Friday 28 October 2016

To my homies

Genap sebulan dari entri lepas. Sengaja pun genapkan, padahal tulis ni dua hari lepas.
Oh cakap pasal dua hari lepas, 'Are you happy?' with the 'Fantastic Time'. Ok habis iklan.



Buku. 
Buku haraki.
Buku haraki lama.
Buku haraki baru.
Buku haraki lama vs buku haraki baru.



Sebelum tu, yang dimaksudkan dengan 'buku haraki lama' ialah buku-buku yang dicetak sekitar tahun 80-an dan awal 90-an, kebanyakannya ialah buku-buku terjemahan tulisan pentajdid Islam pada era kebangkitan semula Islam selepas jatuhnya Khilafah Turki Uthmaniyah. Termasuk juga dalam kategori ini, buku-buku tulisan para tuan guru dan ulama' ulung tanah air, walaupun cetakan selepas abad ke-21.

Manakala 'buku haraki baru' pula merujuk kepada buku-buku cetakan semasa tulisan ustaz-ustaz penggerak harakah Islam tanah air. 

Ini secara definisi peribadi je, tidak semestinya tepat dan menyeluruh.

Aku tak banyak ada dan baca buku baru. Buku lama banyak, tapi bukan aku punya, dan tak baca jugak. Kesimpulannya, perlu lebih rajin memanfaatkan ilmu.


Kali ni, aku nak tulis tentang tiga buah buku lama yang bagi aku buku asas dan wajib baca oleh semua pendokong gerakan Islam. Tiga buku favourite atau dalam kata lainnya, tiga buku yang aku betul-betul dah baca, bukan sekadar tahu tajuk je. 

1. Sepuluh wasiat Imam Hasan al-Banna
2. Konsep penguasaan dalam kehidupan dakwah dan pendakwah (Fathi Yakan)
3. Beberapa peringatan untuk para daie (Al-Maududi)

Kandungan buku Sepuluh Wasiat lebih kurang seperti buku Bahtera Penyelamat iaitu berkaitan persiapan diri seorang daie, merangkumi hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Secara tersiratnya juga diselitkan strategi dalam berdakwah.

Seterusnya buku kedua; konsep penguasaan. Buku ni aku pertama kali baca dalam train dalam perjalanan pergi mana tak ingat, dalam 2 tahun lepas. Bagi aku buku ni sangat sentap dan sangat padat dengan taktik dan strategi dakwah, bersesuaian lah dengan judulnya.

Buku ketiga ini pula pernah diguna sebagai bahan perbincangan dalam satu program, lebih kurang 2 tahun lepas. Masa tu lah pun baru sedar kewujudan buku ni sebenarnya. Tak tebal, tak sampai 100 muka surat pun, tapi sangat padat merangkumi semua aspek asas kehidupan para daie.

Sebagai contoh, jika seorang menulis buku dalam masa setahun, kemudian saudara membaca buku ini dalam masa sebulan, saudara telah menambah umur saudara sebanyak sebelas bulan "
-petikan buku 'Sepuluh Wasiat'-


Buku-buku lama seperti ini seolahnya hampir pupus ditelan zaman. Tak banyak kader generasi muda yang membacanya, mungkin kerana gaya bahasa yang sukar dan tidak menarik. Tambahan pula, buku-buku ini banyak yang sudah tidak diterbitkan lagi. Aku punya buku pun buku fotostat.

Tapi seandainya boleh, cubalah usahakan untuk baca buku-buku seperti ini, kerana khazanah ilmu di dalamnya sangat hebat, selayaknyalah tulisan mereka yang berjuang di medan sebenar berdepan musuh kuffar (penjajah) dan hukuman mati. Sepuluh kali baca sepuluh kali dapat ilmu baru. Pada aku, buku-buku baru, kaya dengan ilmu dan fakta tetapi masih jauh untuk setanding buku-buku lama dari aspek pengisian haraki dan strategi dakwah. 




No comments: