Saturday, 11 May 2013

Sebulan yang rugi

Assalamualaikum



Teruja ada kouhai (junior) kongsi pautan blog ni di laman facebook dia. Terus rasa nak menulis sesuatu. *sengih sumbing

Sedar tak sedar, dah lebih sebulan bermukim di Jepun. Banyak perkara dah berlaku. Banyak juga masa terbuang.

Serius, tinggal di Jepun, terasa banyak masa dibazirkan. Lagi-lagi hujung minggu. Haish




Sebab yang utama, pengajian di Jepun berbeza dengan di Ambang Asuhan Jepun (AAJ). Jadual banyak kosong, homework pun tak banyak. Tu maklumat umum yang biasa digembar-gemburkan oleh senior.

Untuk situasi aku, kelas banyak kosong itu tak betul. Tapi homework tak banyak tu mungkin ye. Oh, di Jepun, universiti dikenali sebagai sekolah, jadi tak adalah pelik sangat guna perkataan 'homework'. Sensei mengajar pun guna papan hitam dan kapur. Teringat sekolah rendah. 

Aku bersyukur kelas aku banyak. Setiap hari kecuali Selasa, kelas dari 8.50 pagi hingga 4.10 petang. Selasa sahaja 10.30 pagi hingga 5.50 petang. Purata setiap hari 4 kelas. Memang penat. Tak dinafikan. Kadang-kadang rasa tak larat. Tapi aku lebih suka macam ni.

Sebab dengan kelas yang padat macam ni pun, masih banyak lagi masa yang dirasakan 'tak tahu nak buat apa'. Masih ada masa untuk termenung, main game, tenung iPhone lama-lama tak buat apa, tak pun tidur. Cuba kalau lagi banyak kosong, apa jadi agaknya ye?


Perbezaan masa antara Jepun dengan Malaysia hanya sejam. Tetapi perbezaan cuaca menyebabkan perbezaan masa itu menjadi ketara. Kecelaruan dengan sistem masa yang berbeza ini penyumbang kepada ketidakaturan pengurusan masa. Sebagai contoh, sekarang Subuh di tempat aku jam 3.20 pagi. Isyak pula 8.20 malam. Jarak yang pendek. Maka ramai yang memilih untuk stay-up sehingga Subuh kerana khuatir terlajak. Namun pilihan ini ada negatifnya, kerana masa yang agak panjang ini kadangkala digunakan bukan dengan cara yang bijak.

Tambahan pula, gaya hidup di Jepun di mana kebanyakan pelajar tinggal seorang diri, juga menyumbang kepada kegagalan pengurusan masa yang baik. Yang tinggal berdua bertiga pun, masing-masing buat hal sendiri. Em, mungkin tak semua. Tapi ada. Maka masa yang ada digunakan sesuka hati. Nak tidur dari pagi sampai malam tak solat pun tak ada siapa tahu. Kan?

Ops, Allah tahu la.

Seperkara lagi yang menyumbang kepada terbuangnya masa ialah faktor geografi. Boleh dikatakan jarak terdekat antara kawasan ialah satu jam menaiki kereta api. Maka perjalanan sahaja sudah mengambil masa yang banyak. Bila berjalan, cepat je rasa masa habis. Duit takyah cakap la.


Sebulan lebih telah berlalu. Secara peribadi, aku rasa rugi sangat. Mungkin banyak perkara aku belajar dalam tempoh ini. Tapi aku merasakan sepatutnya lebih banyak yang boleh dicapai.

'Baru sebulan, tak biasa lagi' tak wajar menjadi alasan.



Untuk mengelakkan rasa terlalu rugi, aku biasanya cuba untuk mengisi masa yang kosong itu dengan memperbanyak amalan sunat. Paling tidak pun, berzikir dalam hati. Kalau berjalan yang lama-lama tu, cuba untuk menikmati keindahan alam sambil mengingati pencipta-Nya.


Kadang-kadang berjaya. Kadang-kadang tidak.


Tidak mengapa, yang penting usaha.


"Yang paling jauh ialah masa lalu,"
 Imam Al-Ghazali

"Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas maka ringkaskanlah pelaksanaannya."
Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna


Sekiranya masa lapang masih banyak, bermakna kita tidak bekerja. Maka, bagaimana kemenangan yang terisi mahu dicapai?



Wallahua'lam.


No comments: