Wednesday, 6 April 2011

Medic dan Mesir.

Musim-musim keluar result SPM ni, tiga-tiga course ni memang famous la diperkatakan.

Aku sendiri pun tak terkecuali. Macamlah tiga ni je kursus yang ada kat university. Bila keluar jalan-jalan ikut mak, terutamanya hari sekolah, mesti orang tanya.

“Anak ke? Tak sekolah?”

Mak pun jawabla, “Ye, anak. Baru habis SPM.”

“Oh… macam mana result?”

“Alhamdulillah, dapat semua… 11A..” Biasanya mak yang jawab. Aku sengih-sengih tayang gigi kat sebelah je.

“Alhamdulillahhh (panjang sikit harakat), Tahniah lah! Lepas ni nak ambil apa? Medic?”

Tu dia, dah keluar la dah soalan cepumas tu. Kalau tak pun cam ni.

“Doktor la ni?”

Tak pun…

“Jadilah doktor, pergi Mesir, ambil Medic. Kalau tak minat Medic, ambil Farmasi pun ok. Tak pun dentist,”
Sorry, sebab aku tak cinta kat kau

Sengih aku pun makin lebarla kat makcik-makcik tu. Dalam hati, dah mula berkata-kata, “Ceh, suka hati pulak dia nak arah-arah,”. Tapi dalam hati je lah, tak pernah terlepas kat mulut.




Rupanya macam ni persepsi masyarakat kita terhadap student yang dapat straight A. Mest ambik Medic! (Lebih kurang cam tu la). Yang lagi aku rasa kesian tu, bila ibu bapa pun tak beri kebebasan kepada anak-anak untuk buat pilihan. Diorang pulak yang tentu-tentukan apa bidang yang sesuai. Aku faham, ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak mereka, tapi dalam kes macam ni rasanya, ibu bapa perlu beri sedikit kebebasan. Sebab ni masa depan mereka. Katakanlah, student ni ikut cakap parent, ambik Medic sedangkan hati tak berapa nak. Belajar punya belajar, tak dapat-dapat juga catch up, pastu fail. Tak rugi ke masa dia?

Aku bukan cakap ikut suka. Memang ni realiti. Hari tu ada jumpa seorang doktor, dia ada klinik sendiri. Dia kata dia sendiri pergi Mesir, jumpa pelajar Medic kat sana. Yang sedihnya tu, dia kata ¾ fail. Bukan aku yang buat cerita, dia yang bagi tahu. Aku pun terkejut jugak dengar. Yelah, ¾ tu bukannya sikit! Pastu dia kata Nur Amalina yang cemerlang dulu tu pun ‘lingkup’. Sekarang ni sambung kat university yang tak famous, kira yang bukan pilihan dia la.

Ada seorang lagi professor tu pun cakap macam tu jugak. Pelajar Medic ni ramai yang hancur, diorang tak boleh bawa. Aku tanya dia, susah ke? Dia kata taklah susah sangat pun sebenarnya. Cuma perlu banyak hafalan dan memang lecturer tak boleh tolong. Prof tu sendiri pun cakap dengan student dia, “Saya boleh ajar kamu tapi menghafal tu kerja kamu sendiri,”

Code Blue - drama kedoktoran yang sangat sesuai untuk tatapan para bakal doktor.
Tapi, nama pun drama, so, faham-faham jelah tahap kelogikannya.
(Walaupun aku suka tengok, aku tetap taknak jadi doktor..hehe)


Itulah realiti Medic. Kawan-kawan aku sendiri pun ramai yang nak ambik Medic. Rata-ratanya mohon JPA / MARA bidang tu. Patutla dalam laman web biasiswa tu, syarat-syarat semua menjurus kea rah perubatan. Bidang ‘adik-beradik’ Medic ni tak nak pulak ambil. Yelah, Farmasi dengan Dentistry pun lumayan gak. Tapi mungkin Farmasi tu jauh sangat kot dengan doktor, kerja dengan ubat, bukan dengan orang. Tapi, dentist? Kerja dengan orang la kan? Tapi mungkin tak sanggup nak bau mulut yang pelik-pelik kot.

Selama ni aku sendiri pun tak terfikir sangat pasal Dentistry tu. Masa borak dengan seorang makcik tu, baru terfikir. Dia kata doktor gigi kerja ikut masa, kalau doktor pulak, kerja ikut suka! Tapi bukan ikut suka diri sendiri, ikut suka hospital nak panggil pukul berapa. Tak ke susah. Tapi aku rasa kawan-kawan aku yang nak ambik course ni memang dah aware dengan masalah ni. Cumanya, bila terfikir balik, untuk doktor perempuan memang payah sikit la. Nak urus rumah tangga lagi. Paling kurang sehari mesti sejam dua kat rumah. Kalau tak memang terbaliklah. Dan memang tak manis la, kalau malam tak balik rumah.

Tapi memang tak dinafikan, kerjaya doktor perlukan pengorbanan yang tinggi. Aku bukan nak burukkan kerjaya ni ke, pandang rendah ke, tak. Aku Cuma nak tulis je. Sebenarnya, apa-apapun bergantung pada diri sendiri. Kalau itu memang cita-cita korang dan rasa mampu, teruskan. Dan memandangkan aku sendiri tak nak jadi doktor, aku memang menyokong sangat kalau ada kawan-kawan yang bercita-cita nak jadi doktor, lagi-lagi pakar sakit puan. Sebab sekarang ni banyak pakar sakit puan, lelaki. Aku pun tak faham kenapa.

Oh ye, aku nak sambung sikit pasal ‘kata-kata orang’ tadi. Ada satu yang paling power dan paling aku suka (!):

“Kamu kalau boleh tak payahlah pergi Mesir (sebab memang dah sinonim, sekolah agama = Mesir). Pergilah tempat lain, UK ke…”

Contoh je. Gambar hiasan la katakan...


Karang aku cakap aku memang tak pergi baru tahu! Haha… Tapi aku faham maksud tersirat tu. Sekarang ni pun dah ramai sangat yang ke Mesir, sampai dah jadi Malaysia nombor dua. Kalau tak, takkanlah sampai 11,000 orang dievakuasikan dalam Ops Piramid awal tahun hari tu. Pasal Mesir ni aku tak nak komen banyak. Memang tak dinafikan, tempatnya bagus. Ilmunya sangat tinggi sebenarnya. Cuma sistemnya sahaja yang agak kurang sistematik, kata orang lah. Mungkin sesetengah university je kot. Tapi yang paling penting dan perlu diambil perhatian ialah:

“Mesir ialah bumi anbia’ dan fir’aun.”

Jadi, kalau tak perangai macam anbia’, agak-agaknya macam….. siapa er?


P/S: Kursus yang aku nak ambil membuatkan semua orang pelik. Yang lagi peliknya, aku tak tahu apa yang pelik. Pastu negara pilihan pula, orang tak benarkan pergi. Huhu...sedih...

2 comments:

Nur Amira Ilyani said...

Oh actually tak semestinya kita jejak tanah anbiya' perangai kena mcm anbiya'/firaun. Hehe :)

My sister is in egypt now and also taking medic. She said everything is okay, its not hard, its u who should work hard. Sbb mana2 pun kita pergi, apa2 bidang pun yg kita ambil, still it depends on us. :DD

Oh mcm mana boleh rasa nk amik engineering ni?

Iffah Syuqaira said...

betul tu..setuju sgt ^^

cumanya tulis tu berdasarkn pengalaman je.. sbb family saya mmg rmai jugak yg belajar di sana.

sbb saya mmg minat fizik. And agak x minat bio.. haha.. plg minat bab elektronik, nak buat camner kn? ^^ awak pulak?