Sunday 3 July 2011

Ambang Asuhan Jepun: Pengisian Rohani

Fuh, terasa dah lama tak buat post dengan phrase "Ambang Asuhan Jepun: " kat depan tu. Terindu pulak nak tulis. But the fact is, memang dah lama tak update blog, hampir tiga minggu kot.. hehe..

Gambar takde kaitan, sekadar hiasan


So far, life ok. Seriously, aku memang bersyukur gile masuk AAJ. Banyak sebabnya. Dahlah study kira amari muzukashikunai (tak berapa nak susah) gak (aku tahu ramai akan menyampah ngan statement ini. Silakan untuk menyampah.. hehe *smirk*). Alhamdulillah. Cuma bila tutorial tak siap je la, terasa cam taihen (susah) gile. Kalau dah siap (cam sekarang ni *menunjuk-nunjuknya aku*), memang rasa subarashi la! Boleh tido setiap masa, nothing's to be worried about XD

Apapun, satu perkara yang aku memang suka dengan program ni ialah environment dia. Suasana pembelajaran dia memang kategori sistematik la. Standard la, Jepun. Tapi yang lagi best ialah life kat kolej. Bab jalan jauh tu tolak tepi la. Ni life kat situ, terutama time yoru (malam) ngan shuumatsu (weekend).

Kenapa?



Sebab aku rasa environment Islam cukup obvious kat sini. Benda ni amazed aku la. Sebabnya program ni bukannya program pengajian Islam dan bukan jugak program untuk ke Timur Tengah, yang mana program2 tu normal la kalau ada aktiviti islamik. Tapi, program ke JEPUN, engine lak tu!

Antara program yang kitorang buat (dah buat) kat sini termasuklah:

1. Usrah

First week lagi, kitorang dah kena 'sambar' dengan daisenpai. Ingat lagi, masa tu malam Jumaat, ramai-ramai jalan kaki pergi KK12. Usrah first, sesi taaruf. Memang best la, dapat kenal-kenal senpai (senior) dengan lebih dekat. Tapi yang paling best nye ada KFC! Hahhaa...

Sekarang ni, campur tolak dah lebih kurang sebulan setengah kat sini. Every week memang ada usrah. Paling sikit sekali, biasanya 2 kali. Kadang-kadang sampai 3 kali. Kat sini ada dua team usrah yang berbeza dari senpai-senpai yang berlainan.

Satu team akak Pengajian Islam UM, campur sikit dengan daisenpai yang dah balik dari Jepun. Usrah yang ni biasanya tengok video, pastu ada makan2. Lagi satu team lak diketuai daisenpai yang dah balik Nihon, bekas Ketua Muslimat kat sane. Yang usrah ni best gile sbb kitorg suka merepek, and banyak dapat info pasal Nihon, tentang life kat sana.

2. Piknik

Program ni minggu lepas, hari Sabtu. Best, jalan-jalan sambil mentadabbur alam. Terasa ukhuwah itu wujud antara sesama semua onna (pelajar perempuan). Termasuk jugak 4 orang pelajar KTJ. Walaupun setengah hari je, tapi memang takkan dilupa sampai bila-bila. Permulaan yang baik untuk lebih banyak program akan datang.

Rasa-rasa kat mana?


Aktiviti paling best :- cycling ramai-ramai!


3. Qiam

Ni baru je, last two night. Malam tu, senpai-senpai dari KK12 datang ramai-ramai, tidur kat kolej kitorang. Memang best la. Cuma yang sedih sikit tu kouhai tak ramai sangat join qiam pagi tu, maybe penat sangat kot, tak terjaga awal. Apapun, still, it was a great success! Lepas ni boleh la buat selalu.

Malam tu, ada usrah sikit. 2 jam, lama tak? Tapi tak terasa pun, sebab tengok video, movie Muhammad Utusan Terakhir. Habis movie, boleh kira je berapa yang masih duduk. Memang cerita tu dah lama, tapi aku tak pernah tengok betul-betul. So, bila betul-betul menghayati tu, terasa betapa Islam tu tak berkembang dengan mudah. Kerana pengorbanan mereka, pejuang-pejuang agama tu lah, maka pada hari ini kita dapat bernafas dalam ruh Islam dengan aman damai. Time tu, one thing je terlintas, janji Allah memang benar,


"فأن مع العسر يسرا, إن مع العسر يسرا". 

Satu lagi persoalan, apa yang kita dah buat? Ops, bukan kita, tapi aku....



Aku memang rasa bertuah sangat ada kat sini, dalam program ni. Sebabnya, aku tak rasa program-program lain kat luar sana aktif camni. Bila dapat tahu camtu, aku jadi terharu dan bangga in the same time. Harapnya perkara ni akan berterusan sampai bila-bila, insya-Allah sehingga Islam kembali menjadi khalifah di dunia ini. Amin~~


P.S: Next week ada Sense Our Soul, gabung dengan KTJ dan IBT. Onna, jom pergi ramai2!!

8 comments:

Khairussyifa' Humaira said...

ehem..
Usim ada je usrah la...
tapi tak semua n tak wajib..
pandai-pandaila kita sendiri cari usrah atau ada tu akak-akak senior awal-awal lagi dah sambar waktu program taaruf...

Kitorang masih kat tamhidi,kolej kediaman jauh sikit dari akak-akak ni n tak campur tempat tingal ngn senior. Cuma adala ajk(akak n abg senior)yang tinggal kat kolej kediaman kami, diorang tak ramai.so tak semua la dak tamhidi join usrah...

Iffah Syuqaira said...

ops, sorry. sbb yg aku dgr dr sepupu aku tu xde.. tu yg aku tulis cmtu. Em, tp dh betulkn dh.. so, don't worry er ^^

kiranya sama la dgn bdk asasi. Sbb dorg rmai. Yg kitorg ni pulak sbb group skit. So, mmg senior2 ni pegang awl2 la. So far cmner kt sne?

Syafa Mohamed said...

assalamualikum adik^^

wah...Alhamdulillah,Allah berikan kemudahan dalam pembelajaran...semoga sentiasa dalam senyuman:)

またよく頑張ってくださいね!!!

Iffah Syuqaira said...

waalaikumsalam, kak.

hehe.. alhamdulillah juga.. terima kasih byk2 pada akk2 sume yg selalu take care, ambil berat pasal kitorg.. syg akk2 sume!! :D

insya-Allah, I have to ^^

finn asri said...

seronoknyaaa adikk... rasa rindu aaj balikk (':

Iffah Syuqaira said...

xpe.. akk tggu kitorg kt Nihon er? :D

Anonymous said...

tu piknik kat putraaajayaaaa!!

Anonymous said...

Assalamualaikum,, akak,, nk contact bole?? Fb ke?? Sy nii insyaAllah nk g interview jpa-mara utk AAJ nii,, so nyee kalo bole nk tau information lg psl AAJ nii,, bole? Jazakillah,, heheh,, ��