Saturday, 15 October 2011

Aku mesti berubah

Assalamualaikum...

Hmm.. bertemu kembali. Hehe.. post kedua untuk hari yang sama. Sebab terlebih excited. Em, kesan simpan terlalu banyak idea kot...



Sebelum baca, pandang atas dulu jap. Baca tajuk tu lagi sekali. Dah? So, faham la kan.. apa mood post ni?? Hehe... Fikir dua kali dulu er kalau nak baca...



Nak teruskan? Klik.. :D Tak nak, tekan pangkah kat atas tu..





Sedar tak sedar, satu sem dah berlalu kat AAJ. Means dah lima bulan aku belajar 'keluar dari rumah', hidup sendiri, berdikari hadapi dunia. Well, lima bulan. Aku tak rasa satu tempoh yang singkat. Macam-macam perkara dah berlaku, yang menguji, yang teruji, yang diuji, semuanya ada. Lagi-lagi pulak, cam aku ni, gadis pingitan yang memang tak pernah di'bebas'kan (ok, sedikit hiperbola di situ).

Mula-mula nak biasakan diri, memang takes time. Banyak ambil masa. Banyak juga kesilapan yang berlaku. Ada orang pernah cakap, xde istilah "culture shock". Semuanya depend on diri kita sendiri. So, kesimpulan aku, walaupun aku dah rasa aku cukup kuat, tapi sebenarnya belum lagi. Maka Allah bagi aku ujian2 ni supaya aku lebih kuat menghadapi tribulasi di sepanjang jalan dakwah (ok, tu tajuk buku..hehe).

Satu perkara besar yang aku sedar ialah aku memang tak boleh tukar diri aku. Sebab aku ialah aku. Tak guna aku cuba jadi macam orang lain semata-mata nak sesuaikan dengan keadaan, kononnya la. Kenapa aku perlu korbankan prinsip yang dah lama aku pegang.. hanya semata-mata kerana nak sama dengan orang lain?? Sedangkan dengan prinsip yang aku ada ni, orang hormati aku. Orang respect aku. So, kenapa aku nak kena rendahkan martabat aku sendiri??

Dalam post sebelum ni, aku ada cakap, aku terdiinspirasikan untuk menulis balik dari satu entri best yang aku terjumpa semalam. Aku rasa terkesan dengan entri tu, sangat kot. Ada satu quote yang menarik kat situ, yang aku suka sangat baca, memang memberi semangat kat aku la untuk teruskan jadi 'aku'. Tapi, aku rasa better takyah share kat sini la. Takut copyright..hahaha... Dari post tu, something big yang aku sedar ialah expectation people terhadap aku dan orang-orang cam aku. Expectation yang agak tinggi kot, di samping terselit amazement di situ. Ntah.. aku x reti nak tafsirkan... Apapun, thanks kepada penulis... :D




Masuk sem 2 ni, bermakna perjuangan sebenar sudah bermula. Dah xde main2 lagi. Masa untuk orientasi diri, suka2, endah tak endah dengan subjek semua dah berakhir. Fokus jangka pendek sekarang ni ialah EJU. Walaupun setahun lagi, tapi persiapannya bermula sekarang. Aku percaya pada last minutes study takkan membantu apa-apa unless kau memang dah ingat semua benda sebab otak kau genius, just tinggal nak refresh je. Dan memang tu yang aku praktiskan sejak masuk form 1 lagi kot. Apa yang belajar hari tu, kena faham hari tu, dan kena ingat hari tu jugak. Kalau tangguh tajuk form 1, tunggu PMR baru nak cover, memang payah. Form 4 lagi lah, kalau tunggu SPM baru nak belek balik, memang seksa, macam hampir mustahil untuk dapat pun ada kot. Nak cakap sal study ni memang tak habis, lain kali je la sambung...

Naik sem 2 jugak bermakna dalam tempoh plus minus setahun setengah je lagi, aku akan fly ke Jepun, insya-Allah. Aku dan semua batch 30th RPKJ. Bila pergi sana, dah tak boleh dah nak balik selalu-selalu. Paling kerap pun setahun sekali la kot, tu pun kalau okanemochi (banyak duit) la. Mak ayah memang xde dekat. Apa-apa kena hadapi sendiri. Kot tension ke, stress ke, down ke, rasa nak give up ke, pandai-pandai la handle sendiri. Kawan-kawan memang ada, tapi masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Kat AAJ yang tinggal sekelompok ni pun dah terasa. Ni kan pulak kalau kena campak senseorang kat Nihon nanti.

Kesimpulannya, aku kena kuat. Tu je. Takde cara lain. Sebab nanti kat Nihon takde sape nak tolong aku, nak ingatkan aku hari-hari, melainkan diri sendiri. Nak kuat kena la kuatkan hati. Nak kuatkan hati, kena banyak ingat Allah. Kalau memanjang dengar lagu Jepun je, fikir benda-benda lain, bila pulak masa nak ingat Allah??

Semoga aku sekuat ini.. Amin..

Tak semestinya benda yang biasa orang buat tu aku pun kena buat gak. Sebab aku ialah aku. So, buat cara cam 'aku'. Yang aku boleh buat, buat cam biasa. Yang rasa tak sesuai, sesuaikan. Yang rasa tak perlu, tak payah buat. Akhir zaman ni memang susah nak buat benda baik. Buat lain sikit, pakai labuh sikit, mesti orang pandang pelik. Sedangkan itu yang tak salah. Betullah hadis Rasulullah ni, yang aku pegang selama ni, penguat semangat aku untuk terus jadi 'aku'

"Islam bermula dalam keadaan asing (ghuraba') dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing"

Semoga kitalah ghuraba' itu. Hidup untuk mengejar redha Ilahi, bukan kepuasan manusia...

Bukan aku nak berubah, atau aku rasa cam kena berubah. Tapi Aku MESTI berubah!!

Akhir sekali, jom hayati lagu ni...




Walahua'lam.


P.S: Yappari, be yourself is the best thing!

4 comments:

TSR said...

aahahha...bpk lame nk sapu sawang2 ni sume...ahaha...btw...web mne tu yg ko rse inspire tu??...nk tw gak....share2 laA..

Iffah Syuqaira said...

kau keje nk gelakkn aku je an...hahaha.. em, web ni tsuite.. x penting kot.. lgpn mostly iken aku sndiri plus aku kena ceramah dr mak aku.. haha

Amira Ilyani said...

Iffah <3 bpgg teguhlah pada janji Allah. Jepun perlukan awak, perlukan penyubur hati hati insan yg belum kenal Islam:) Biznillah..

Iffah Syuqaira said...

Mira! Thanks support saya. InsyaAllah, kita akn sma2 usahaknnya..