Tuesday 11 February 2014

Perintah agung

Assalamualaikum


Lama terasa sejak kali terakhir muncul di sini.
Lama. Sangat lama.



Ingin tahu mengapa aku tidak menulis? Untuk hampir satu semester...






Kerana pepatah Arab berkata:


فاقد الشيء لا يعطيه
"Orang yang tidak mempunyai apa-apa tidak dapat memberi apa-apa"


Ya. Tiada apa-apa. Apa-apa untuk diberi.

Sebuah komputer tidak boleh memaparkan informasi berwarna-warni tanpa kemasukan input 0 dan 1 yang disusun dengan tepat. Sang fakir harta tidak mampu menghulur bantuan kewangan buat sahabatnya. Begitu juga, seorang yang kehausan ilmu mana mungkin menghilangkan dahaga orang lain.


Rumah sendiri bekalan air dipotong, tapi nak ajak orang minum teh. Macam mana tu?

Bukan susah, selesaikan tunggakan bil. InsyaAllah akan disambung segera bekalan air. Boleh kenduri air teh.



Sama juga.
Saya tak tahu. Tak ada maklumat.

Maka, tambahkan ilmu.
Cara paling mudah: membaca.


Kerana itu wahyu pertama yang diturunkan berbunyi "Bacalah", tidak "Berimanlah" atau "Masuklah Islam".


Novel Melayu VS Novel Jepun
Usah jadikan hiasan semata-mata.

Membaca itu sangat luas ertinya.
Bukan setakat tulisan berdakwat hitam pada kertas yang dicetak. Bukan juga aksara yang terpapar di skrin teknologi sahaja.

Tetapi
Bacalah alam, tadabbur isinya.
Bacalah raut wajah ibu bapamu, selami resah mereka.
Bacalah gerak solatmu, fahami hikmah penyusunan syariatnya.

Bacalah dengan hatimu.
Kerana ia bukan hobi.
Tetapi suatu perintah.
Yang pertama, paling agung.


Bacalah.
Manfaatkan cutimu!


Wallahua'lam





5 comments:

Hanisah Hamid said...

好き!このエントリは。

Anonymous said...

Assalamualaikum, kak iffah. Saye Aisa pelajar Tingkatan 4 dari Johor. Tahun dpn jadi mangsa SPM. Hehe. Saya cenderung dlm Maths tapi tak nak jadi cikgu. Selain itu, saya minat jugak bab2 komputer. Software, web dsb. Kira bidang sains komputer dan teknologi la. Boleh ke saye belajar kat aaj. Sbb saye teringin sangat nak belajar kat Jepun. Kalau ade rezeki, insya Allah. Lagi satu, kos sara hidup kat jepun tinggi ea kak? Semua mahal2 ke?�� Ade satu app currency converter kat smartphone saye, rm1 bersamaan kira2 33 yen. Macam ne boleh mahal ea. Nampak cam murah. Hehe. Sng x cari makann halal kat sane, or better masak sendiri je? Lps tu care org Jepun bergaul dgn kite., maksud saye dgn org dr luar ngara. Camne ea? Care die cakap, layan kite. Lepas tu kak, kan dh bljr speaking Jepun kan. Kanji2 tu. Bila kat sane mule2 tu, semua bahasa diorg cakap, akak faham ke or kene buat rujukan sikit2 ea? Hehe. Maaf banyak soalan. Harap akak bagi banyak jawapan. Hehe. Ganbatte Kundasai. --> ape maksud die kak? Betul ke ejaan die? Hehe. Assalamualaikum. Anyway, best blog akak ni. Byk cerita pasal akak di aaj smpai ke jepun. Palng saye terkesan babak pndgn org jepun yg kagum terhadap kite. Belajr rajin2 kak.

Unknown said...

assalamualaikum kak iffah,
saya ni pljr yg baru je abis spm 2014..
sy mcm ade angan2x nk gi bljr kat jepun tu heh~
pastu sy google nk tgok2 pasal nk smbung course ape lepas spm and sy tjmpe blog ni dan terbca pasal ambng asuhn jepun..
kalau x kebratan boleh x sy dptkn email atau fb mungkin utk sy tanye pasal aaj..tengs

Iffah Syuqaira said...

Aisa: InsyaAllah boleh belajar di jepun, dengan syarat persiapan rohani kena mantap!
Kos hidup memang tinggi, tp iA kalau pandai manage duit, ok je. Makanan halal alhamdulillah boleh cari. Pergaulan dgn org Jepun pn xde mslh.
Bahasa tu, mula2 susah jgk nak fhm, tp lama2 ok :)
Ganbatte Kudasai. --> selamat berjaya!

Iffah Syuqaira said...

Amirah azhar : boleh je, fb Iffah Syuqaira :)