[Edited version: 29 November 2012]
Assalamualaikum.
Minna, hisashiburi~
Lama tak menulis.
Alhamdulillah, EJU dah selesai, 2 minggu lepas. Terasa separuh daripada tension di AAJ ni dah terbang pergi. Bayang-bayang Jepun lak macam makin dekat. Kadang-kadang macam tak percaya lagi 4 bulan lebih je tinggal kat Malaysia ni. Sungguh pantas masa berlalu. Manusia sahaja yang sering alpa. Err, terasa.
Selepas EJU, kelas agak lapang. Mungkin masa terlalu banyak sehinggakan kadang-kadang sensei mengajak kami berbual-bual perkara yang tak berkaitan langsung dengan silibus. Homework pun tak banyak, sempat sangat siap dalam kelas. Maka waktu malam boleh digunakan untuk aktiviti lain, yang agak kurang berfaedah, seperti berbual dan menonton drama. Err..
Sebelum EJU tamat, aku membuat perancangan aktiviti untuk mengisi masa yang agak lapang sesudah EJU. Salah satunya ialah menulis. Termasuk jugalah niat konon nak menulis blog dengan lebih rajin. Tapi sudahnya? Dah dua minggu, baru satu entri. Belum kira lagi angan-angan nak menulis cerita. Buat novel la konon. Baru 4 muka surat, dah terhenti. Emm..
Menulis sebenarnya bukan sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi untuk menulis sesuatu yang memberi kesan kepada pembaca. Bukan picisan. Sangat memerlukan persediaan mental dan fizikal. Eh? Ye, betul.
Apabila aku fikir-fikir, antara persediaan yang penting bagi seorang penulis atau berangan-angan hendak menulis ialah:
1. Banyakkan pembacaan.
Melalui pembacaan, bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, tetapi juga skill bahasa dan menambah pengalaman. Ilmu yang secukupnya boleh menaikkan keyakinan dan penulisan akan menjadi lebih lancar. Tak kisahlah baca buku apa pun. Hatta novel cinta sekalipun. Tak banyak pun, insyaAllah akan ada juga ilmu yang boleh dicedok daripada karya tersebut. Kata orang, "Membaca Jambatan Ilmu" kan?
Tanpa ilmu yang secukupnya, macam mana nak sampaikan kepada orang melalui penulisan.
2. Imaginasi dan daya kreativiti yang tinggi.
Untuk meng'hidup'kan lagi jalan cerita, imaginasi yang kreatif sangatlah penting. Penulis perlu bijak memperincikan sesuatu situasi supaya pembaca dapat sama-sama 'masuk' ke dalam dunia yang dicipta oleh penulis. Bukan itu sahaja, penulis juga perlu pandai bermain kata-kata agar dapat me'manipulasi' perasaan pembaca untuk sama-sama menghayati jalan cerita.
Di sini pengalaman dan penghayatan penulis itu sendiri sangatlah penting. Macam ayat dalam latihan pemahaman bahasa Jepun, katanya, "menulis buku ni macam menulis surat cinta, perlu penghayatan." Lebih kurang macam tu la ayat dia. Cuma nak kata hati perlu ada bersama-sama ketika menulis. Bukan sekadar akal dan idea.
Di samping itu, penulis juga digalakkan berangan-angan, tapi biarlah angan-angan yang bermanfaat. Eh?
3. Pengetahuan serta pengalaman yang luas.
Seperti poin sebelum ini, kedua-dua aspek ini penting untuk mengukuhkan lagi jalan cerita, agar tidak kelihatan longgar, atau jelas sangat ke'tidakbetul'annya. Memanglah karya kreatif atau fiksyen itu rekaan sahaja, dah nama pun fiksyen. Tapi, setidak-tidaknya jangalah sampai jelas sangat pula tak logiknya.
Dan walaupun hanya sekadar karya fiksyen suka-suka, adalah lebih baik sekiranya dapat diselitkan sedikit unsur ilmiah. Tak rugi, lebih untung adalah. Tapi kena pandai nak tokok tambah di bahagian mana. Di sini, skill 'menyelit' info dan permainan bahasa diuji.
4. Kerajinan.
Untuk menulis, sangat menuntut kerajinan. Terutamanya kerajinan memerah otak dan mencari idea. Pensel dan kertas atau buku catatan sebaiknya perlu sentiasa ada di tangan, sebab kita tak tahu bila ilham akan tiba. Bukan ilham sahaja, apa-apa quote yang dirasakan menarik pun boleh juga dicatat, mungkin berguna suatu hari nanti. Zaman sekarang ni dah canggih, kalau malas menulis, boleh note dalam Tab, Ipod, Ipad dan sebagainya. Lagi senang.
Tapi ketahuilah bahawa feeling menconteng idea dengan pensel adalah sangat bermakna dan seronok.
5. Memilih masa yang sesuai.
Walaupun idea kadang-kadang kunjung tak bagi salam, pemilihan masa yang sesuai itu mempengaruhi juga. Biasanya masa yang tenang dan sunyi, contohnya awal pagi, ialah masa senang dapat ilham. Kalau silap memilih masa, dikhuatiri akan menyumbang kepada pembaziran masa. Penulis bukan hanya terikat pada penulisan sahaja, masih banyak lagi tugasan dan tanggungjawab lain yang perlu diberi perhatian juga. Poin di atas tentang menulis catatan di mana-mana juga boleh membantu mengurangkan pembaziran masa untuk mencari ilham.
6. Niat yang betul serta doa.
Aku rasa ni paling penting kot. Niatkan penulisan ini kerana Allah. Rasulullah ada berpesan, "Sampaikan walau satu ayat." Dan medan penulisan adalah satu medium penyampaian ilmu yang paling mudah. Dalam banyak-banyak penulisan pula, karya kreatif paling diminati masyarakat. Maka ambil dan gunalah peluang yang ada untuk meminggalkan 'sesuatu' untuk ummah. Niat yang betul, tidak terpesong, insyaAllah akan dipermudahkan.
Itu sahaja kot, untuk setakat ini. Gaya tulis, macam profesional yang tiap tahun publish buku je. Em, InsyaAllah, suatu hari nanti. Doakan aku.
Ini hanyalah pandangan peribadi, mungkin ada je tips yang kurang efektik, aku mohon maaf.
Sekian.
Wallahu a'lam
P.S: Hari ni aku memang nak buat karangan bahasa Melayu pun. Hehe.
No comments:
Post a Comment