Friday, 26 October 2012

AAJ : Perihal EJU

Assalamualaikum.

Aku kembali lagi. =)



Lately, mood berblog makin menjadi-jadi. Entah mengapa.

Walhal, EJU lagi 2 minggu je.

Em..

Aku tak berniat nak tulis panjang kali ni, tapi aku ni memang ada masalah susah berhenti bila dah start menaip. So, tak berani jamin entri ni akan jadi pendek.




Mesti ada yang tertanya-tanya, EJU tu apa?

EJU atau nama penuhnya "The Examination for Japanese University Admission for International Students" ialah satu peperiksaan yang perlu dilepasi oleh pelajar yang berhasrat melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di univerisiti-universiti Jepun. Peperiksaan ini telah diselaraskan dan diambil oleh calon-calon seluruh dunia pada hari Ahad, diadakan dua kali setahun, iaitu pada Jun dan November.

Kalau bahasa mudahnya, EJU ni lebih kurang macam A-Level untuk ke UK tu la. Cumanya yang ini untuk Jepun. Khas.

Peperiksaan ini sangat berbeza dengan peperiksaan yang aku pernah ambil selama berada di sekolah dulu. Lain sangat. Yang pertamanya, peperiksaan ini berlangsung selama sehari sahaja. Ye, SEHARI. Untuk 4 subjek yang dipelajari siang malam di AAJ selama hampir 2 tahun. Kedua, soalan semua berbentuk objektif, kecuali karangan Bahasa Jepun. Maka aku boleh katakan bahawa 'tuah' juga mungkin memberi kesan kepada keputusan peperiksaan ni.



Tapi tuah tu tak datang bergolek, kalau tak usaha. Usaha ni macam-macam. Belajar, berdoa, tu semua usaha. Kalau ada jugak yang tak usaha, tapi berjaya dengan cemerlang, itu mungkin rezeki dia. Dan mungkin juga sebenarnya ujian kepadanya. Siapa tahu. (ok, peringatan kepada diri sendiri juga).

Kalau peperiksaan yang lepas-lepas di sekolah, buat latihan banyak-banyak, rasa dah boleh ramal soalan. Kiranya, kalau tinggal lagi dua minggu macam ni, dah boleh kata 90% yakin la jugak. Hasil usaha jawab soalan semua la.

Tapi tidak untuk kali ini. Aku agak risau. Keyakinan itu ada, tapi tak setinggi dan semantap yang dulu-dulu. Kali ni baru betul-betul sedar, betapa perlu dan sangat pentingnya pergantungan pada Allah. Dan itu satu-satunya perkara yang aku boleh buat, untuk masa yang tinggal lebih kurang dua minggu ni.

Walau bagaimanapun, aku rasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk menduduki peperiksaan EJU ni dan merasai perasaan sebegini. Alhamdulillah.





Dua batch sebelum aku, 100% dapat fly ke Jepun. Rezeki mereka, hasil susah payah mereka. Tahun ini, semua mengharapkan perkara yang sama. Ye la, siapa tak nak kan? Cuma bila melihatkan sikap dan attitude sahabat-sahabat, kadang-kadang timbul di fikiran, tak mustahil kalau batch ni tak semua dapat fly. Aku tak nak ulas panjang, tapi aku pernah sampai terfikir, seolah-olah mustahil pulak kalau batch ni nak dapat fly 100%. Ok, itu sahaja, aku tak nak komen panjang. Harap kalau ada yang baca boleh faham sendiri.



Akhir kata, aku nak mohon maaf sekali lagi kepada semua readers aku (kalau ada la). Dunia komunikasi bisu ni senang sangat wujudkan salah faham. Kadang-kadang kita, em aku, tulis tu, rasa macam nak tujukan pada orang tu, tapi orang ni pulak yang terasa. So, maaf sangat, terutama kepada sesiapa yang pernah terasa atau mungkin terasa dengan tulisan aku. Mungkin aku terlebih jujur dalam sesetengah keadaan, tapi semua tu tak lebih dari sekadar pandangan peribadi sahaja.

Sekali lagi, aku mohon maaf. Doakan kejayaan aku dan sahabat-sahabat, agar semua berjaya menggapai impian masing-masing. Doa anda sangat dihargai. =)



Walahu a'lam.

But, really hope that person read the previous one.

P.S: Salam Aidiladha. Pengorbanan itu perlu untuk berjaya. 

1 comment:

Unknown said...

Love the way u put things around and together.. :D