Sunday 10 April 2011

Karat

Pengaratan atau rusting dalam bahasa Inggeris merupakan proses yang berlaku sekiranya terdapat air dan oksigen. Memandangkan kedua-dua elemen ini sememangnya terdapat dalam persekitaran kita, maka proses ini adalah suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan.

Dalam ilmu kimia, karat ialah Iron (III) Oxide atau Ferum (III) Teroksida dalam bahasa Melayu. Ferum ialah besi dalam erti kata mudahnya, manakala (III) pula adalah kod spesifiknya. Warna perang tak lawa dalam karat itu ialah warna ion Ferum (III) <-- tak faham pun buat-buat le faham…hehe. Senang cerita, warna karatla tu!

So, apa kaitan benda alah karat ni dengan aku?

Kalau dah berkarat, tak lawa kan?




Rasanya korang boleh teka kot.

“Aku tak sedar otak aku dah mula berkarat.”

Serius aku tak perasan. Tapi aku sebenarnya sangat sedar bahawa aku dah sangat lama tak sentuh buku ataupun lakukan apa-apa aktiviti ilmiah. Jadi, ‘pengaratan’ tu tak mustahil pun berlaku. Mana taknya, tiga bulan kat rumah, asyik bersahabat dengan PC je. Buka pulak ntah apa-apa, lagilah tambah-tambah karat. Bukan setakat karat, agaknya dah berhabuk serdak sawang semua ada kot.

Aku sedar pun sebab disedarkan oleh adik aku. Thank you, sis. Love you. Menurut dia, lepas aku habis sekolah, aku dah lupa apa yang aku belajar dulu (alamak, bahaya tu! Yabe!). Salah satu buktinya ialah aku memberi pengajaran yang salah padanya. Kesian dia. Aku pulak confident gile rasa cam betul. Bila dia kata salah pun, still tak nak mengaku. Poyo gila kot!

Pastu, ada sekali tu adik sedara suruh tolong ajar tajuk log (Add Math). Kiranya masa tulah aku betul-betul sedar otak aku dah dalam kawasan bahaya. Punya la lama nak selesaikan soalan yang taklah susah mana pun. Siap rasa cam blank lagi tu. Lepas tu, bila fikir balik, rasa cam nak nangis je. Macam mana la aku boleh biarkan otak aku ni berkarat? Ternyata banyak masa yang aku dah bazirkan dengan perkara yang sia-sia. Nak menyesal pun tak guna, sebab benda dah jadi.

Makanya, terima jelah hakikat bahawa otak aku dah sedikit berkarat. Perlu di’polish’kan segera kalau taknak keadaan makin teruk. Apapun, aku bersyukur sebab otak aku masih berfungsi pada tahap yang baik. Sindrom lupa dan ‘pengaratan’ tu pun berpunca dari diri sendiri jugak. Malas baca buku-buku, artikel ilmiah. Asyik nak bertanoshii-ureshii (berseronok-seronok) je!

Besi berkarat.


Sebagai penutup entri ni, aku nak buat short review tentang proses pengaratan:

Proses pengaratan ialah salah satu proses ‘Reaksi Redoks’ di mana proses ‘pengoksidaan’ dan ‘penurunan’ berlaku serentak. Elemen Ferum (besi) akan menyahkan elektron yang akan diterima oleh titisan air di udara. Elemen Ferum ini kemudiannya bertukar kepada ion ferum yang bercas positif dan dikenali sebagai ion teroksida. Manakala titisan air pula akan menjadi ion hidroksida yang bercas negatif dan dikenali sebagai ion yang ter’turun’ (serius aku tak reti nak nak translate reduced ion).

Malas nak hurai lagi panjang. Bukan apa, takut nanti korang tak faham pulak. (mengaku je la tak ingat!)

Moral of the story: Bersyukur dengan nikmat akal yang Allah beri dan gunakan sebaiknya.

P.S: Nampaknya taklah teruk sangat tahap ‘pengaratan’ otak aku setakat ni. Masih berfungsi di tahap baik. Alhamdulillah :D

No comments: