Sunday 20 November 2011

#1 Pentingnya Keyakinan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Yuki daruma. Sempena dah masuk fuyu. ^_^


Em, hari ni taknak intro panjang2. Aku cuma nak share share satu cerita, yang aku suka. Mungkin korang dah tau, tapi aku nak share gak.. :D




Pentingnya Keyakinan.

Kisah ni berlaku pada zaman Nabi Musa a.s. di mana dalam banyak2 pengikut Nabi Musa ni, ada seorang abid dan seorang perompak. Si abid ni, memang diketahui umum la, kerja dia siang mlm beribadah. Manakala si perompak ni pulak, memang dh glamour dgn kerja2 melakukan kerosakan pada setiap masa. *skema gle rse!*

Satu hari, abid ni meninggal dunia. Tak lama lepas tu, Nabi Musa dapat berita (wahyu) yang mengatakan abid ni ialah ahli neraka. Nabi Musa pn jd pelik.

Pastu, selang beberapa hari, perompak tu pulak meninggal dunia. Nabi Musa dapat berita perompak ni ahli syurga. Lagi la Nabi Musa rasa pelik. Ye la, kalau ikut logik pn, kenapa orang baik masuk neraka, orang jahat masuk syurga kn?

Curious, Nabi Musa pn pergi la ke rumah kedua2 orang ni, tnye dgn isteri diorng.


Scene 1: Rumah abid.

Nabi Musa: "Puan, boleh saya bertanya, apakah amalan yang suami puan lakukan sepanjang hidupnya?"

Isteri abid: "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya engkau lebih tahu. Suamiku itu siang malam asyik beribadah sahaja. Senang cerita, memanjang buat baik je la.."

Nabi Musa: "Pasti ada amalan lain yang dilakukannya."

Isteri abid: (fikir jap, 'em, mungkin yang ni kot..') "Ada, wahai Nabi Musa. Iaitu, setiap malam, sebelum tidur dia akan bekata, 'Alangkah baik sekiranya apa yang diajarkan oleh Musa itu benar'."

Nabi Musa : (dalam hati) Naruhodo.. (I see..)


Scene 2: Rumah perompak.

Nabi Musa: "Puan, boleh saya bertanya, apakah amalan yang suami puan lakukan sepanjang hidupnya?"

Isteri perompak: "Wahai Nabi Allah, sesungguhnya engkau lebih tahu. Suamiku itu sentiasa melakukan kejahatan. Tiada sedikitpun kebaikan yang dia lakukan."

Nabi Musa : "Pasti ada amalan lain yang dilakukannya."

Isteri perompak : (kerut2 dahi sikit sebab fikir banyak sangat) "Ada. Iaitu, setiap malam sebelum tidur dia akan mengucapkan 'Lailahaillallah walhamdulillah' ( لا إله إلا الله والحمدلله ) seperti yang engkau ajarkan"

Nabi Musa : (dalam hati) Sou ka? Naruhodo... (oh cmtu ke? I see..)

"La ilaha illallah; kalimah yang ringkas, tapi makna yang sangat luas"


Agak2 korang faham x cerita aku ni? Sorry la kalau x faham. Aku tau teknik penceritaan aku teruk..hehe.


Em, aku taknak ulas panjang, sbb aku tau korang sendiri pn boleh faham, apa mesej yang tersirat nak disampaikan dalam cerita ni. Lagipun direct je kn?

Cuma satu je;

"Iman tu ialah akar pokok."

Wallahu a'lam..


P.S: Tapi x bermakna kena jadi perompak! :D

1 comment:

Anonymous said...

salam..sangat bagus! baru tau..