Saturday 30 April 2011

Aku Blogger Baru

Ok, it's a lie. Aku tipu je.

Aku berkenalan dengan blogger ni dan mula berjinak-jinak mempunyai blog sejak tahun 2009. Aku ingat lagi, aku create blog tu pada suatu malam selepas chat dengan seorang kawan. Alasan, kawan tu dah ada blog, so rasa cam nak try jugak.

Tapi, maklum je lah masa tu umur tak cukup lagi, makanya kematangan pun masih di peringkat kanak-kanaklah. Blog tu pun tak tahan lama. Tak sampai pun setahun. Sebabnya, dek ketidakmatangan dan kekeringan idea, lama kelamaan aku semakin malas meng'update' dan menulis entri baru. Kalau aku tulis sekalipun, it was trash. Well, at least I thought so. Masa tu identiti blog pun terabur, entri macam tu sikit, macam ni sikit. Tak de tema dan base yang kukuh dan tetap.

Menjelang hampirnya SPM, aku pun akhirnya bertekad untuk delete blog tu. Salah satunya sebab aku tahu aku takkan update. Dan yang keduanya pulak, sebab aku rasa entri-entri dalam tu banyak yang merepek dan 'keterlaluan' (kot la). Dari aspek promoting blog dan follower pun, aku fail jugak masa tu. Bayangkanlah dalam masa hampir setahun tu, follower blog sekadar plus minus 20 orang je. Nampak sangat blog tak bermutu. Tapi, mungkin jugak masa tu fenomena blog belum lagi meluas. Demam menulis diari secara maya ni belum menjangkit banyak remaja lagi.

Penyakit blogger: Menaip dari pagi sampai ke malam.. sampai ke pagi balik.. hehe :D


Kalau cam tu sejarahnya, kenapa muncul balik? Ingat ramai sangat ke nk baca blog ntah-pape ni??


Thursday 28 April 2011

Masalah berat badan [Part 1]

Kajian mendapati masalah obesiti kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007, akibat amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif.

Sumber: Berita Harian.


Sekitar penghujung minggu lepas hingga sekarang, isu ni hangat diperkatakan. Terutama di media-media arus perdana. Kemunculan isu ni secara tiba-tiba. Sedangkan sekolah kat Malaysia dah lama dibuka, dari sebelum merdeka lagi. Jualan nasi lemak semua tu pun bukan baru tahun lepas mula. Dah lama. Dah memang nasi lemak tu makanan ruji orang Malaysia, macam orang Jepun dengan onigiri (nasi kepal) jugak la. Hari-hari pergi sekolah, hatta kerja sekali pun bawa nasi kepal dalam bento (bekal).

Nak satu?

Aku ni memang suka jugak menulis berkait-kait dengan isu semasa. Tapi aku tak suka ulas isu tu. Biarkan je lah ia berlalu. Sebab aku pun tak tahu sama ada isu ni memang penting ke, atau sesaja ditimbulkan sebab dah takde isu, atau Malaysia akan jadi padat (dek ramai sangat orang gemuk) kalau kantin terus jual nasi lemak. Atau... atau... atau... aku dah tak tahu nak tulis apa.


Thursday 21 April 2011

Kegagalan pertama

Cewah, tajuk cam hebat sangat.

Tapi, memang betul pun, pertama kali dalam sejarah hidup aku, GAGAL!


Selama ni, alhamdulillah, paling teruk pun C je. Kira selamat dan agak jauh la dari gagal kan? Kalau orang nak suruh aku buat soalan Add Math ke, Fizik ke, Kimia ke, aku tak kisah, ok je. Tak kira la berapa banyak pun, aku boleh cuba. Susah ke mencabar ke, not a big deal. Aku kerah je lah otak ni bekerja. Tapi yang satu ni... emmm.....


Bukan tak boleh, cuma....



Payah sikit...


Saturday 16 April 2011

Indahnya Langit!

Hari ni aku teman umi balik Terengganu, sebab ada hal urgent. Tak balik satu famili macam selalu sebab cuti hujung minggu - Sabtu, Ahad - tu panjang mana la sangat. Dengan homework melambak, nak qada' tidur lagi, sekejap je dah habis. Kesian adik-adik aku yang penat berhempas pulas pergi sekolah tu. Tapi kesian lagi kakak dia kot, yang dah tak tahu nak buat apa kat rumah selain melangut berangan buang masa. Tak pun, apa lagi, layan cerita Jepun ar.

Memandangkan kali ni balik memang nak cepat, jadinya kami ambil flight. Dari KLIA ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anggaran masa penerbangan 55 minit. Tapi bila aku kira betul-betul, masa kat atas awan tu cuma 30-35 minit je, cause both landing and departing take around 10 minutes each.

Kenapa aku excited sangat? Apa point aku sebenarnya?

Sunday 10 April 2011

Karat

Pengaratan atau rusting dalam bahasa Inggeris merupakan proses yang berlaku sekiranya terdapat air dan oksigen. Memandangkan kedua-dua elemen ini sememangnya terdapat dalam persekitaran kita, maka proses ini adalah suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan.

Dalam ilmu kimia, karat ialah Iron (III) Oxide atau Ferum (III) Teroksida dalam bahasa Melayu. Ferum ialah besi dalam erti kata mudahnya, manakala (III) pula adalah kod spesifiknya. Warna perang tak lawa dalam karat itu ialah warna ion Ferum (III) <-- tak faham pun buat-buat le faham…hehe. Senang cerita, warna karatla tu!

So, apa kaitan benda alah karat ni dengan aku?

Kalau dah berkarat, tak lawa kan?


Wednesday 6 April 2011

Medic dan Mesir.

Musim-musim keluar result SPM ni, tiga-tiga course ni memang famous la diperkatakan.

Aku sendiri pun tak terkecuali. Macamlah tiga ni je kursus yang ada kat university. Bila keluar jalan-jalan ikut mak, terutamanya hari sekolah, mesti orang tanya.

“Anak ke? Tak sekolah?”

Mak pun jawabla, “Ye, anak. Baru habis SPM.”

“Oh… macam mana result?”

“Alhamdulillah, dapat semua… 11A..” Biasanya mak yang jawab. Aku sengih-sengih tayang gigi kat sebelah je.

“Alhamdulillahhh (panjang sikit harakat), Tahniah lah! Lepas ni nak ambil apa? Medic?”

Tu dia, dah keluar la dah soalan cepumas tu. Kalau tak pun cam ni.

“Doktor la ni?”

Tak pun…

“Jadilah doktor, pergi Mesir, ambil Medic. Kalau tak minat Medic, ambil Farmasi pun ok. Tak pun dentist,”
Sorry, sebab aku tak cinta kat kau

Sengih aku pun makin lebarla kat makcik-makcik tu. Dalam hati, dah mula berkata-kata, “Ceh, suka hati pulak dia nak arah-arah,”. Tapi dalam hati je lah, tak pernah terlepas kat mulut.


Tuesday 5 April 2011

Kahwin muda.

Semalam, masa tengah-tengah browse wall facebook, aku ternampak satu blog post yang dilinkkan ke wall seorang kawan yang membuatkan aku menjadi akira shock!

Blog post yang dilinkkan itu kepunyaan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang tinggal di Selatan Malaysia. Dan yang mengakira shockkan aku tu ialah ‘isu’ post tersebut ialah catatan majlis pernikahannya yang berlangsung penghujung tahun lepas. Sekarang, remaja tu dah berbadan dua dan buat masa ni hanya bersekolah di rumah. Berdasarkan blognya, aku dapat tahu bahawa dia bercita-cita nak ambil SPM jugak walaupun dah bergelar isteri.

Aku baca komen kat link tu. Rata-rata kawan aku cam terkejut gak. Tapi diorang kagum dengan ke’berani’an remaja tu. Lagi pulak dia kahwin dengan ustaz dia. Mungkin bukan ustaz yang memang mengajar dia, tapi cikgu la kat sekolah tahfiz tempat dia belajar. Ye, tahfiz. Remaja ni berpindah ke sekolah tahfiz masa Tingkatan 4, dengan hasrat nak berubah (dia sendiri yang state dalam blog dia).

Drama Korea pasal budak perempuan yang tak sabar nak kahwin!


Sunday 3 April 2011

Emas

Kebelakangan ini, isu dinar emas dan dirham perak semakin popular. Rata-rata ahli masyarakat berlumba-lumba untuk membeli dan memiliki mata wang ini kerana nilaian yang tinggi. Tidak kurang juga kontroversi kononnya pengeluaran dan pengenalan penggunaan dinar emas ini dalam pasaran bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Dan bermacam-macam lagi lah blah blah blah yang merepek-repek. Tapi bukan itu, isunya dalam entri ni.

Siapa tak nak, sila angkat tangan.


Sebenarnya, saya nak berkongsi pengalaman sendiri ‘bermain’ dengan emas ni. Dah menjadi tradisi dalam keluarga saya, mak akan bagi emas sebagai hadiah pernghargaan kecemerlangan dalam peperiksaan awam. Mula-mula dulu, musykil jugak, sebab apa emas? Ye la, masa tu tak faham lagi nilainye.