Friday 22 January 2016

Bia-ya-siswa

Sedang hangat : berita berkaitan biasiswa JPA.


fuwari hatsu yuki deshita

Berdasarkan artikel-artikel yang diperoleh dari share di FB, katanya tiada tawaran biasiswa JPA pada tahun ini. Kenyataan rasmi macam belum ada lagi. Tak pasti.


Secara peribadi, aku bersetuju dengan tindakan tersebut - tiada tawaran / penamatan tawaran biasiswa.



Sebahagian.

Iaitu penamatan tajaan untuk program ijazah pertama di luar negara. 
Manakala biasiswa dan bantuan pengajian kepada mahasiswa tempatan pula perlu diperbanyak dan diperluas.


Kerana pelaburan tanpa pulangan setimpal. 
Rasanya perkara ni dah banyak diperdebatkan pun, sejak berzaman.


[note : penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian peribadi semata-mata]


Aku, selaku penerima biasiswa JPA, di bawah program Dasar Pandang ke Timur (DPT) selalu berharap agar program akademik Jepun ini ditamatkan. 


Penguasaan subjek Matematik

Kompetensi pelajar Malaysia di Jepun adalah di bawah paras memuaskan. Dalam erti kata lain, pelajar Malaysia yang dihantar ke Jepun belum cukup bersedia untuk menimba pengajian di universiti Jepun.

Terutama dalam penguasaan subjek Matematik. 

Menurut satu kajian oleh profesor universiti Jepun, penguasaan pelajar Malaysia dalam subjek Matematik adalah sangat lemah berbanding pelajar asing yang lain. 

Diakui juga oleh rata-rata pelajar Malaysia yang aku kenal. Termasuk lah aku yang dulu rasa macam Add Math senang sangat.

Sedangkan pelajar-pelajar ini sebahagian besarnya dihantar ke Jepun untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan pelbagai kepakaran yang mana Matematik merupakan subjek teras. 

Belum lagi ambil kira masalah penguasaan bahasa. 



once upon a time


Tidak jelas matlamat DPT

Mungkin lebih tepat; rata-rata pelajar tidak tahu atau tidak ambil tahu, walaupun mereka sendiri merupakan sebahagian daripada polisi tersebut.

"Sebab suka Jepun (manga, anime, jpop)"
"Sebab dapat biasiswa, so mak suruh pergi" 

Tak pasti berapa banyak yang memohon biasiswa DPT dengan kefahaman jelas career path selepas tamat pengajian. Atau setidaknya, punyai gambaran tersebut selepas tamat program persediaan, sebelum terbang ke Jepun.  

Ketidakjelasan matlamat membawa kepada masalah-masalah lain apabila di Jepun seperti sambil lewa dalam pelajaran, mudah putus asa dengan kesusahan belajar, hikikomori, tenggelam dalam dunia sendiri. 

Realitinya bukan sedikit yang gagal. 


Dasar Pandang ke Timur pada perancangannya ialah sebuah polisi yang baik. Namun pada pelaksanaannya, masih banyak perlu diperbaiki dan ditambah baik. Setelah lebih 3 dekad, masih belum ada hasil yang benar-benar signifikan daripada dasar ini.



✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨


Program Akademik Jepun (ijazah pertama) ; 
andai diteruskan, perlu dikaji semula dan diperketat polisinya
andai ditamatkan, boleh membiaya lebih banyak mahasiswa universiti tempatan dengan peruntukan besar yang ada.

Dengan kos sara hidup yang tinggi serta perbezaan nilai mata wang, pelaburan untuk seorang pelajar di Jepun mungkin bersamaan dengan pelaburan untuk 5~6 --atau mungkin juga 10-- orang mahasiswa di tanah air.


credit: xcry@deviantart



No comments: