Saturday, 30 April 2011

Aku Blogger Baru

Ok, it's a lie. Aku tipu je.

Aku berkenalan dengan blogger ni dan mula berjinak-jinak mempunyai blog sejak tahun 2009. Aku ingat lagi, aku create blog tu pada suatu malam selepas chat dengan seorang kawan. Alasan, kawan tu dah ada blog, so rasa cam nak try jugak.

Tapi, maklum je lah masa tu umur tak cukup lagi, makanya kematangan pun masih di peringkat kanak-kanaklah. Blog tu pun tak tahan lama. Tak sampai pun setahun. Sebabnya, dek ketidakmatangan dan kekeringan idea, lama kelamaan aku semakin malas meng'update' dan menulis entri baru. Kalau aku tulis sekalipun, it was trash. Well, at least I thought so. Masa tu identiti blog pun terabur, entri macam tu sikit, macam ni sikit. Tak de tema dan base yang kukuh dan tetap.

Menjelang hampirnya SPM, aku pun akhirnya bertekad untuk delete blog tu. Salah satunya sebab aku tahu aku takkan update. Dan yang keduanya pulak, sebab aku rasa entri-entri dalam tu banyak yang merepek dan 'keterlaluan' (kot la). Dari aspek promoting blog dan follower pun, aku fail jugak masa tu. Bayangkanlah dalam masa hampir setahun tu, follower blog sekadar plus minus 20 orang je. Nampak sangat blog tak bermutu. Tapi, mungkin jugak masa tu fenomena blog belum lagi meluas. Demam menulis diari secara maya ni belum menjangkit banyak remaja lagi.

Penyakit blogger: Menaip dari pagi sampai ke malam.. sampai ke pagi balik.. hehe :D


Kalau cam tu sejarahnya, kenapa muncul balik? Ingat ramai sangat ke nk baca blog ntah-pape ni??




That's why la I start anew. A fresh start. From the A.

And today, genap sebulan usia blog ni. Follower memang tak banyak mana lagi. Tapi kiranya setimpallah dengan usaha promoting aku yang sebenarnya bermula lebih kurang 2 minggu selepas setting up blog ni. Tapi, bagi aku satu pencapaian yang baik ialah, page view aku mencecah 250. Ok, I'm cheating a little. Semua post ada cut, so, memang secara tak langsung, page view akan double dengan mudah... hehe.. sorry.. tapi, tu lah namanya strategi, betul tak?

Pada mula 'kelahiran'nya, aku berhasrat nak isi blog ni dengan topik-topik serius. Tema yang aku pilih pada mulanya ialah pendidikan - tips2 dan petua. Memang itu pun projek 'besar' aku yang utama sebenarnya. tapi sebab aku ni malas, maka sampai sekarang ni, mula pun belum. Tak tahu la, kurun ke berapa baru boleh siap XD

Tapi bila dah start menaip entri, baru aku perasan, susah kalau nak 'buat-buat'. We have to be our own selves. So, finally aku decide that this blog will discuss worldwide issue but with myself-oriented explanation. But it doesn't mean that I'll write every single issue that's happening. Banyak gila kot masa aku!

So far, I love this blog. Aku puas hati dengan penampilan blog ni. Isi dan entri pun, well, okla. I can't judge it by myself, readers should be the real judges. Menurut follower pertama aku, Fatin, blog ni much much better than the previous one. Aku sangat-sangat berterima kasih dan menghargai ulasan tu. Secara tak langsung, sebenarnya pandangan tu telah menaikkan semangat aku untuk lebih giat menulis dan mempromote blog. Hehe. Apapun, thank you so much, Fatin! Love you ^^


P.S: Till now, this blog is supposed to be said to be 'under-construction'. Well, I'm lazy. That's all. So, 'aku blogger baru', relevankan status tu??

8 comments:

Fatimah Zahra' said...

blog baru ni macam santai dan relax sikitlah. aku suke =)

aDik said...

awww. tersentuh qalbu den!! :P
terimakasih iffah jugaa :)

Fatimah Zahra' said...

cik ipah weh. camne nak buat total pageview ek? nak jugak ar try tengok. haa. saling meng-tutor dah kita nih.

Iffah Syuqaira said...

cik timah: aku pun suke jugak :D

fatin: thank you ^^

Fatimah Zahra' said...

kalau kau nak meramaikan follower tu senang je, kau google je satu isu kat google untuk cari blog yang sasaran kau.

eg: aku ambil spm tahun ni

konfem kuar blog bdk2 yg kau nak. pastu kau tegur2lah diorang dua tiga kali. kdg2 kau follow diorg dulu, baru diorg follow kau. itu kalau nak org baca blog kau laa.

tapi kalau kau takat nak ramaikan follower, kau pegi je kat blog yg femes2. pastu tinggalkan jejak kat sana. eg: say 'hi' kat cbox ke, komen latest entry ke. simple.

tapi yg aku buat dulu, menggedik kat cbox laa. selalunya org wat camni laa, pastu follower jadi ramai. tapi kena buat selalu, supaya link kau sentiasa ada kat cbox mereka.

okay, aku tau ni bukan gaya kau, tapi tu je caranya yg aku tahu. sorry kalau tak membantu..

Iffah Syuqaira said...

takpe la, ok je tim. kalau rajin nnti aku try. aku pun dh jadi gedik2 skit sejak kwn dgn korang2 ni.. korang la yang ajar! hahaha

Fatimah Zahra' said...

perghh.. statement kauuu.. aku memang gedik. cis, tak mampu aku sorokkan kegedikanku rupanya. terlalu terserlah.

:P

Iffah Syuqaira said...

hahaha.. lek ar tim, gedik tak bermaksud tak baik :D chill sudah (ciplak ayat kau)