Agak lama tak menulis. Memang sah-sah lebih seminggu pun. Hmm...
Sekarang pun tak berapa berada dalam mood hendak menulis. Tapi sekadar hendak mencukupkan 12 entri untuk 2012 dan sebagai penutup 2012. Ada sejam beberapa minit lagi sebelum tahun bertukar.
[Entri ini mungkin lebih mirip catatan diari. Dah lama (jap, pernah ke?) tak menulis macam ni]
Sedar tak sedar, 2012 dah hampir ke penghujung. Tak lama lagi bermula tahun 2013 pula. Sekejap masa berlalu.
Sepanjang 2012, banyak perkara telah berlaku, sama ada yang dirancang, di luar jangkaan perancangan mahu pun tak dirancang sama sekali. Macam-macam telah terjadi, yang menambahkan garam dan rencah ajinomoto dalam kehidupan, secara tak langsung mematangkan diri. Suka duka, pahit manis, masam kelat, semua ada. Bukan aku je, semua orang pun. Tak yah tipu.
Kontroversi paling besar dikaitkan dengan 2012 ialah teori jangkaan hari kiamat. Lebih tepat lagi, jangkaan tarikhnya ialah pada 21.12.2012. Sesuatu perkara yang sangat besar untuk dibuat gurauan. Memang memberi impak sangat besar pada seluruh umat manusia. Bagi mereka yang lemah iman dalam diri, tidak mustahil boleh terpengaruh.
Manakala bagi aku dan sahabat-sahabat seperjuangan, tahun 2012 ialah tahun yang sangat sibuk dan mungkin menyibukkan. Dengan kelasnya yang dari matahari belum naik sampai matahari dah nak turun. Belum kira lagi, 'kelas' kat bilik sampai nak pagi. Tahun 2012 boleh la dikatakan sebagai tahun penentu sama ada cita-cita kami nak ke Jepun tu akan terealisasi atau tidak.
Tapi, alhamdulillah semua sudah pun berakhir. Dengan selamat. Hanya tinggal doa, semoga semua berjaya. ^_^
Aku ni macam buat sorotan 2012 pulak.
Menjelang tahun baru, biasanya dikaitkan dengan azam baru, semangat baru.
Tapi aku rasa macam lagi menarik kalau tahun sebelumnya diakhiri dengan muhasabah. Lepas tu baru plan azam baru. Baru cantik azam tu nanti.
Aku rasa je la.
Sebagai penutup, aku nak share satu formula Matematik.
Premis 1 : Tahun baru, usia bertambah.
Premis 2 : Usia bertambah, kematian semakin hampir.
Kesimpulan : Tahun baru, kematian semakin hampir.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment