Siapa tak nak, sila angkat tangan. |
Sebenarnya, saya nak berkongsi pengalaman sendiri ‘bermain’ dengan emas ni. Dah menjadi tradisi dalam keluarga saya, mak akan bagi emas sebagai hadiah pernghargaan kecemerlangan dalam peperiksaan awam. Mula-mula dulu, musykil jugak, sebab apa emas? Ye la, masa tu tak faham lagi nilainye.
Masa UPSR, dapat 5A, dapat rantai leher.
Masa PMR, dapat 9A, dapat rantai tangan pulak.
Terus-terang cakap, masa dapat hadiah PMR tu, sebenarnya taklah suka sangat (tak bersyukur betul! Sikit punye mahal emas tu! haha). Maklumlah remaja yang tengah membesar, terpengaruh dengan kawan-kawanlah. Tengok kawan-kawan semua ada handphone hebat-hebat, laptop sendiri, baju lawa-lawa dan segala bagai kemewahan duniawi (macamlah emas tu bukan), so, saya pun rasa cam nak jugaklah benda-benda tu.
Masa tu kononnya nakkan laptop sendiri. Sebab apa? Supaya senang sikit nak main internet suka-suka hati… haha… XD Yelah kan, emas, apa lah sangat boleh buat? Pakai kat tangan je lah!
Terdetik jugaklah kat hati ni, kenapalah umi suka sangat bagi emas? Takde ke benda lain?
Ada iras-iras rantai lama...kembar kot... tetiba rasa rindu kat dia...huhu |
Harga rantai baru tu RM1k+, standard lah kan untuk harga sekarang. Emas pun satu gram RM 140 kalau kat Pantai Timur. Di Kuala Lumpur, tambah lagi RM 20. Tu belum masuk upah lagi.
Dah tu, mula lah kira-kira untuk tolak rantai lama tu. Hasil campur tolak bahagi darab tu agak memeranjatkan juga lah. Mana taknya, masa beli dulu, rantai lama tu harganya RM 500+ je (umi taklah kaya sangat, dia tolak rantai leher zaman kanak-kanak dulu masa tu), loket dia pula adalah berpa puluh je. Tengok-tengok harga semasa rantai tu cecah RM 1k+! Memang “WOW!” la kejap. Sudahnya, nak ambil rantai baru yang lawa, (pattern dia glamour, bila pakai rasa cam orang kaya pulak), tambah RM 200 je. Sebabnya rantai lama tu dah ‘bayar’kan.
Bila balik tu, saya betul-betul perasan kerasionalan umi bagi emas kat anak-anak dia. Walaupun rantai tu usianya dah lima tahun, dah berkerak-kerak sana sini, tapi nilai dia masih tinggi. Meningkat lagi tu! Hampir sekali ganda jugakla. Tu pun dah ditolak susut nilai sikit. Agaknya kalau emas tulen, tinggi lagi harga dia kot.
emas = $$$ Sebab tu orang dulu-dulu 'simpan duit' kat emas.. |
Satu lagi kelebihan emas ni ialah korang tak payah nak kongsi dengan sesiapa. Memangla, kalau dapat handphone ke, laptop ke, baju ke, korang akan buat hak milik kekal terpelihara sendiri. Tapi kemungkinan untuk digunakan dengan izin atau tanpa izin oleh individu lain tu tetap ada. Beza dengan rantai emas, kalau dah dililit kat leher tu dua puluh empat jam, siapa yang boleh kongsi?
Jadi, lepas ni mintaklah hadiah emas daripada mak-mak korang (special untuk perempuan je ye, lelaki haram pakai emas, harap maklum.) Kebaikannya ialah korang akan nikmati kebaikannya seorang diri je. Pakwe memang confirm takleh minta pinjam. Adik-adik pun berani pandang je bila korang tayang-tayang. Walaupun tak nampak sangat nilai komersil dan menunjuk-nunjuknya, hakikatnya nilainya sangat-sangat tinggi. Kalau nak jual balik memang lumayan! Tapi kalau sekali beli sampai tiga empat utas tu, rasanya lagi baik kalau cari emas seketul. Takpun bukak je kedai emas. Rasa-rasa cam nak tukar, hari-hari pun boleh….. hehehe….
P/S: 5 tahun lagi, nak jual la rantai baru ni. Nak tahu sikit berapa tinggi harga dia naik. Tapi… em… takde ke sesiapa nak tolong belikan yang baru?
No comments:
Post a Comment