Monday 22 October 2012

Kumbang Beracun?

Assalamualaikum.

Tiba-tiba aku rajin pulak menulis. Tapi sebab ada perkara yang aku rasa aku kena tulis. Kalau tak, tak boleh tido. Em, mungkin terover sikit di situ. Apa-apa lah.




Baca tajuk, tengok gambar. Rasanya korang dah boleh agak entri ni pasal apa.

Ye, ada kaitan dengan lelaki. Walaupun pengkhususan aku menulis bukan dalam bidang ni, lain la kalau Ustazah Fatimah Syarha ke, but after some things happened, I feel like I have to write. At least, expressing thought, not only mine, but representing other girls' voice too.





Ayat previous aku tu nampak garang kan? Tak, tak ada apa yang berlaku kat aku. Tak payah risau. Tapi aku turut terasa, sebagai seorang sahabat dan perempuan. Dan aku cuma nak beritahu that this is a serious matter. SERIOUS.

Aku cuba untuk bertindak dalam keadaan rasional, tanpa dipengaruhi emosi. Maka aku tidak akan menyalahkan mana-mana pihak. Cuma aku mungkin akan lebih menyebelahi pihak perempuan memandangkan aku adalah salah seorang daripada mereka. Mana mungkin aku tahu psikologi dan emosi lelaki untuk berada di pihak mereka, kan?

Perkara seperti ini melibatkan dua isu penting: kematangan lelaki dan kelembutan hati perempuan.

Aku rasa aku ada mention sebelum ni, aku tak support friendship antara lelaki dan perempuan. Itu prinsip dan pegangan aku. Tapi friendship macam ni bukan 100% salah. Bergantung pada individu, serta kekuatan dirinya menahan hasutan syaitan yang sentiasa cuba mencampakkan perasaan-perasaan pelik ke dalam hatinya. Tu je la.

Perkara ni mungkin memang bergantung pada individu, tapi aku rasa perempuan yang berkawan dengan lelaki, tak banyak pun, mungkin akan ada sikit la, perasaan lebih dari seorang kawan terhadap lelaki kawannya itu. Mungkin konsep ni applicable kepada orang-orang yang macam aku je kot.

Tapi aku tak rasa seorang perempuan akan senang-senang nak minta tolong kat seorang lelaki, dan kenapa mesti lelaki itu, bukan lelaki ini, melainkan ada sesuatu pada lelaki itu yang dia rasa istimewa. Sebab perempuan ni ada ego dia jugak. Dia takkan tunjuk kelemahan dirinya melainkan pada orang yang dia percaya, dan mungkin ada perasan yang tersimpan sebenarnya.

Hati perempuan ni lembut dan sangatla mudah terusik. Hanya dengan sepotong mesej "Ok ke?" boleh membuatkan seorang perempuan yang tengah demam tersenyum. Belum lagi kira coklat, hadiah, wish birthday dan sebagainya. Seorang perempuan itu akan mengharap dan terus mengharap dan beranggapan bahawa lelaki tu juga menaruh hati padanya, hanya berdasarkan pada perkara-perkara kecil seperti ini sahaja.



Tapi sayang, pihak satu lagi tak fikir macam tu. Bagi mereka, "Biasa la tu. Kalau ada orang lain demam pun, aku tanya benda sama jugak, tak kisah la lelaki ke perempuan."


Sebab lelaki kematangannya lambat. Tak pastilah sama ada mereka ni memang tak faham perasaan perempuan, atau hanya buat-buat tak faham. Yang aku pasti, lelaki ni walaupun umur dah nak masuk 20, tapi masih nak anggap banyak perkara as 'main-main'. Serius aku tak tahu bila mereka ni akan serius. Dalam kelas pun tak nampak, luar kelas lagi la tak. Em, ye la, aku tak nampak.


Secara umumnya, seorang perempuan tak akan menerima persahabatan dengan seorang lelaki, melainkan terselit sedikit harapan di situ. Tapi dia akan berpura-pura seperti tiada apa-apa, dan berusaha sedaya upaya melindungi perasaannya itu. Maka kecewa lah hati perempuan itu apabila mengetahui bahawa lelaki itu sudah punya teman istimewa yang lain, atau lelaki itu berkata padanya bahawa "Saya tak ada la ambil kisah sangat tentang awak sebenarnya."

Bercucuranlah air mata perempuan itu, seperti hujan di musim tengkujuh.

Lelaki mungkin akan berkata selepas itu, "Bukan salah aku. Kita kawan aje kan?". Tapi silalah sedar dan aware bahawa hati perempuan ni sangat lembut. For her, it's more than "we just friends".

Maka lelaki, silalah matang sikit dalam bertindak. Sila berterus terang, jangan terus biarkan perempuan mengharap. Kepada perempuan pula, janganlah mudah menerima huluran persahabatan daripada lelaki, sekiranya tidak ingin disakiti.






Sebelum ini pun, aku memang tak berapa ambil kisah dan percaya sangat pada lelaki. Mungkin aku dah dididik sebegitu sejak kecil. Tapi lepas pengalaman sebegini dilalui sahabat-sahabat aku, rasanya macam makin susah nak percaya kat lelaki.

Aku tak nafikan perempuan memang perlukan lelaki. Tapi, mungkin bukan sekarang kot.

Dan aku tak perlu jugak lelaki yang penakut, setakat berani mesej "Saya sokong awak, all the best!". Tu semua orang pun boleh buat.


Aku menantikan lelaki yang berani confess kat parents aku.


"Assalamualaikum, makcik, pakcik. Saya sebenarnya ada hati dengan anak makcik, pakcik dan berhasrat nak jadikan dia isteri saya...."


Tu baru betul-betul lelaki. Tak kisahlah kalau lepas tu dia nak sambung macam ni pun.


"...tapi lepas saya grad lagi 4 tahun la."





Ni hanyalah personal opinion sahaja. Tidak tertakluk pada betul atau salah. Maaf jika ada terkasar bahasa. Tapi kalau nak terasa juga, silalah.


Wallahu a'lam.


P.S: All that a man wants is trust, all that a woman wants is assurance. Ye er?

6 comments:

Anonymous said...

Interesting POV.
Lol. Good luck dpt lelaki yg 'berani' tu

Anonymous said...

tp klau lelaki tu jnis yg mmg mcm tu xleh ke...just nk kawan je...

Unknown said...

uniquely written into words n i love when the guy man up and actually ask the parents and not propose to the girl part :D

Iffah Syuqaira said...

anon: tak boleh.

Anonymous said...

Sama! I want lelaki yang berani jugak.:))

Anonymous said...

sebenarnya satu persahabatan itu terjalin secara x sengaja, tanpa disedari, tidak mengira sesama laki2 atau perempuan mahupun antara lelaki dan perempuan..
dan kebiasaannya persahabatan yg erat terjalin pada zaman persekolahan, pada masa masing2 masih belum mampu membezakan baik buruk persahabatan lelaki dan perempuan..oleh itu tidak wajar dipersalahkan mana2 pihak atas hubungan persahabatan yg terjalin itu..
lebih2 lagi jika berada dalam suasana kehidupan berasrama di mana kebanyakan masa akan dilalui bersama kawan2..
byk perkara yang dilalui bersama maka persahabatan yg terjalin menjadi sgt erat..
HAL INI HANYA DAPAT DIFAHAMI OLEH MEREKA YANG PERNAH MERASA KEHIDUPAN BERASRAMA

dan tiba satu masa, si lelaki itu tersedar bahawa perhubungan dua jantina itu bukanlah sesuatu yg baik,.maka dia telah membuat keputusan utk meninggalkan perkara itu. adakah keputusan ini dikatakan bahawa lelaki itu telah mempermainkan hati perempuan itu? adakah dia sengaja ingin menghancurkan harapan yg diletakkan oleh si dia? adakah ini dianggap tidak matang?

hakikatnya lelaki itu sedar, ad perkara yg lebih penting utk dijaga daripada hati perempuan itu. perkara itu adalah maruah perempuan itu. andaikata lelaki itu meneruskan hubungan dengan perempuan itu, sesungguhnya dia akan mencemar martabat seorang wanita yg suatu hari nnt akan menjadi suami seseorang dan ibu kepada anak2 suaminya.

maaf saya menulis perkara ini sebagai anonymous. cuma saya berharap saudari dpt memandang sesutu prkara itu dari sudut yg lebih baik. selain itu, sy agak terkilan dengan perbuatan saudari menceritakan kisah kawan saudari secara public di sini sedangkan tentu kawan saudari itu menaruh kepercayaan kepada saudari sebagai pendengar masalah nya.