Wednesday, 12 December 2012

Anda juga imam

Assalamualaikum.
Chotto hisashiburi~~



Ingatkan hampir seminggu dari update dulu. Rupanya dah lebih seminggu. Patutlah rasa lama. Aku berjanji kepada diri sendiri, untuk sekurang-kurangnya satu update seminggu. Insya-Allah, akan diusahakan! Tolak entri yang ni, ada lagi 3 kot entri 'bayangan' dalam kepala ni. Targetnya sebelum berakhir bulan dan tahun ini, akan diselesaikan semuanya. Yosh~!

Ok, intro sampai situ je.

Sebelum aku teruskan, aku nak kongsikan satu situasi.




Situasinya begini.

Ada dua orang sahabat. Ayuni dan Batrisyia, dipendekkan A dan B. Kedua-duanya sahabat baik. Ke mana sahaja A pergi, B akan teman sekali. Di mana ada B, A pasti ada sekali. Begitu akrabnya mereka. Malah hobi mereka juga serupa, iaitu bergilir-gilir dalam setiap perkara. Contohnya, hari ni A belanja B makan, esok pula B belanja A makan.

Cuma ada satu perkara je, yang B sentiasa menolak. Iaitu apabila disuruh menjadi imam solat. Mungkin sebab tudung A panjang 2 cm dari B. Ataupun sebab A boleh habiskan dua muka Al-Quran 5 saat lebih laju daripada B. Maka dalam kalangan kawan-kawan mereka yang lain, A dilihat lebih alim daripada B. Sehingga B rasa rendah menjadi imam solat, kalau A ada bersama. Tapi bagi A, dia teringin sangat nak solat berimamkan B, sebab baginya tiada sebab B tak layak jadi imam.

Dipendekkan cerita, satu hari, A terlewat bersiap untuk solat. Setibanya di surau, B sudah pun mengangkat takbir. A pun cepat-cepatlah bersiap, lalu menepuk bahu B, isyarat bahawa dia hendak menjadi makmum. Mereka pun bersolatlah seperti biasa.

Usai solat, laju je B mencuit A,

"A, kau baca doa."

"La, baca je la. Kau imam kan?"

"Ala, aku tak reti doa Arab. Bahasa Melayu bolehla."

"Dah tu? Allah faham je la bahasa Melayu pun."

Akhirnya B mengalah, lalu doa pun dibaca.


Dialog tu nampak macam kasar sikit. Takpe sebab mereka ni bestfriend.

Em, ok, ni kisah fiksyen je.


Tapi, ada tak rasa macam pernah berada dalam situasi macam tu?

Aku biasa. Tapi aku bukan A. Bukan juga B. Mungkin C. Orang ketiga, pemerhati.




Agak selalu juga la, aku berhadapan dengan individu-individu yang tak berani untuk menjadi imam solat. Dengan alasan, tak cukup baik, orang tu lebih baik, dan sebagainya. Kalau macam tu, tak ada siapa la yang boleh jadi imam, sebab semua orang tak cukup baik lagi, kan?


Alhamdulillah, aku pernah la menjadi imam solat, beberapa kali. Satu perbezaan ketara yang aku rasa bila jadi imam ialah secara automatik aku akan solat dengan lebih khusyuk dan sedaya upaya recall apa-apa surah selain tiga Qul untuk aku baca dalam solat. Semacam ada satu suara yang membisikkan, 'Kau imam, kena lagi hebat daripada orang lain.' Terasa lebih bersemangat nak solat dan secara tak langsung memotivasikan diri aku untuk terus memperbaiki solat aku dari semasa ke semasa. Indah bukan, perasaan itu?


Aku tak nafikan, bukan senang untuk berada di tempat imam. Sebab semua orang pandang tinggi pada imam. Setidak-tidaknya ketika dalam solat. Tapi bila ada peluang, tak salah untuk mencuba. Ambil peluang tu sebagai salah satu cara untuk perbaiki diri, pertingkatkan kualiti solat. Memang benar ada hadis yang mengatakan yang terbaik bacaannya dalam satu kumpulan itu yang paling layak dilantik menjadi imam. Tapi dalam situasi aku, kita, sebagai pelajar, yang masih mencari ilmu, tak salah rasanya sesekali bergilir-gilir. Mungkin orang yang kita rasa tak berapa boleh jadi imam itu adalah lebih baik dari kita. Selagi tak cuba, selagi tu tak tahu.




Ada juga situasi, berani jadi imam, tapi tak berani baca doa. Alasan, tak pandai doa dalam bahasa Arab. Rata-rata dalam kalangan sahabat aku sendiri, merasakan seolah-olah doa dalam bahasa Arab itu lebih afdal. Mungkin betul, tapi secara peribadinya aku lagi kagum kepada sesiapa yang boleh berdoa dalam bahasa Melayu. Sebab aku tak boleh. Bagi aku, doa dalam bahasa Melayu lagi banyak kelebihan. Bukan setakat imam je, makmum pun semua faham, maka semua lagi fokus dengan doa. Kan lagi bagus?



Akhir kata, aku nak kongsi sepotong terjemahan hadis yang berbunyi,

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu pimpin."
 (Riwayat Bukhari)


Mungkin aku, anda dan kita, bukan pemimpin sekolah, atau pemimpin masyakarat, atau pemimpin negara. Tapi ingatlah bahawa setidak-tidaknya kita adalah pemimpin diri kita sendiri. Imam solat juga adalah pemimpin - atau mungkin satu latihan untuk menjadi pemimpin di peringkat lebih tinggi!


Wallahua'lam.