Tuesday 7 June 2011

Teknik Ingat Kanji

Assalamualaikum. Minna, konbanwa~!


Tulisan favourite kita..

Tiba-tiba aku rasa cam nak share cara aku ingat tulisan-tulisan 'berangkai' ni. Sebab bila aku survey-survey kawan-kawan punya cara, semuanya hampir sama je : tulis banyak-banyak sambil baca. Tu je. Aku terasa cam aku punya lain sikit, so, tak salah kot aku share kan?

Aku tak de la renshuu sampai 50 kali untuk satu kanji. Paling banyak pun aku tulis 30 kali. Tu pun kot rajin la. Kalau malas ade la dalam 10 kali je. Cara aku ni mungkin 'tinggi' sikit kot, banyak guna minda dan imaginasi sikit. Tapi since korang semua genius-genius, so, takde problem la nak faham kot.

Cara aku ingat kanji:



1. Baca / review sebelum kelas.

Sebaiknya sebelum kelas, tak kisah la malam sebelum ke, pagi tadi tu ke, atau bila-bila, cuba tengok-tengok dulu rupa kanji tu. Try untuk camkan bentuk dia. At least kita akan dapat gambaran, pertama macam mana rupa dia. Kedua, senang ke susah agak-agaknya kanji tu. In case kanji tu macam susah, sekurang-kurangnya minda kita dah boleh berangan-angan camner agaknya cara nak tulis dia. Em, tak payah lama-lama, dua kali imbas pun dah cukup kot.


2. Dengar penerangan dalam kelas.

Ok, yang ni tipikal sangat. Aku pun takde la dengar sangat. Kadang-kadang borak-borak gak. Tapi sebenarnya penerangan ni penting walaupun sangat la boring kot. Sebab kita boleh ingat 50% yang dilihat dan didengar. Kalau aku, aku tumpukan pada bentuk dan contoh ayat kanji tu. Renung jap, tak berkelip sampai rasa boleh cam.


3. 'Ceraikan' kanji.

Kot ada sesape yang perasanla, kanji, yang susah-susah la, yang banyak strok tu biasanya adalah gabungan beberapa kanji mudah. Tak percaya cuba check berapa banyak kanji yang ada bentuk 日(hari), 月(bulan), 土 (tanah). Untuk aku senang ingat, biasanya aku akan pecahkan kanji tu kepada beberapa bahagian. Contoh aku bagi kanji ni:


Kanji ni aku boleh pecahkan kepada empat bahagian. First belah atas kiri ialah kanji 'sen' : seribu. Bawah tu pulak kanji 'kou' : mulut. Memang belum belajar lagi, tapi ada rupa 'ro' katakana kan? Tu pun boleh apply gak. Yang belah kanan atas tu pulak, kanji berdiri, aku tak pasti apa sebutan dia. Yang bawah tu pulak kanji 'juu' : sepuluh. Aku rasa simpler kot kalau nak ingat cara ni. Tapi tak tahula korang. Lain orang lain cara.

Satu kanji lagi:


Yang kiri tu ada rupa 'ne' katakana. Kanan tu pulak kanji 'do' : tanah.

Banyak lagi kanji yang gabungan gak. Cuba la cari sendiri. Takkanla aku nak senaraikan semua pulak kan?


4. Ingat contoh perkataan

Untuk yomikata pulak, biasanya aku ingat contoh perkataan yang dia bagi je. Kalau nak hafal satu-satu cara bacaan, dengan on-yomi, kun-yomi bagai, memang susah la dalam masa yang singkat. Lagipun motif kita semua hafal apa, nak lepas test kanji je kan?

Lagi satu, kalau korang perasan, setakat kanji yang kita dah belajar ni, mostly berkaitan antara satu sama lain. Tak pun, dari kumpulan yang sama. Dengan cara tu pun senang gak ingat. Daripada ingat 受 ngan 付 asing-asing, baik ingat dua-dua sekaligus. Sebab cara baca yang digunakan pun hampir sama je untuk semua keadaan, base on contoh yang diberi tu la. 


5. Tahu makna.

Setiap kanji membawa maksud tersendiri. Jadi, sebaiknya kena la tahu makna setiap kanji tu. Aku tak maksudkan ingat semua makna kat contoh tu. Tapi ingat makna secara keseluruhannya, atau makna yang utama. Dari contoh tu pun dah boleh agak apa yang kanji tu sebenarnya nak maksudkan.

Contoh: 分

Kanji ni guna dua je. Kalau gabung dengan nombor, maksudnya menunjukkan minit. Kalau campur dengan hiragana pulak, maksudnya 'faham'. Tu yang biasa, tapi dalam buku ada gak maksud, 'membahagikan'.

Bagi aku, bila dah tahu maksud, lagi senang nak ingat, sebab boleh kaitkan bentuk dengan maksud. Nanti ada banyak lagi kanji yang kita akan jumpa yang guna 'base' yang sama, sebab ada kaitan dengan maksud. Takyah ar terang lagi, nanti pening kepala.


Kesimpulan.

Sebenarnya kanji ni tak susah mana. Balik pada persepsi korang terhadap kanji jugakla. Kalau rasa senang, insya-Allah muzukashikunai la dia. Tapi kalau sebaliknya, no comment la. Lagi satu, it needs imagination and creativity. Korang kena pandai imagine and be creative untuk pelbagaikan cara menghafal. Paling penting, kanji yang basic-basic, yang 3, 4 strok je tu, kena ingat betul-betul. Sebab tu je asas kanji. Pasni, kanji-kanji kecil tu la yang akan diulang-ulang banyak kali, gabung sana sini untuk jadikan kanji yang lain. Tu je, takde lain.

Kanji ni tak yah hafal pun. *ceh ye la tuh...* Yang penting beri tumpuan, faham, suka, dan ingat! Tu je. Bukan nak poyo ke apa *tapi cam ye je*, aku tulis ni, tak rujuk pun buku. *ceh, menunjuk gile* Alhamdulillah, boleh ingat lagi yang dulu-dulu tu punya. Untuk kanji hari ni pun, hampir 80% aku dah boleh ingat walaupun tak bukak lagi buku sejak lecture habis pukul 5 tadi. Aku guna cara ni la nak ingat. Imagine, cam bentuk, tahu maksud, pastu ceraikan kanji untuk mudahkan penulisan.

Selamat mencuba~!

--> Ni cara personal aku, so, kalau tak faham atau tak puas hati, sila komen di bawah ^^
(sebenarnya aku pun tak pasti korang faham ke tak apa yang aku merepek ni...)


P.S: Makin banyak belajar kanji, makin aku rasa kanji tu senang...

7 comments:

AbdullahUmar said...
This comment has been removed by the author.
TiM said...

laaa... aku ingat kanji tu hape laa tadi. tak pahammmmmm.. =_='

Iffah Syuqaira said...

hahaha.. sian kau timah. xpe pasni nnti kau post la sal term2 anatomy kau, biar aku lak yg x paham.. hehe

Nur Amira Ilyani said...

Kite tak puas hati ni. Tq.
Huehueheu, sebab kita lah one of the people yang rasa kanji ni totemo muzukashi.
Hmmmmmm~~~~ Tolong :')

Iffah Syuqaira said...

dou itashimashite~! em, kalau nk minta tlg apa2, tanya je la.. insya-Allah kita akn cuba bantu :D

Nur Amira Ilyani said...

iffah nnti pm num fon awak eh, semua num hilang ni, lepas balik rehlah, tercampak fon, rosak :/ hehe

oh dgn iman sekali pun ok kut.

Anonymous said...

Kak, yg masuk aaj Ni suma stret a kan ? Ade x yg dot ckit je A+ n ade A-?