Memandangkan kali ni balik memang nak cepat, jadinya kami ambil flight. Dari KLIA ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anggaran masa penerbangan 55 minit. Tapi bila aku kira betul-betul, masa kat atas awan tu cuma 30-35 minit je, cause both landing and departing take around 10 minutes each.
Kenapa aku excited sangat? Apa point aku sebenarnya?
Kalau nak dikira, ni bukan kali pertama naik kapal terbang. Aku dah biasa naik flight ke Langkawi, tapi 'feel' dia tak sama. Sebab ke Langkawi redah laut, nampak air je, ke Terengganu pula redah hutan. Tapi ni bukannya kali pertama aku fly ke Terengganu jugak. Cumanya masa kali pertama dulu, aku naik waktu malam, umur pulak baru 4 tahun. Jadinya, memang tak ingat apa-apa la.
Biasanya orang naik flight, gayat la, takut la, macam-macam la. Tapi entah kenapa aku excited macam budak 3 tahun dapat kereta control. Dapat pulak seat tepi tingkap, dekat dengan sayap. Memang jelas nampak sayap tu, ditarik keluar dan ditolak masuk untuk balancing. Baru sekarang aku tahu sayap tu begitu unik. Rupa-rupanya kapal terbang pun ada brek, kat atas sayap dia. Baru aku tahu. Tapi brek tak macam brek kereta la. Kot kalau berhenti atas udara tu, jatuh terhempas la. Cuma brek untuk slowkan je lah.
Masa kat atas tu, mata aku memang tak lepas pandang luar tingkap. Bukan apa, rasa takjub sangat!
Subhanallah!
Masya-Allah!
Memang cantik. Masa rentas awan, rasa macam nak terjun keluar kapal terbang, baring-baring atas gumpalan yang seputih kapas tu. Teringat pulak satu cerita doraemon yang aku pernah baca dulu, dorang bina satu kerajaan atas awan. Ok, memang karut, tapi doraemon kan fiksyen jugak? So, boleh diterima akallah kan?
Aku rasa macam kat dunia kayangan lak masa duduk atas awan dengan langit tak berpenghujung tu.. |
Pastu dah makin jauh sikit, nampak pula hutan belantara yang tebal gila-gila kat atas Banjaran Titiwangsa tu. Yela, kan dalam Geog dah belajar, Pantai Barat dengan Pantai Timur tu dipisahkan oleh Banjaran Titiwangsa - tulang belakang Malaysia. Tu pun, masya-Allah, cantik! Unik! Macam hamparan permaidani yang sangat empuk. Rasa macam best je kalau dapat guling-guling atas tu.
Tapi, of course la tak boleh kan? Nak mati kot kalau terjun keluar kapal terbang tu.
Bukan setakat gumpalan awan kapas, hamparan permaidani empuk, ada pulak sungai mengalir celah-celah bukit tu. Pastu dari jauh, nampak rumah petak-petak, sawah padi yang hijau-hijau (bukan kuning, belum musim kot), kereta kotak-kotak meluncur atas jalan, sebijik macam miniatur atau model lego yang kita susun-susun kat rumah, masa kecik-kecik dulu.
Masa kata atas awan tu pulak, masa tak nampak darat la, jelas kelihatan luasnya langit. Subhanallah! Tak terkata cantiknya. Langit tak bersempadan, tambah pulak waktu tu matahari baru nak naik, memang tak ter'describe' suasananya. Terfikir jap, sebelum wujudnya dunia globalisasi tanpa sempadan, langit tu dah memang azali tak de pemisah.
Terfikir pasal tu mengingatkan aku pada satu falsafah Jepun, yang dah bersepah-sepah diungkap dalam drama:
Kita tinggal di bawah langit yang sama, tak kira walau di mana kita berada.
note: aku rasa post ni macam caca merba, terabur sana sini, sebab aku memang tak reti bab-bab meluahkan keterujaan. Gambar atas awan pun tak dapat nak snap sebab tak ada kamera. Sorry la, kalau korang rasa post ni buhsan-ing.
P.S : Cakap pasal kerajaan awan ni, teringat formula kimia cikgu aku pasal siri kereaktifan logam.
Kalau Nak Kahwin Mesti Ada Cincin Zamrud Harta Ferrari Sebuah Pulau Kapal Honeymoon Atas Awan.Sweet tak?
2 comments:
hahah..Fah! sonoknya dpt tgk pmndgn cmni.. kte xpnah nek flight au.. ( xpe, insya Allah satu ari nnti, amin), nk tau x, kte ada impian gila2 yg xkn tercpai... kte nk guling2 ats awan yg bkepul2 uh... nikmatnye..tpi as i said, tetap selamanya mimpi..he2... pglman yg sgt mnarik
insya-Allah satu hari nnti ana akan naik...pegi oversea, sape tahu kn?
haha.. jom kita guling2 di sana!! bina kerajaan awan cam doraemon nk? haha
Post a Comment