Thursday, 28 April 2011

Masalah berat badan [Part 1]

Kajian mendapati masalah obesiti kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007, akibat amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif.

Sumber: Berita Harian.


Sekitar penghujung minggu lepas hingga sekarang, isu ni hangat diperkatakan. Terutama di media-media arus perdana. Kemunculan isu ni secara tiba-tiba. Sedangkan sekolah kat Malaysia dah lama dibuka, dari sebelum merdeka lagi. Jualan nasi lemak semua tu pun bukan baru tahun lepas mula. Dah lama. Dah memang nasi lemak tu makanan ruji orang Malaysia, macam orang Jepun dengan onigiri (nasi kepal) jugak la. Hari-hari pergi sekolah, hatta kerja sekali pun bawa nasi kepal dalam bento (bekal).

Nak satu?

Aku ni memang suka jugak menulis berkait-kait dengan isu semasa. Tapi aku tak suka ulas isu tu. Biarkan je lah ia berlalu. Sebab aku pun tak tahu sama ada isu ni memang penting ke, atau sesaja ditimbulkan sebab dah takde isu, atau Malaysia akan jadi padat (dek ramai sangat orang gemuk) kalau kantin terus jual nasi lemak. Atau... atau... atau... aku dah tak tahu nak tulis apa.




Mula-mula aku dengar berita ni masa tengah makan malam. Buletin Utama pukul 8 tu. Aku ni sebenarnya dengar tak dengar je. Tapi faham jugaklah mesej dia. Pasal kegemukan, obesiti, semua tu lah. Aku tahu memang obesiti tu masalah yang berat sekarang ni. Tapi rasanya kerajaan perlu juga ambil berat pasal satu lagi masalah berat badan --> masalah kekurangan berat badan yang melampau!


Masa kat sekolah dulu, antara topik utama yang selalu ditimbulkan (terutama lepas cuti panjang) ialah: "Aku dah gemuk!". Pastu yang lain akan jawab: "Badan sekeping tu pun gemuk?" Dan pecah gelak berderai. Ye, topik ni memang sangat popular terutama dalam kalangan yang fizikalnya melampai tinggi dan 'tak lebar'. Mula-mula ok la, tapi lama-lama tu fed up jugakla, asyik semua orang nak mengaku gemuk je. So, aku je la yang mengaku kurus.. ok, terlebih perasan. Tapi memang hakikat pun kan?

Bila masa ambil data berat dan tinggi, semua berlumba-lumba nak jadi yang tertinggi tapi ter'tak berat'. Aku pun pelik gak. Elok-elok berat dah stabil dengan tinggi, nak kurang-kurang pulak lagi. Kat kertas yang PKT (Penolong Ketua Tingkatan) diamanahkan catat semua maklumat tu, berderet-deretlah yang BMI bawah 20. Dan akulah salah eorang daripadanya. Ada tu sampai 16, jauh sangat kot aku rasa daripada berat ideal. Tu pun, berhasrat sangat-sangat nak kurus dan asyik cakap, "Aku gemuk!" Tak paham betulla...


Tengok, Dora happy je walaupun dia tak kurus..

Cakap pasal masalah pemakanan ni, aku teringat masa belajar Bio dulu. Ada dua 'penyakit' yang berkaitan dengan isu "Aku gemuk!" ni - bulimia dan aneroxia nervosa. Bulimia ialah seseorang itu makan dengan banyak, tapi kemudiannya memaksa dirinya mengeluarkan kembali apa yang telah dicerna. Tak ke menyusahkan? Manakala aneroxia nervosa pula ialah 'ketakutan' untuk makan kerana merasa diri dah gemuk walaupun badan sekeping cam papan lapis je. Kedua-dua masalah ni memang sering merebak dalam kalangan remaja perempuan. Aku taklah terer benar bab-bab Bio ni, so, bakal-bakal doktor kat luar sana tu, betul kan ye kalau aku salah.. :D

Tapi aku rasa kat Jepun, kekurusan terlebih ni perkara biasa. Aku pernah terbaca dalam local paper mengatakan bahawa gadis-gadis Jepun dan Korea sangat fear kegemukan. Dan mereka ni sangat kurang berat badan berbanding dengan remaja seusia kat negara lain. Well, tu masalah diorang, takkan kita nak ikut pulak? Yang lagi dahsyat tu, kat sana bukan setakat perempuan je yang ambik berat pasal berat badan ni, lelaki pun sama. Masing-masing tinggi tapi tak cukup lemak.

Tak rasa ke diorang ni macam terlebih kurus?

Ok, diorang artis, so, kena jaga identiti. Fine.

Kat title tu, aku letak [part 1], sebab ada hasrat nak sambung tulis lagi... cumanya aku tak pasti bila pulak sambungan tu akan disambung... :D

P.S: Kat Jepun gemuk tu haram. Malaysia nak tiru ke?

2 comments:

Fatimah Zahra' said...

akulah salah seorang yang BMI bawah 20 tu.

*perghh, betapa aku harap dapat buat statement camni*

Iffah Syuqaira said...

insya-Allah kau akn dpt buat statement tu.. (setelah kau di'seksa' dgn tugasan doktor yg bergunung ganang tu ^^)