Sunday 13 November 2011

Hidup tanpa kalkulator

Assalamualaikum.


Pejam celik pejam celik, dh sebulan rupanya aku masuk sem 2. Maknanya dh sebulan jugakla aku mengahadap fizik, kimia, math dlm Jepun. Kiranya dh sebulan la aku menghafal term2 yang mcm2 tu, dgn kanji2 yg berpintal-pintal semua tu. Dh sebulan rupanya ye.... Rasa mcm bru je semalam...


Selama sebulan aku belajar subjek dalam Jepun ni, satu perkara yang aku perasan. Kalau nak kata susah atau yang sewaktu dengannya, memang xyh ulas la. Tak terkata. Tp, yang aku nk share ni sal lain. Aku terasa manja.

Tau sebab apa?




Sebab aku dan student2 Malaysia tipikal yang lain2 semua, dr f1 dh belajar mengira guna kalkulator.


So, bila masuk sem 2 ni, dan kalkulator diharamkan, maka masing2 mula la terkial2 kira manual. Aku pn x terkecuali la. Tp bila tengok sensei tu kira, pergh, sume jd cm senang je. Ada je cara simple rupanya, tp since kitorg ni 'bdk2 manja', so x pernah la didedahkan dgn sume tu. Kalau dh guna kalkulator kn, mana la cekap sgt bab2 factorise, sifir2, gandaan2 sume tu. Tau tekan je nombor, press [=], nnti jwpn keluar.

Yg plg membuatkn aku terasa kerdil ialah satu pengiraan yg sensei tunjuk hari Khamis hr tu. Kitorang belajar fizik, dan dalam fizik ni, selain formula yg melambak, yg lain tu "Math je". Bak kata sensei kitorg la. So, td ada la satu pengiraan ni yang melibatkan nombor punca kuasa dua yang tak genap. Yang takleh congak la. So, masa buat discussion tu, sensei katala, kalau biarkan dalam bentuk punca kuasa dua (square root) je pn ok. Aku fhm sensei ckp cmtu, mesti sbb ada yang siap kira semua perpuluhan tu.

Dan aku tau memang ada pn. Bdk2 ni dah gelak2. Mesti sebab dorg buat..haha. Tp komfem la kan, dorg tekan kalkulator je. Sape lak rajin sgt nk kira manual. Cara kira pn x tau. Since bdk2 ni gelak2, sensei tanya la, tahu ke (cara kira square root tu la)? Pastu dia tunjuk la cara kira. Apa lagi, ternganga la kitorg sume tengok. Memang sesuatu yang tak pernah cikgu Malaysia ajarla. Sebab dr kecik kitorg diperkenalkan dengan kalkulator dan cikgu akan kata, "tekan je kalkulator utk dpt jwpn". Dlm bahasa kitorg, sensei2 ni sugoi~! gle la sbb boleh hafal smpai 5, 6 tmpt perpuluhan yang kitorang satu nombor pn x tau. Sugoi ni kalau nk translate nya, kira cm hebat gle la...



Aku teringin gak nak belajar cara2 pengiraan yang mcm tu. Aku rasa cm cool gle. Dan dalam masa yang sama generatekn minda. Personally aku mmg x berapa suka guna kalkulator. Seboleh-bolehnya cubala elakkan. Tp, dh lama2 tu, sbb dh terbiasa sgt, jd mls gak nk kira manual, walaupun cuma nombor simple je. Sebab kalau selalu sgt gne kalkulator ni, nanti otak mudah jadi lembab. Em, memang betul pun, aku dh terasa otak aku makin slow kira math bila asyik guna kalkulator. So, bila calculator is forbidden ni, aku memang look forward la. Bagi aku, ni satu chance utk aku repolish sume karat2 malas berfikir dan mengira kat otak aku ni. Aku la... korang aku tak tau la....


Em, nak dapat sesuatu yang sugoi dan nampak kakkoi (cool), kena la susah2 sikit kan? Kalau nak semuanya senang, tak ke mana la jawabnye. Pepatah Melayu kata "Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian". Kalau senang-senang dulu, kemudian cmne lak?



Serius, aku terasa student Malaysia aku anak manja. SANGAT.

*Menurut apa yang aku dengar, sensei2 Jepun ni pn terkejut bila tahu yang kitorg dr sekolah dh guna kalkulator...


P.S: Jangan berlagak sgt atau asyik nak gelakkan orang, nanti kena balik kt batang hidung sendiri, baru tau langit tinggi ke rendah...huhuhu...lama gak x jmpe komen tsr...

3 comments:

TRS....:P said...

bru 2 post kot ak x cmmnt....heheh:P

BTW...tmpt korang mmg x leyh gune calculator ea???....tmpt ak boleh je...ahaha....

Iffah Syuqaira said...

:D

apa maksud kau? x paham... hahaha..well, aku rse org mls je yg gne...

tsr said...

ahhaa...tula mksud ak...sbb rmy pmls la bolea gune...ahaha...msty x phm gak an???....x pe2...x yh phm g elok ye..:P