Wednesday 19 June 2013

Pelajar tajaan manja?

Assalamualaikum



Scroll bawah sikit, baru perasan dah hampir sebulan tiada kisah baru. Rasa macam baru je. Almaklumlah, sibuk yang dibuat-buat.

Sebenarnya perkara ni dah lama terlintas di kepala, tercetus pada suatu hari yang aku terlebih rajin membelek buku panduan JPA, cuma asyik tertangguh. 

Memandangkan hari ini ialah 'hari yang menggembirakan' bagi semua pelajar tahun 1 tajaan JPA di Jepun, aku pun tiba-tiba semangat dan gembira untuk menekan papan kekunci touchscreen di iPhone. Mungkin lebih tepat, 'petang selepas menerima emel yang amat dinanti dari encik Funahashi'. 

InsyaAllah tak ada yang sedih. Kalau ada pun, sikit je sedih. Syukur banyak. Harapnya.


Apa yang menggembirakan sangat sampai ditunggu-tunggu semua orang tu?




Berita kemasukan biasiswa.

Ada yang tak nak ke?

Ironinya, kebanyakannya terlebih teruja. Mungkin pertama kali kot. Sebelum ni dapat di Malaysia, untuk perbelanjaan permulaan. Lagi banyak. Teruja jugak. Tapi masa tu belum pandai hargai dan tak tahu nilai duit asing lagi kot. Kurang sikit keterujaannya.


Pelajar tajaan di Jepun dikatakan antara pelajar yang menerima elaun tertinggi. Tak pasti sejauh mana kesahihannya. Tapi betul rasanya. Elaun asas sahaja lebih kurang 2 kali ganda gaji permulaan guru di Malaysia. Sekadar anggaran je. Tak termasuk lagi elaun sampingan yang diterima sekali sekala, seperti elaun buku dan elaun baju panas. Belum kira lagi, tuntutan yang layak dibuat seperti tuntutan bayaran permulaan rumah dan bayaran insurans kesihatan.

Banyak kan?

Yang asas pun memang dah banyak. Dapat pulak tambahan yang remeh temeh, campur dengan tuntutan lagi, makin bertambah-tambah la banyaknya.

Oh, by the way, I'm writing as a sponsored student, living oversea. So, basically it is about my own experience.

Sebab bab duit ni orang sensitif sikit. Tak pasal-pasal ada debat perdana pulak kat bawah ni. Tapi bab shopping orang tak kisah pula ye. Errr...



Berkaitan hal ini, pasti ada yang akan berkata,
"Duduk luar negara, memang guna duit banyak. Kos hidup tinggi. Tak sama macam Malaysia."

Yup. Memang hakikat. Sebab itulah, elaun yang diterima juga tinggi. Tak salah sebenarnya nak guna sampai habis  pun. Tujuan diberi memang untuk guna. Cuma, dalam kesenangan ni, kalau dapat berjimat dan menyimpan sedikit untuk hari mendatang, adalah lebih baik. Yang masalahnya, bila 'tak cukup'.

Emmm, mungkin cara penggunaan berbeza atas individu. Kos hidup pun sedikit berbeza ikut tempat. Tapi aku tak nampak alasan kukuh untuk tidak cukup. Tiada lebih itu mungkin. Tapi, tak cukup...? Macam tak berapa mungkin. Hmmm.....


Beberapa minggu lepas, aku tiba-tiba rasa nak buat senarai perbelanjaan. Selepas mula terasa duit banyak hilang. Contoh tak berapa baik. Jangan tiru. Sila buat senarai perbelanjaan anda siap-siap. Tiada salah berbelanja ikut minat, yang penting perancangan.

Sebab bila duit banyak dan kita tahu duit tu memang akan ada, sentiasa cukup, kadang-kadang terlepas pandang dalam berbelanja. Kadang-kadang perkara remeh temeh yang kita rasa tak penting tu yang berjumlah besar, mengakibatkan tiba-tiba sahaja duit habis. Belanja RM2 sehari, mungkin tak nampak banyak. Tapi seminggu dah RM14. Sebulan?

Tapi mungkin tak ada yang belanja se-sedikit itu.



Sambil-sambil kira tu, aku terfikir, betapa kita memang dihantar untuk belajar. Belajar sahaja. Suasana yang sangat selesa telah disediakan. Terutama aspek kewangan. Tak payah susah-susah bekerja. Yuran pengajian dah dibayarkan. Bulan-bulan dapat elaun sara hidup. Nak apa-apa lagi, minta je. Boleh dapat. Separuh elaun bulanan adalah duit poket, untuk belanja suka hati.

Sesuatu yang hanya dinikmati pelajar di luar negara. Kelebihan yang tidak diperoleh pelajar institut pengajian tinggi tempatan. Terfikir juga, kenapa. Adakah kerana mereka kurang bijak berbanding pelajar luar negara? Adakah kerana berada di negara sendiri, maka tidak timbul kesusahan belajar?

Hakikatnya, sama sahaja di luar atau dalam negara. Tiada istilah belajar di luar negara tu pelajar terbaik negara. Rezeki sahaja yang membezakan. Secara peribadi, seandainya berjuta ringgit boleh dibelanjakan untuk menampung pengajian pelajar di luar negara, kenapa tidak pelajar tempatan juga diberi keistimewaan yang sama? Aku percaya jumlah yang diperlukan jauh lebih rendah. Macam lari tajuk.



Sebagai pelajar tajaan di luar negara, seharusnya tiada alasan untuk gagal menamatkan pengajian dalam masa yang ditentukan. Imbas kembali niat utama kedatangan kalian ke bumi asing ini. Kenangkan rindu ibu bapa dan insan tersayang. Syukuri nikmat. Bukan sekadar ucapan, yang lebih bermakna ialah perbuatan yang terzahir.


Sudahlah mewah, usah terlalu manja.


Walllahua'lam.

3 comments:

Nur Amira Ilyani said...

ya Allah sgt lah terinspirasi kot!

Unknown said...

akak, tumpang tanya, kat RPKJ AAJ tu sume course engineering ade ye?

Iffah Syuqaira said...

Yup. Pilihan kursus hanya akan dibuat ketika pendaftaran ke universiti Jepun. Banyak pilihan ditawarkan. Pilihan adalah bebas dibuat oleh pelajar sambil dipandu oleh guru-guru.