Aku berkenalan dengan blogger ni dan mula berjinak-jinak mempunyai blog sejak tahun 2009. Aku ingat lagi, aku create blog tu pada suatu malam selepas chat dengan seorang kawan. Alasan, kawan tu dah ada blog, so rasa cam nak try jugak.
Tapi, maklum je lah masa tu umur tak cukup lagi, makanya kematangan pun masih di peringkat kanak-kanaklah. Blog tu pun tak tahan lama. Tak sampai pun setahun. Sebabnya, dek ketidakmatangan dan kekeringan idea, lama kelamaan aku semakin malas meng'update' dan menulis entri baru. Kalau aku tulis sekalipun, it was trash. Well, at least I thought so. Masa tu identiti blog pun terabur, entri macam tu sikit, macam ni sikit. Tak de tema dan base yang kukuh dan tetap.
Menjelang hampirnya SPM, aku pun akhirnya bertekad untuk delete blog tu. Salah satunya sebab aku tahu aku takkan update. Dan yang keduanya pulak, sebab aku rasa entri-entri dalam tu banyak yang merepek dan 'keterlaluan' (kot la). Dari aspek promoting blog dan follower pun, aku fail jugak masa tu. Bayangkanlah dalam masa hampir setahun tu, follower blog sekadar plus minus 20 orang je. Nampak sangat blog tak bermutu. Tapi, mungkin jugak masa tu fenomena blog belum lagi meluas. Demam menulis diari secara maya ni belum menjangkit banyak remaja lagi.
Penyakit blogger: Menaip dari pagi sampai ke malam.. sampai ke pagi balik.. hehe :D |
Kalau cam tu sejarahnya, kenapa muncul balik? Ingat ramai sangat ke nk baca blog ntah-pape ni??