Sunday 10 July 2011

Okonomiyaki o tsukuru~~!


Salam readers~!
Second post for the day ^^

Tajuk dah menerangkan segalanya sebenarnya. Cuma masalahnya faham ke tak je la.. hehe..

Em, agenda terakhir program Sense Our Soul ni ialah aktiviti membuat okonomiyaki secara bersama-sama. Ni kira breakfast kitorang la.

Ni okonomiyaki yang first siap.

Okonomiyaki ni aku tak tahu la nak translate Melayu dia apa. Tapi kalau nak cakap pasal rasa, adalah cam iras-iras takoyaki yang aku cuba time first date kat Mid ngan Iman haritu. Maybe sebab sauce dengan "bahan hiasan" dia tu kot.

Mentang-mentangla dah buat, so poyo la sikit konon nak share langkah-langkah dan kaedah membuatnya. Kalau nak tahu, sila teruskan baca. Terima kasih.






Basically, aku rasa la, cara buat dia lebih kurang je macam buat cengkodok kat rumah. Atau nama 'lembut' sikitnya ialah cucur. Gaul tepung dengan air pastu tambah sikit-sikit isi, pastu letak dalam kuali, tepung tu dah masak, siapla. Senang je kan? Sape yang biasa buat tu tahu la.. :D


Cuma yang beza sikit mungkin bahan yang digunakanla.

Ni tepung okonomiyaki.

Ada lagi satu tepung yang akak tu campur, tepung buat roti. Tapi lupa nak snap.

Mula-mula tepung tu letak dalam satu bekas. Lepas tu masukkan udang dengan kobis yang dah dihiris halus. 


Pecahkan telur sebiji. Pastu tambah air sikit






Dah tu kacau sampai sebati. Letak air tu agak-agak la, jangan bagi lembik sangat. Senang cerita, lebih kurang macam doh cucur tu la.




Next tuangkan sebatian tu ke dalam kuali. Leperkan macam buat pizza. Better kuali yang jenis tak melekat. Tapi cam tadi, kitorang guna rice cooker. Tak kisahla mana pun, yang penting tepung tu akan jadi keras.


Bila dah masak, angkat, letak dalam pinggan (ni of course la kan...), pastu move on to topping pulak.

Ni bahan-bahan untuk 'topping' :- mayonis, fruit & vegetable sauce, nori (seaweed) dengan fish flakes.

Dah siap, potong kecik-kecik atau ikut suka, pastu makanla! (tu pun nak kena suruh gak! XD)



Ni yang aku bancuh, terbalikkan dalam kuali, pastu potong and decorate (mak aih! poyo nyer~~). Tapi gambar blurr sikit la... hmmm~~


Selamat mencuba kalau rajinla!



P.S: Kenapa la aku takde mood nak buat shukudai lagi ni??

2 comments:

Anonymous said...

ha2... menarik2 la step2 iffa... cume yg 1st tu mcm 'over' sket sos die... byk sgt :) tp sedap gak!

Anonymous said...

ha2.. menarik la step2 ni! siap ade gmbar lg.. sekali tngok mcm page resepi2 pulak... aha... pasni da lame tk masak msti lupe balik step2 die.. pastu bley cube kt umah...