Friday, 12 April 2013

Jumaat di Jepun

Assalamualaikum



Hisashiburi
Lama rasanya tak menulis. Hampir dua minggu kot. Sejak pindah 'rumah' baru ni. Hmmm....

Kisah untuk dikongsi, banyak je rasanya. Tapi bila dah lama-lama tersimpan, mood untuk menulis jadi tak ada, lalu kisah itu terbang bersama tiupan angin kuat Osaka.

Ceh, sastera kemain ayat!

Tapi, part angin tu memang betul. Sangat kuat, menyebabkan walaupun matahari terik, tetap terasa nyaman.

Ok, intro dah panjang sangat. Hari ni ada satu kenangan menarik, yang nak dihikayatkan sebelum feel tu hilang.




Kisah hari ini.

Ketika aku sesat mencari kelas yang kedua pada hari ini, terdengar namaku dipanggil. Aku menoleh. Rupanya rakan sekelas. Satu-satunya rakan perempuan yang sekelas dalam kumpulan 4. (Jumlah keseluruhan pelajar untuk course aku ialah 170, yang kemudiannya dipecahkan kepada 4 kumpulan). Memandangkan pelajar perempuan yang sangat sedikit, maka agak mudah aku rapat dengannya.

Oh ye, sedikit info. Kelas pertama di Jepun ialah 8.50 - 10.20 pagi. Yang kedua ialah 10.30 - 12.00 tengah hari. Manakala jam 12.00 lebih sikit pula ialah Zuhur di tempat aku.

Sambung cerita tadi. Dipendekkan, tak lama lepas jalan laju-laju naik turun tangga, kami jumpa kelas. Kami sekelas untuk subjek tu, yang mana pelajar lainnya semua lelaki.

Sebelum masuk ke kelas, dia bertanya aku tentang makan tengah hari. Kiranya nak makan sama la. Aku angguk dan senyum je.

Habis kelas, kami bergerak cari tempat makan. Mula-mula cadang nak makan kat bilik aku, tapi bila dikenangkan bilik tu sedikit tidak teratur (bukan bersepah ye), aku tukar fikiran dan mengajaknya ke pejabat International House. Ada satu ruang serba guna. Ada meja. Boleh je la kot makan. Sebab semalamnya sahabat yang seorang tu ajak member Jepun dia makan kat situ, aku tiru je la.

Masa aku masuk tu, ada seorang je lelaki, tak pasti dari mana tapi berkulit agak gelap. Dia membuat isyarat bertanya adakah aku hendak solat. Aku mengangguk tapi aku katakan kawanku hendak makan. Dia hanya mengangguk. Kawanku makan sementara aku solat di tepi. Sedang solat, terdengar suara-suara bercakap Melayu.

Selesai solat, aku menoleh dan bertanya pada rakan yang sedang berbual dengan lelaki bangsa asing, yang menegur aku tadi.

Aku: Tak solat ke?
Dia: Khatib tak sampai lagi.

Dengar tu, baru aku teringat, hari ni Jumaat. Solat Jumaat rupanya! Terasa macam aku 'mengganggu' pulak. Aku gerak ke belakang dengan rakan Jepun tu. Sambung lepak kat situ pulak. Saje nak tengok. Aku pun tak pernah secara 'live' join solat Jumaat. Sambil tu pun saje nak biar kawan tu tengok sekali.

Solat Jumaat kat sini, sama je rasanya dengan solat Jumaat kat tempat lain di Jepun, tapi confirm berbeza sangat dengan Malaysia. Tak nak ulas panjang tentang tu. Cuma aku rasa jemaah kat sini agak ramai.




"Walaupun saya tak faham sangat, sebab disampaikan dalam bahasa Inggeris (khutbah), tapi saya rasa ia sesuatu yang hebat. Rasa nak datang sini tiap-tiap minggu."

Komen kawan Jepun tu.


Nasib baik kau tak faham, boleh aku 'goreng', sebab aku pun takde la faham sangat slang khatib tu.

Bisik aku dalam hati.


Dengan kepakaran bahasa Jepun yang masih tahap sekolah rendah, aku cuba untuk menerangkan kepadanya signifikan dan keindahan solat Jumaat tu. Aku rasa sangat seronok bila dia menunjukkan kekaguman dengan berkata, "E-h?" sambil mata dibuntangkan sedikit.


Oh ye, masa aku tengah lepak-lepak tu, ada seorang makcik Jepun masuk, bagi salam kat aku. Terkejut gak sikit. Tapi rasa teruja tak dapat borak panjang. Harap dapat jumpa lagi lain kali. Hmmm...



Tujuan asal lain, tapi hasilnya lain pulak jadi. Namun suatu percaturan Allah yang menarik.




Wallahua'lam.


[Asalnya ditulis di iPhone pada Jumaat, tapi disiapkan di komputer library pada Isnin]


3 comments:

Hanisah Hamid said...

iinaaa ~

baca entri ni sambil senyum senyum depan lappy :D

Nur Amira Ilyani said...

iffahhhhh bestnya nak solat jumaat sama2 gak

~i'm the flying birds~ said...

subhanallah...^^