Saturday, 26 May 2012

Ambang Asuhan Jepun : Setiap hari testo?

Assalamualaikum.



Takut tak baca tajuk tu? Agak-agak kalau kouhai (junior) yang belum masuk tu baca, mahu kecut perut sikit dibuatnya. Em, takpe dik, pergi solat istikharah dulu. Hehe. Terasa senpai yang jahat.

Tapi ni memang fakta pun. Tak testo (test), tsuishi (retest). Macam aku ada mention kat post yang sebelum ni. Dalam jadual kitorang pun, tahun 2 la, memang diperuntukkan satu masa terakhir yang dipanggul hoshuu, yang mana masa tu biasanya digunakan untuk tsuishi. So, nampak tak betapa 'sikit'nya tsuishi tu? Haha




Tapi sebenarnya takde la hari-hari test pun. Paling-paling pun seminggu sekali je. Kira cam minggu ni Fizik, minggu depan mungkin Kimia pulak. Lagi seminggu Matematik. Tu baru subjek Sains. Tak cerita lagi Bahasa Jepun.Test je sampai 4 jenis. Tak masuk lagi kuiz yang hari-hari wajib ada. Bukan satu, tapi dua, dan kadang-kadang boleh jadi tiga. Terasa tak susah?

Minggu lepas, tahun 2 dapat cuti seminggu. Tahun 1 tak, sebab diorang tak masuk pun lagi. Dengar-dengar 4 Jun ni, tak tau la cam mana. Tengok je la. Oh ye, cuti kitorang. Memang seminggu je, walaupun tu dikira sebagai cuti mid sem. Dan yang paling best masa cuti haritu, ialah 'homework' yang di'bekal'kan untuk seminggu tu kurang dua tiga helai je (kalau ada la kurang) daripada homework masa cuti 3 minggu sebelum tu. Kira memang student AAJ ni enjoy cuti pun la. Aku memang enjoy pun sampai naik bosan bukak fb banyak kali sangat dalam masa sehari. Hehe.

Tu time cuti, homework mengalahkan budak SPM. Tapi takde la teruk sangat nak buat sebenarnya, sebab soalan tu semua, disediakan sekali dengan pakej jawapan. Kira pilihan terakhir kot dah malas sangat, salin je la sebijik-sebijik.

Tapi yang lagi 'seronok' ialah setiap kali lepas cuti tu, wajib akan ada bureku tesuto. Kalau nak eja ikut cara Jepun la. Yang English sebenarnya, "break test". Dari sudut positifnya, beg tak berat sangat, sebab takyah bawak buku banyak-banyak masa first day after cuti. Sebab sah-sah semua subjek tak belajar, buat test je. Tapi dah sampai petang tu, faham-faham je la macam mana penatnya, sebab otak dah maksimum berfikir.

Oleh sebab tu, ada student AAJ yang tak suka cuti panjang, baik kelas je hari-hari. Kata mereka. Aku senyum je. Macam ni :D



Ok, dah panjang lebar segala detail aku cerita, nak share sikit apa yang aku fikir.

Memang betul, tak ada orang yang suka kalau hari-hari ada test. Walaupun beg ringan sekalipun, tapi sebab kena perah orak habis-habisan, so aku rasa ramai lagi prefer bawak beg cam batu daripada ambik test. Tapi dah lama-lama kat AAJ ni nanti dah lali dah. Cam takde apa pun semua benda tu.

Cumanya satu je lah kan. Cuba kita pandang benda-benda yang aku cerita kat atas ni - test, kuiz - dari kaca mata daily life kita. Lebih kurang sama je kan? Hari-hari kita diuji. Tak pernah terlepas. Kita je mungkin tak perasan. Sebab ujian ni bukannya datang dalam bentuk takde duit atau lagi satu markah nak lepas tsuishi je. Kadang-kadang asyik dapat full mark pun boleh jadi ujian jugak. Kan?

Ujian-ujian ni tak lain tak bukan tujuannya nak membentuk diri kita, manusia yang lemah ni supaya menjadi lebih kuat. Lebih cekal menongkah arus kehidupan. Ye, menongkah, sebab zaman sekarang the real lifestyle is not a normal thing. Sekurang-kurangnya ujian atas kertas tu boleh kira markahnya, taula lulus ke tak ke, dah cukup study ke tak ke kan. Yang ujian kehidupan, the real test, cam mana pulak? Agak-agak lulus ke tak, risau kan? Aku pun takut gak.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan." (Al-Ankabut: 2)

Wallahu a'lam.

P.S : Terasa cam emo sikit. Hehe. Kenapa banyak sangat word 'sebab'?

2 comments:

~ Pelaut Rabbani ~ said...

Salam alaik. Singgah bertandang di sini. Moga Allah kasih. :)

dania^^ said...

akak . tercuak nak masuk aaj ni . harap boleh jadi guide saya ye . terimakasih .