Assalamualaikum.
Hisashiburi
da naa..
Lama sangat tak menulis.
Ada la dalam 4 bulan.
Kepada yang
memang faham Jepun, sekali baca je tajuk ni, mesti akan rasa cam, “ありえないじゃない?”atau yang
sewaktu dengannya, “Mustahil la tu”. Lagi-lagi yang memang kenal aku.
Kepada yang tak tahu pulak, baca perenggan first, jadi
makin tak faham. Takpe, biar aku translate dulu. Maksud title tu, “AAJ: Tempat
penuh dengan kegagalan”.
Aku repeat.
KEGAGALAN.
Apa anda fikir?
Em…
Aku tak maksudkan kegagalan dalam exam, yang dinilai
secara akademik tu. Tak. Bukan tu. Yang tu, Alhamdulillah, masih boleh tarik
nafas lega, walaupun banyak je sebenarnya yang perlu diperbaiki. Hmm, semua
orang pun macam tu rasanya.
Tapi di AAJ ni aku rasa banyak sangat aku gagal.
Terutamanya GAGAL dalam menjalankan tanggungjawab sebagai AJK Akademik. Banyak,
em, takdela banyak sangat, tapi ada la beberapa program atau aktiviti yang
pernah dirancang, tapi satu pun tak pernah berjaya. Di situ, aku terasa bak
kata orang, loser. Rasa macam gagal sangat. Walhal bukan sepenuhnya salah aku pun.
Mungkin keadaan. Mungkin jugak masa.
Mungkin jugak…. memang salah aku sepenuhnya. Em, apa-apa la…
Dan yang terbaru, permohonan aku tak diluluskan,
dengan alasan yang sukar aku terima. Gagal jugakla kan, bahasa mudahnya. Sekali
lagi, sedih yang teramat. Tak terkata.
Pun begitu, aku sayang AAJ. Rasa bersyukur dan bertuah
sangat dapat peluang belajar di sini. Dua tahun, mungkin sekejap, pantas dan
sangat padat. Tapi bila aku teliti betul-betul, silibus tu semua setahun pun
boleh habis sebenarnya. Dengan syarat betul-betul intensif, dan memang jadi
robot hidup la. Lagi pulak bila semua yang dipelajari dalam tempoh dua tahun
tu, penentunya hanya satu hari. Ye, SEHARI je.
Lagi la, kadang-kadang terfikir, “Buat apa la aku
bazirkan masa dua tahun kat AAJ ni?”
Bagi aku, dua tahun di AAJ, ilmu akademik memang betul
banyak. Tapi yang lebih penting dan berharga, ilmu dan pengalaman hidup.
AAJ sangat banyak mengajar aku erti perjuangan, dakwah
dan survival.
AAJ mencabar kekuatan dan keteguhan prinsip aku.
AAJ menguji sejauh mana kepatuhan aku pada Yang Maha
Kuasa.
AAJ mendisiplinkan aku tentang masa.
AAJ mendidik aku cara terbaik berinteraksi dengan
lelaki.
Dan banyak lagi, perkara yang aku rasa aku mungkin tak
ambil kisah sangat kalau aku bukan di sini.
Sejujurnya, sebelum masuk ke AAJ, aku tak pernah rasa
perlu betul-betul ambil berat tentang dakwah. Bagi aku perkara itu, banyak
ambil masa, leceh, rumit, remeh temeh dan macam-macam lagi. Tapi bila dah
berada di AAJ, aku sedar, kalau bukan aku, siapa lagi?
Perjuangan di AAJ lain. Tak sama dengan perjuangan di
kampus islamik. Sangat jauh beza. Syukur batch aku batch yang ‘unik’, lain dari
yang lain, sahabat-sahabat juga banyak yang faham. Alhamdulillah. Tapi masih
modus operandi nye berbeza.
Kerana persepsi masyarakat yang berbeza. Bila disebut,
“engineer wanita Jepun”, umumnya gambaran bagaimanakah yang diterima
masyarakat?
Tak rasa pulak imej seorang wanita bertudung labuh
atau bidang 60 berbaju kurung yang tergambar. Walhal, bukan sedikit engineer
Muslimah keluaran Jepun. Em, ini pendapat peribadi je, sebab bila aku sebut aku
nak sambung engineering di Jepun je, makcik-makcik yang tanya tu mesti tenung
seminit kat aku. Mengapakah?
Seperti kata seorang sahabat, kalau bukan kita yang
ubah, sampai bila-bila pun benda tu tak akan berubah. Ye, tugas aku dan kita
untuk ubah persepsi itu, untuk tiadakan jurang antara agama dan
profesionalisme, atau kata lain hapuskan sekularisme. Mungkin kalau lelaki, tak
de kesan sangat kot, tapi bila perempuan, terasa sangat bezanya. Di situ la
perlunya dakwah, ukhuwah, paling penting istiqamah dan pengorbanan.
Pejam celik pejam celik, AAJ dah hampir ke penghujung.
Tiga minggu sahaja lagi peperiksaan penentuan universiti. Sebulan lebih sikit
je lepas tu, peperiksaan akhir, yang terakhir di AAJ. Lepas tu, sebulan yang
penuh dengan aktiviti-aktiviti motivasi, rasanya la. Persediaan mental, bak
kata sensei, (ye ke?) Apa-apa la. Awal bulan 2, majlis penutup. Borang-borang
permohonan VISA semua pun dah diedar. Blazer untuk pakai masa majlis penutup
pun baru semalam ukur. Bayang-bayang Jepun tu macam dah nampak pun. Huhu.
Lepas ni dah ke Jepun, universiti lain-lain, balik
nanti lagi la dah tak jumpa kan? Aku mohon maaf kat semua orang, terutama sebab
aku gagal menjalankan amanah sebagai AJK Akademik. Tu yang sangat-sangat berat
rasanya. Korang vote aku, tapi aku tak buat kerja. Maaf sangat-sangat. Kalau
ada apa-apa nak tuntut, tak puas hati ke apa, sila selesaikan di AAJ sebelum
AAJ berakhir. 誰でも、男でも、女でも、いつでも、どんな方法でも。待ってるから。
Yup, AAJ ialah tempat kegagalan. AAJ juga ialah tempat bermulanya perjuangan. Yosh!
[Terasa gaya penulisan aku lain kali ni. Adakah sebab
aku dah lama tak menulis?]
Wallahu a'lam.
P.S: Seiringkanlah langkah kami pada jalan dakwah-Mu.
2 comments:
~ sape kah pompuan dlm gmba itu? ~ haha
* komen x bermotif =='
tak tau.. jmpe gmbr tu kt fb.. haha
Post a Comment