Assalamualaikum
Hisashiburi~~
Rasa lama sangat tak menulis. Eh silap. Lama sangat tak menulis sampai siap. Hehe. Tapi tak apa, abaikan dulu, sebab tak sesuai dengan suasana sekarang.
Iaitu suasana pasca pilihan raya umum (PRU).
Semua orang kecoh-kecoh buat ulasan dakwat tak kekal la, hantu keluar siang-siang la, bekalan elektrik terputus la, dan macam-macam lagi. Tiba-tiba aku tulis tentang seronoknya berjalan-jalan di Jepun.
Macam tak faham bahasa. Tak reti baca keadaan. Syok sendiri.
Kan?
Jadi, aku pun nak tulis alkisah PRU 13 yang berlangsung pada Ahad, 5 Mei 2013. Memandangkan aku bukan penganalisis politik yang bertauliah mahupun Yang Berhormat, tetapi hanya seorang pelajar yang masih bertatih di alam kampus, maka ulasan aku pun ala budak-budak la sikit. Maaf la ye.
Ketika keputusan PRU diumumkan, aku berada di dalam bas. Dalam perjalanan pulang ke "negeri" dan "rumah" sendiri selepas menghayati "percutian" selama 3 hari 2 malam di tepi laut. Yang cuti tu, cerita lain kali. Maka aku hanya berpeluang mengikuti update daripada telefon pintar sahaja. Itu pun bergantung kepala kekuatan talian internet di tempat yang dilalui.
Aku tak pasti pukul berapa keputusan rasmi diumumkan. Terlepas ke alam lain sebentar masa tu. Dah lambat sangat umum. Penat tunggu. Lagi pulak, Jepun awal sejam. Cuma yang pasti, ketika aku terkejut sekitar jam 3.20 pagi, dah Subuh masa tu, sudah rasmi pemerintah asal mengekalkan kedudukan mereka.
Terkejut, sedih, kecewa semua tu letak tepi sekejap. Masa tu, dah bermula fenomena penukaran profile picture kepada warna hitam. Mula-mula tak faham, baca betul-betul baru tahu, rupanya blackout. Dalam bas aku memang gelap, sebab semua orang nak tidur. Tak ada kaitan.
Ok, macam dah jauh tersimpang. Baik kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat.
Sebenarnya aku nak berkongsi kekaguman aku pada masyarakat Cina. Opss, aku tak racist dan aku bukan Cina.
Aku ada rakan berbangsa Cina, dalam senarai friend di facebook. Tak banyak pun. Dua tiga orang je. Mereka antara yang terawal "berkabung". Ketika kempen berlangsung pun, mereka antara yang rancak menyebarkan maklumat.
Aku rasa kagum dengan mereka. Pertama, mereka anak muda seusia dengan aku. Kedua, kalau nak buat perbandingan dengan remaja Melayu, mereka ni bukanlah 'ustaz-ustazah yang bersekolah agama'. Cuma remaja biasa, yang mempunyai minat pada muzik dan sedikit obses dengan K-pop, J-pop. Yang membuatkan aku kagum ialah kepekaan mereka pada isu semasa. Fenomena politik negara. Tak kisahlah kalau masa pilihan raya sahaja pun.
Sekurang-kurangnya ambil tahu.
Tidak seperti sesetengah remaja Melayu. Ketika dunia hangat memperkatakan isu ke'kotor'an pilihan raya dengan bukti-bukti yang jelas, mereka masih lagi sibuk dengan status 'cinta, hati dan kasih sayang'. Tengah-tengah scroll newsfeed yang penuh macam-macam versi info, tiba-tiba terselit pulak status-status luar topik. Kesian pulak aku rasa, macam duduk kat dunia lain. Dia seorang je yang topik tak sama. Hmmmm...
Maaf sekiranya ada yang terasa. Perkataan yang diguna mungkin agak kasar dan keterlaluan. Maaf.
Cuma aku sedikit sedih dan kecewa dengan mereka seperti itu. Ketika dunia sedang bergerak pantas memperjuangkan keadilan, kesaksamaan dan hak, masih ada yang tertinggal dalam dunia sendiri. Lebih menyedihkan yang tidak cakna itu, anak-anak Melayu. Sedangkan bangsa lain semuanya sudah buka mata. Lepas tu, bila berlaku apa-apa, salahkan bangsa lain. Hakikatnya, siapa yang tak kisah?
Perlu pandai bezakan, antara realiti dan fantasi. Antara keutamaan dan nafsu mengada-ngada.
Masih banyak kerja sekiranya benar-benar mahu kemenangan yang sebenar. Kemenangan yang bukan sekadar menang. Kemenangan yang terisi.
Tanggungjawab pada bahu anak muda, pengundi PRU14, penentu hala tuju negara.
Wallahua'lam.
[Kali ini, ayat tak cukup puitis. Idea ada, seni pulak takde. Hmm..]
No comments:
Post a Comment