Monday 22 August 2016

スーパーフレッシュ


semata-mata gambar hiasan

Overly re-FRESH-ed after SUPER hectic weeks.

- The End -


*New Topic*



Hadis keempat daripada Hadis 40 Imam Nawawi


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدءالخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).



Sedangkan penyempurnaan kejadian fizikal manusia itu berperingkat-peringkat, 
mana mungkin penyempurnaan tarbiyah rohani terlaksana dengan melompat-lompat.


Sad truth.

Proses tarbiyah dan perkaderan pada hari ini, 
banyaknya yang melompat-lompat tidak tersusun marhalahnya. 

Dirasakan faham sedikit terus sahaja diserap. 
Kelihatan seperti konsisten komitmennya terus diberi amanah. 
Padahal masih belum diselami hati budinya lagi.



Aku kasihan pada mereka
yang mungkin masih terpinga
sedang mereka tidak mengerti yang mereka sebenarnya tidak mengerti

Lebih kasihan pada diri sendiri
Yang tak berbuat apa-apa...orz

No comments: