Saturday, 12 January 2013

AAJ : Tempat penuh kejutan

Assalamualaikum



Sebelum ni, aku pernah tulis satu entri yang menceritakan AAJ sebagai sebuah tempat penuh kegagalan. Mungkin entri ni kesinambungan, atau 'kembar' yang melengkapi entri tersebut. Kot.

Sambil-sambil nak tulis entri ni, aku belek semula entri lama tu. Satu yang aku perasan, susunan kata dan bahasa yang aku gunakan dalam entri tu sungguh cantik dan menarik. Ehem.

Tak, bukan nak puji diri sendiri. Err...

Cuma nak dikatakan, untuk entri ni, aku tak boleh kalah. Mungkin bahasa kena lagi cantik kot. Sebelum terbang Jepun ni la, masanya nak mantapkan bahasa Melayu. Em, macamlah di Jepun tak boleh tulis blog lagi dah.

Ok, kot ye pun tengah seronok ke apa, tak perlu la intro sampai 3, 4 perenggan kan?




AAJ penuh dengan kejutan.

Ye, sangat banyak. Kejutan budaya tu dah pasti. Tak masuk lagi kejutan birthday, kejutan aktiviti yang tiba-tiba ada, kejutan cinta. Eh?

Apa-apa je lah.

Dan petang semalam, kami menerima satu lagi 'kejutan'. Kejutan yang menggembirakan. Sangat. Yang memang diharap dan didoakan oleh semua.



Alhamdulillah.

Itu sahaja yang mampu terucap. Diiringi linangan air mata kegembiraan, sambil berdakapan penuh kelegaan. Jeritan kegembiraan memecah kesunyian yang memenuhi segenap ruang beberapa detik sebelum itu. Sebelum itu masing-masing sibuk memikirkan, "kalau ada yang tak lepas, siapa agaknya? Aku ke?". Maka bila dah jelas tertulis, lulus 100% pun, ramai yang seolah-olah tidak percaya. Masih mencari angka giliran sendiri.




Syukurlah, tiada seorang pun yang tercicir.

Tiada siapa yang mengharapkan kegagalan. Tapi agak sukar bagi aku, sebelum ini, untuk meletakkan harapan tinggi kepada batch ini. Jauh di sudut hati sebenarnya memang sangat-sangat ingin percaya bahawa batch ini boleh. Namun kenyataan dan realiti seolah-olah menafikan harapan itu. Maka keyakinan aku sedikit teruji sehingga aku cuba untuk tidak terlalu mengharap.


Pun begitu, realitinya batch ini memang hebat. Dan penuh kejutan.




Ketika di Tahun 1, kita semua mengejutkan senior, dengan mengalahkan mereka dalam sukan tahunan (sports taikai). Sejarah tercipta, kali pertama dalam 30 tahun, senior tunduk pada junior. Kemudian, pada tahun ini, kita mengekalkan kejuaraan itu, walaupun mendapat saingan sengit daripada junior-junior yang hebat. Maka terlakarlah dalam sejarah AAJ, satu-satunya batch setakat ini, yang menjuarai sports taikai 2 tahun berturut-turut.


Aku yakin bukan suatu yang mudah untuk rekod ini dipecahkan oleh generasi akan datang.



Seterusnya, acara majlis makan malam (soubetsukai) yang kita uruskan juga, mendapat pujian daripada sensei-sensei. Bagi aku, satu kejayaan di luar jangkaan juga. Walaupun asyik dikritik, dimarahi, ditegur, akhirnya kita berjaya buktikan yang kita boleh.


Alhamdulillah. Sy suka konsep Soubetsukai 2012 bila anak2 pelajar wanita sy terpelihara aurat dn adab pergaulan. Bila anak2 pelajar lelaki sy mengambil alih hampir keseluruhan tugas2 d bwh cahaya d atas pentas. Semoga usaha murni berkekalan dn diberkati. Insya-Allah.

Sangat terharu dengan komen ikhlas sensei ini.





Masa untuk kita bersama-sama di AAJ sudah tidak lama. Hanya berbaki tak sampai sebulan. Selepas itu, setiap antara kita akan ke universiti pilihan masing-masing, bertebaran ke serata ceruk bumi Sakura. Entah ketemu lagi, entah tidak.




Pun begitu, besar harapan aku agar ukhuwah dan persahabatan yang terjalin ini kekal selamanya. Atau mungkin setidak-tidaknya selama 4 tahun menuntut ilmu di Jepun. Di sana, kita tidak ada sesiapa melainkan diri sendiri. Dan sahabat-sahabat sepenerbangan inilah yang sangat diharap untuk membantu tika kesusahan.




Mungkin selama ini kita semua sibuk dengan urusan belajar, exam, test hari-hari, homework bertimbun-timbun, sehingga terlupa yang kita punya sahabat yang mahu diambil berat. Rakan yang minta didengar masalahnya. Kawan yang ingin makan bersama, main basket bersama. Dan aktiviti lain, yang bukan sedikit untuk disenarai.




Jadi, mungkin masa lapang tanpa tekanan yang berbaki inilah masa yang terbaik untuk kita memperbaiki dan mengutuhkan lagi jalinan ukhuwah yang sedia ada sesama kita. Aku rasa agenda yang berbaki di AAJ ini, program motivasi, soubetsukai, dan sebagainya lagi adalah peluang terbaik untuk mencapai matlamat itu.




Semoga peluang-peluang ini tak akan disia-siakan. Dan kita akan menjadi batch yang bukan sahaja pemegang rekod terhebat di AAJ, tetapi juga batch yang paling mantap ukhuwahnya. Ukhuwah yang suci, dan terpelihara batas-batasnya berlandaskan syariat-Nya.


InsyaAllah.


[Chosen pictures taken randomly from fb]



9 comments:

nur fatihin said...

alhamdulillah. omedetou adik2!! (:

Anonymous said...

salam, sy bru je hbis SPM.,mmg impian sy nk fly ke jepun,.,seharian sy bace blog akak,. sy rase sngat excited nk ke sane., tapi sy risau takut x lepas interview JPA, susah ke interview 2 akak?

Iffah Syuqaira said...

waalaikumsalam dik.
1st, terima kasih sebab sudi baca blog akk yg x seberapa ni.
2nd, berkaitan interview tu, rasanya kalau persediaan cukup, xde apa yg perlu dirisaukan. bykkn berdoa, sbb kita x tahu di mana rezeki kita, kan?
last, mungkin akk boleh tahu nama awk...?
akk doa yg terbaik utk awk, ada rezeki kita jumpa di Jepun! ^_^

Anonymous said...

Wah, sungguh berisi walaupun ringkas. Entri kali ni amat bagus bagi pandangan saya. Gambar2 pun sesuai dengan jalan ayat. Syabas! Like it!

ana mumtaz said...

Bestnya dpt fly ke jepun lepas nii... all the best akak! :) Sy pun ade terpasang niat ke jepun jugak.. sy SPM 2011..and sekarang kt UIA.. tp xpela , nanti ade rezeki boleh la tu pegi Jepun..kalau tak smbung belajar pun, pergi holiday dengan kawan-kawan atau family.. akak SPM 2010 kan?

ana mumtaz said...

all the best...sy pon nk pergi ke Jepun jugak..one fine day laa...InsyaAllah .. Kalau tak ke sana kerana belajar, saya nk ke sana sambil melancong bersama family dan kawan-kawan... akak dpt pergi Jepun Universiti apa?

Iffah Syuqaira said...

ye, akk SPM 2010. Tahniah dpt sambung di UIA. Em, boleh je. Nk dtg, bgla tau. Hehe. Buat masa ni belum tahu lg universiti apa. ^_^

Anonymous said...

salam akak, macam mana nak apply jpa untuk ke jepun????

Iffah Syuqaira said...

wslm dik, awk check website jpa (web esila) lepas result spm keluar. untuk program jepun, masa akak nama program tu 'Program Akademik Jepun'. Sekarang tak tahu la masih nama sama ke dah ditukar. All the best~!