (思わない). Selebihnya tidak dinyatakan.
•Jepun tersenarai sebagai negara paling banyak hutang
•New 'homework' (新たな課題) : Double care (ダブルケア) iaitu individu yang membesarkan anak kecil dan pada masa yang sama menjaga ibu bapa/ ahli keluarga yang tua atau sakit (育児 + 介護)
Kira-kira 5.5juta individu terlibat penjagaan (介護), 11juta mempunyai anak kecil (育児)
Individu yang terlibat dengan kedua-duanya (ダブルケア) dianggarkan sebanyak 250ribu
•Menghadapi kekurangan populasi penduduk, Jepun dijangka kehilangan sehingga 6juta tenaga kerja dalam tempoh 10 tahun akan datang. Solusi yang dicadangkan untuk mengatasi masalah ini ialah menggalakkan wanita bekerja, mengambil pekerja warga asing dan menggunakan tenaga kerja golongan tua.
•(Gambar) Lagi survey dalam kalangan 1000 responden berusia 18-19 tahun berkaitan "Siapa yang anda mahukan sebagai Perdana Menteri?"
Di ranking ke-2 ialah Perdana Menteri sekarang, Abe Shinzo. Manakala no-1 ialah 'いない' (tiada).
*Ada juga perbincangan berkaitan biasiswa pendidikan, tapi part tu tak ditayang di kansai orz
Sumber : Zero X 選挙 2016, mainly slot Vote 18 dan My Voice (sebab tu je yang ditayang di kansai, selebihnya local news bosan tak faham haha)
勉強になりました、ありがとうございまっ翔!
[Copy-pasted from facebook status. Ada masa nanti, insyaAllah akan proper edit semula]
No comments:
Post a Comment