Tuesday, 20 December 2011

#2 Hati dan Lidah

Assalamualaikum..

Fuh, lama tak jenguk sini!



As for now, is in the middle of midsem Sem II. 4 paper dah habis, which equivalent to half of the whole papers yang ada. Tapi, tu untuk satu subjek je. Dah pening? Haha. Abaikan.


Em, saje nak share satu cerita lagi. Klik bawah...





Hati dan Lidah.


Kalau yang hari tu, watak utama Nabi Musa a.s. Hari ni lak, tentang Luqman al-Hakim. Pernah dengar? Aku rasa beliau ni femes je kot, walaupun xde la hensem mana, hamba kulit hitam je. Tapi bijak dan dimuliakan oleh Allah, sampai di'angkat' jadi nama surah dalam Al-Quran. Hebatkan? Nama aku pn xde dlm Al-Quran.


Kisahnya camni..

Satu hari, ada seorang nenek tua ni datang jumpa Luqman ni. Nenek tu bawak kambing seekor. Then, dia cakap kat Luqman dia ada satu favour nak minta. Luqman kata, xde hal, apa dia?

"Tolong sembelih kambing ni. Dan bagi aku part yang paling tak baik kat kambing ni."

Luqman ni pun tunaikanla permintaan tu. Dah selesai semua, dia pun jumpa nenek tu, bagi bahagian yang nenek tu minta tadi.

Bahagian tersebut ialah:


Aku nak letak gambar betul, tapi takut nanti aku sendiri tak sanggup nak bukak blog ni..hehe


Nenek tu pun terima je, x cakap apa2.



Then, tak lama lepas tu, nenek ni datang lagi jumpa Luqman. Nenek tu bawak lagi seekor kambing. Dia cakap:

"Kali ni aku nak bahagian yang paling baik kat kambing ni."

Luqman pun angguk je. Dah sudah tu, beliau pun hantar la bahagian yang diminta nenek tu.


Nak tau apa?

Stand for : 'Seperti Di Atas'



Kali ni, nenek tu dapat je, terus dia rasa nak melenting.

"Apa ni? Nak main2kan nenek ye?? Tak reti hormat orang tua ke?? Baru tua sikit je, dah nak besar kepala.."


Ok, ok tak. Yang tu, aku saje je. (Ye, aku tau, aku tak reti bercerita!)


Nenek tu sebenarnya baik je. Dia cakap pun lembut, slow je:

"Cuba terangkan. Kenapa nenek minta yang tak baik pun hati dan lidah, nenek minta yang paling baik tu hati dan lidah juga?"



Jawapan Luqman:

"Hati dan lidah sangat baik ketika baiknya, dan apabila keduanya buruk maka sangatlah buruk."

Rasulullah juga bersabda:

"Ketahuilah bahawa dalam tubuh manusia ada seketul daging, yang apabila ia baik, baiklah seluruhnya dan apabila ia rosak, maka rosaklah keseluruhannya. Ketahuilah, itulah yang dikatakan hati."



Bagi aku nak jaga hati ni tak mudah. Sebab selalunya kalau berkait dengan hati ni, biasanya yang di luar kawalan sikit. Bab cinta suka perasaan merepek2 semua tu tak masuk la. Contoh 'luar kawalan' yang aku maksudkan ni macam, penyakit dengki, prasangka, ujub, takbur, riak, dan yang seumpamanya la. Benda2 ni cam tetiba je datang, senang je pulak tu. Memang tipu la kalau tak pernah rasa langsung. Aku teringin gak nak jumpa dengan orang yang hati dia suci bersih lagi. Boleh masuk list calon.


Dan apa yang ada dalam hati kita, akan terzahir pada perbuatan dan kata-kata. Walaupun kita mungkin cuba control, berlakon ke apa, orang lain still boleh perasan gak. So, satu peringatan untuk aku sendiri, dan kalian juga (kalau nak), banyakkan berzikir. Konsep zikir ni simple je, as long as "mengingati Allah", then, it's zikr. Tak semestinyala kena kat sejadah je. Pagi2 on the way pergi AAJ, sambil tenung2 langit tu pun, boleh je ambik peluang zikir dalam hati. At least tenang sikit nak start lesson hari yang baru. Tak sia-sia la 10 minit jalan jauh2 tu..



*Rasa cam terlebih gambar pulak..

Wallahu a'lam..


P.S: Cepatla habis AAJ shiken, aku dah tak sabar nak bebas cuti!

2 comments:

Dato' Dr. Nurul 'Afifah :) said...

zikr pun dapat kikis rasa riak dan ujub dalam hati.

tu je nak cakap. hehe.

barakallahufiik. ;)

Iffah Syuqaira said...

betul3.. setuju sgt. thanks fifah :)