Monday 1 August 2011

Ambang Asuhan Jepun: Bila sem dah sampai setengah

Assalamualaikum, readers~!
Konnichiwa ^_^



Emm....

Aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa, idea tak datang. Tapi memandangkan ada pulak request suruh update, so, aku sekalikan dengan pakej buang sawang blog la. Memang dah tebal sangatla sawang ngan habuk kat sini. Oh ye, first time kot tajuk panjang menjela..

Em, kalau nak kata pasal life, lately is getting hectic. Normalla, mana-mana pun camtu. Makin lama makin tak senang. Dan bila dah selesai, baru terasa cam senang gila. Rasanya banyak kot perkara yang aku boleh tulis, tapi aku malas nak coretkan. Simply because aku taknak entry aku terlalu reflek diri aku yang sebenar. Walaupun, memang hakikatnya previous entries dah banyak meng'expose' karakter aku.

Ok, enough membebel.


Let's see what's happening recently:




1. Chukan shiken 

Atau dalam bahasa kebangsaannya bermaksud, Peperiksaan Pertengahan Semester. Hehe.. sesekali terasa cam nak menunjuk sikit.. sori. *eh, bukan selalu ke?*

Exam ni berlangsung selama tiga hari.. JE. Tapi studynya, hanya Tuhan yang tahu.. walaupun aku bukanlah dalam golongan tersebut. Teringat weekend sebelumnya, study ramai-ramai, buka balik semua kertas tutorial, siap cari extra question dalam buku rujukan lagi tu. Memang seronok la. Time tu baru terasa macam aku belajar rupanya Fizik ngan Kimia, ingatkan telan kanji je.


Korang camni la kan?


Tapi yang paling best tentang exam ni ialah timetable yang membuatkan aku rasa bahawa aku ialah 'pelajar universiti'. Em, first time la kot dalam sejarah aku kat AAJ, boleh balik sebelum pukul 5. Pastu esoknye pulak boleh pergi tengah hari. Senang cerita, memang the most 'enjoyable' week la. Hehe... XD



2. Tukar kelas

Ni dah jadi lumrah AAJ. Setiap kali ada exam, lepas tu kelas akan ditukar. Maknanya dalam setahun paling kurang tukar empat kali. Sistem ni bagus sebenarnya, sebab selain dapat mengelakkan pelajar daripada tak kenal kawan sesama batch, juga dapat mengatasi sindrom kebosanan akibat tengok muka sama setiap hari. Well, manusia berubah. Sesekali nak rasa jugak angin baru, nak jugak tenung muka lain.

Tapi tula. Bila dah seronok-seronok dengan classmate, then kena tukar kelas pulak. Memang sedih la sikit *camla pastu tak jumpa lagi dah*. Lagi-lagi kalau kelas tu best, member2 sporting, ada sense of humour tapi tak melampau, pastu semua ngam, memang terasa rindu lah. Mesti terfikir, next class dapat lagi tak yang camni?



So, perkara paling standard kat AAJ. Ambil gambar ramai-ramai, pastu nanti upload kat fb, tag semua orang and like ramai-ramai. Lagi best, kalau komen berjuta pastu semuanya merepek. Nampak sangatla ukhuwah kelas tu bagus.. haha.. (aku pun tak pasti sama ada aku bernada ikhlas ataupun sinis...)

Kelas aku, bukan setakat sesi fotografi, siap ada parti lagi tu. All thanks to Fazian sensei yang sangat sporting dan best gile! 先生 の 作った ナシレマ  は とても おいしかったです。Pastu petang, time kelas semua mengantuk. Memang elok sangat la tu. Sensei kata sorang manten, sensei simpan RM10. By the end of the class, sensei dapat kumpul RM70 kot, Izu-san la penyumbang terbesar, 3 kali manten. So, kiranya orang manten belanja pakai duit sensei.. hehe..


Omiyage dari sensei!



3. Cuti

Unlike PASUM students, I consider we're very lucky. Sebab exam dulu baru cuti. Pastu pulak, rezeki la, dapat cuti first week Ramadan. Memang nice sangat la. So, tak nak cakap banyak. Enjoy cuti sebaik mungkin. Spend time puasa dengan family elok-elok. Dan jangan lupa sakubun, dokkai + portfolio kena siapkan (peringatan utk diri sndiri.. joshi x masuk sbb dh siap.. hehe)

Kepada korang yang ada exam, Ayu, Fitrah, Sepet, Firas, Mizah dll yang aku tak tau, all the best. Semoga dengan keberkatan Ramadan ini, urusan anda dipermudahkan. Amin~



* Kalau rajin nanti aku update sal Ramadan lak...

P.S: Dear silent reader, kalau dah baca tu, sekali sekala komen la ye. (as anon cukup). Then, kalau baik, tolong la bagi idea sekali.. haha :D

9 comments:

'the' silent reader said...

owh...kene bg cmment ek??....wajib rupenye....owh....ckup pnjg x cmmnt ni??...kalo x cukop sile britahu ye...btw...elok la kalo amek bibik tlong brsihkn sawang blog ni yer..=.=

Iffah Syuqaira said...

mestila kena.. penat tau x menulis.. em, sorry to say.. but this is too short.. haha.. aku hire kau jd bibik tu, nk? part time work??

Nur Amira Ilyani said...

YAYY!! Kita pun cuti jugak!!! :)

'the' silent reader said...

kalo kene byr x per kak pah oi...tp ak phm...hidup kt aaj tu msty brkos tggi kn??...so, x nk la ak nyusahkn ko yer...;-)...nk cmmnt pnjg2 k??...next post nnti ak just cmmnt "no comment"......ckop pnjg la kot...:-P

Iffah Syuqaira said...

mira: kenapa la xde butang 'like'? haha.. selamat bercuti!!

Iffah Syuqaira said...

ehem.. aku lg muda er.. sesedap hati je nk panggil kak pah.. kos tggi? aku rasa aku boleh je save duit scholar tu.. pandai2 la bajet, cik ketua 'yg baik hati' oi.. em, x pernah lak aku tau "no comment" tu pjg...

'the' silent reader said...

owh...cik ketua??...ala...kantoi la cmni...hahaha

Anonymous said...

ああ。。そうか、そう、これがマレーシアのAAJの人生?面白い。アブドラさんはそこでも生きていると思う。君たち、ぜひがんばって!

TiM said...

fifah...fifah...