Tuesday, 18 December 2012

Di mana akhlak kita?


Assalamualaikum




Memandangkan dah hampir seminggu sejak entri lama, maka eloklah aku menulis hari ni. Walaupun tak berapa in the mood of writing and this entry also an impromptu. Entri spontan yang ideanya datang tiba-tiba. Em, tak ada la tiba-tiba sangat pun. Ada pencetusnya. Ada insidennya. Yang berlaku hari ini.





Akhlak.

Apa yang terbayang bila sebut perkataan akhlak? Mungkin ada yang kata, akhlak adalah merupakan satu pecahan tajuk dalam silibus Pendidikan Islam yang diajar di sekolah sampai Tingkatan 5, masuk SPM lagi tu. Biasanya akhlak berkait rapat dengan adab-adab dalam kehidupan seharian, maka topik-topik akhlak selalunya diambil mudah dan dipandang enteng oleh pelajar ketika membuat ulang kaji. Termasuk juga aku.

Alasannya:

“Ala, akhlak. Common sense la. Ikut logik.”

Ye, semua orang, eh tak, ramai orang mungkin berkata begitu. Ramai yang beranggapan bahawa akhlak ialah satu pecahan subjek yang mudah, yang semua orang pun dah tahu.

Contohnya, buang sampah dalam tong sampah, bukan bawah meja atau dalam longkang. Sebelum makan basuh tangan. Makan sambil duduk, bukan berjalan atau berlari. Ketika ada orang berucap di hadapan, hormat dan berikan perhatian, bukan buat kerja lain. Termasuk juga lecture di dalam kelas. Dan banyak lagi la, yang semua orang memang tahu, tak payah diajar lagi.



Kita tahu, sangat arif, tapi masalahnya, praktikal kita?



Semasa di sekolah, aku memang agak memandang rendah tajuk akhlak. Bagi aku, lebih baik habiskan masa hafal hadis ke, sirah ke, yang lagi susah dan payah untuk di’tembak’ jawapannya dalam peperiksaan. Tapi bila dah melangkah keluar dari sekolah, memasuki alam pengajian tinggi, di mana akhlak tiada dalam silibus, baru aku sedar betapa akhlak itu sangat penting.

Akhlak ialah manifestasi Iman kseseorang. Indahnya akhlak seseorang, maka indahlah imannya. Jika sebaliknya, muhasabah kembali. Mungkin ada silap di mana-mana. Berakhlak juga tidak hanya terhad kepada sesetengah kelompok. Ibu bapa, guru, orang lebih tua, orang tak dikenali, bukan pada mereka sahaja kita kena tunjukkan akhlak mulia.


Tapi pada rakan sebaya dan teman sekelas juga.


Ini yang mungkin ramai tak perasan. Bagi aku, mereka dan kita, kalau kawan sendiri tak mengapa. Cakap kasar-kasar pun dia tak ambil hati punya la. Sakat teruk-teruk pun dia anggap gurau je. Tak pe, sebab dia kawan. Tak pun classmate.



Tapi kita mungkin lupa sebentar, mereka juga adalah manusia, yang punya perasaan. Mungkin mereka tersenyum dan tidak marah, tapi dalam hati mereka kita tak tahu. Kot-kot dia sedang menangis ke. Kejam sikit, dia mungkin menyumpah kita.

Berada dalam kursus kejuruteraan, sangat mencabar aku. Majoriti pelajar lelaki, yang kuat menyakat pula tu. Memang tahap kesabaran dan darjah keselambaan tu kena tinggi sikit. Aku tak nafikan itu memang perangai dan sifat lelaki, yang aku dan mungkin pelajar-pelajar perempuan lain juga kena hadapi dengan sabar dan tenang.

Aku boleh terima kalau sakat usik-usik tu secara ‘kecil-kecilan’. Dalam kelas, kumpulan kecil, itu tak mengapa. Aku masih boleh toleransi. Tapi kalau dah di khalayak umum, melibatkan satu batch, atau mungkin orang luar sekali, aku rasa sangat tak patut. Mungkin pada yang mengusik, rasa usikan itu perkara main-main sahaja, bukan benda penting. Tapi pada yang diusik, mungkin itu melibatkan maruahnya. Lagi-lagi bila mangsa usikan itu perempuan. Sensitivitinya tinggi. Perasaan malunya tebal. Silap-silap hari bulan boleh menangis on the spot. Aku kagum pada yang boleh tahan, kental buat muka selamba lagi.




Akhir kata, aku tujukan khas kepada rakan-rakan aku, pelajar-pelajar tajaan JPA yang bijak-bijak, yang insyaAllah lagi 3 bulan akan berlepas ke Jepun, tak kisahlah lelaki ke perempuan.

Banyak kali dah dengar kot, we are the chosen one. Kita ditaja bukan hanya untuk segulung ijazah sahaja. Kita duta Islam. Takkan kita nak kalah dengan akhlak masyarakat Jepun yang tak beragama? Jadi apa kata, kita sama-sama perbaiki akhlak, sahsiah, peribadi kita. Masih ada masa 3 bulan untuk pertingkatkan diri. Tingkatkan sifat malu, belajar untuk menghormati rakan sebaya, matangkan diri dan jadi professional. Sebelum kata apa-apa, fikirkan pihak yang ingin di'kata'. Cuba letak diri kita di tempat mereka. Kalau kita di 'situ' tak terasa, teruskan. Kalau terasa, fikir sekali lagi.


Semua ni common sense je kan?


Wallahua'lam


[Ada yang salah faham rupanya. Ni bukan pasal aku. Orang lain. Harap maklum. Terima kasih]



No comments: