Sunday, 21 October 2012

AAJ : 失敗ばかりの所


Assalamualaikum.
Hisashiburi da naa..
Lama sangat tak menulis. 
Ada la dalam 4 bulan. 



Kepada yang memang faham Jepun, sekali baca je tajuk ni, mesti akan rasa cam, ありえないじゃない?”atau yang sewaktu dengannya, “Mustahil la tu”. Lagi-lagi yang memang kenal aku.

Kepada yang tak tahu pulak, baca perenggan first, jadi makin tak faham. Takpe, biar aku translate dulu. Maksud title tu, “AAJ: Tempat penuh dengan kegagalan”.

Aku repeat.

KEGAGALAN.

Apa anda fikir?




Em…

Aku tak maksudkan kegagalan dalam exam, yang dinilai secara akademik tu. Tak. Bukan tu. Yang tu, Alhamdulillah, masih boleh tarik nafas lega, walaupun banyak je sebenarnya yang perlu diperbaiki. Hmm, semua orang pun macam tu rasanya.

Tapi di AAJ ni aku rasa banyak sangat aku gagal. Terutamanya GAGAL dalam menjalankan tanggungjawab sebagai AJK Akademik. Banyak, em, takdela banyak sangat, tapi ada la beberapa program atau aktiviti yang pernah dirancang, tapi satu pun tak pernah berjaya. Di situ, aku terasa bak kata orang, loser. Rasa macam gagal sangat. Walhal bukan sepenuhnya salah aku pun. Mungkin keadaan. Mungkin jugak  masa. Mungkin jugak…. memang salah aku sepenuhnya. Em, apa-apa la…

Dan yang terbaru, permohonan aku tak diluluskan, dengan alasan yang sukar aku terima. Gagal jugakla kan, bahasa mudahnya. Sekali lagi, sedih yang teramat. Tak terkata.



Pun begitu, aku sayang AAJ. Rasa bersyukur dan bertuah sangat dapat peluang belajar di sini. Dua tahun, mungkin sekejap, pantas dan sangat padat. Tapi bila aku teliti betul-betul, silibus tu semua setahun pun boleh habis sebenarnya. Dengan syarat betul-betul intensif, dan memang jadi robot hidup la. Lagi pulak bila semua yang dipelajari dalam tempoh dua tahun tu, penentunya hanya satu hari. Ye, SEHARI je.

Lagi la, kadang-kadang terfikir, “Buat apa la aku bazirkan masa dua tahun kat AAJ ni?”




Bagi aku, dua tahun di AAJ, ilmu akademik memang betul banyak. Tapi yang lebih penting dan berharga, ilmu dan pengalaman hidup.

AAJ sangat banyak mengajar aku erti perjuangan, dakwah dan survival.
AAJ mencabar kekuatan dan keteguhan prinsip aku.
AAJ menguji sejauh mana kepatuhan aku pada Yang Maha Kuasa.
AAJ mendisiplinkan aku tentang masa.
AAJ mendidik aku cara terbaik berinteraksi dengan lelaki.

Dan banyak lagi, perkara yang aku rasa aku mungkin tak ambil kisah sangat kalau aku bukan di sini.

Sejujurnya, sebelum masuk ke AAJ, aku tak pernah rasa perlu betul-betul ambil berat tentang dakwah. Bagi aku perkara itu, banyak ambil masa, leceh, rumit, remeh temeh dan macam-macam lagi. Tapi bila dah berada di AAJ, aku sedar, kalau bukan aku, siapa lagi?

Perjuangan di AAJ lain. Tak sama dengan perjuangan di kampus islamik. Sangat jauh beza. Syukur batch aku batch yang ‘unik’, lain dari yang lain, sahabat-sahabat juga banyak yang faham. Alhamdulillah. Tapi masih modus operandi nye berbeza.

Kerana persepsi masyarakat yang berbeza. Bila disebut, “engineer wanita Jepun”, umumnya gambaran bagaimanakah yang diterima masyarakat?

Tak rasa pulak imej seorang wanita bertudung labuh atau bidang 60 berbaju kurung yang tergambar. Walhal, bukan sedikit engineer Muslimah keluaran Jepun. Em, ini pendapat peribadi je, sebab bila aku sebut aku nak sambung engineering di Jepun je, makcik-makcik yang tanya tu mesti tenung seminit kat aku. Mengapakah?

Seperti kata seorang sahabat, kalau bukan kita yang ubah, sampai bila-bila pun benda tu tak akan berubah. Ye, tugas aku dan kita untuk ubah persepsi itu, untuk tiadakan jurang antara agama dan profesionalisme, atau kata lain hapuskan sekularisme. Mungkin kalau lelaki, tak de kesan sangat kot, tapi bila perempuan, terasa sangat bezanya. Di situ la perlunya dakwah, ukhuwah, paling penting istiqamah dan pengorbanan.




Pejam celik pejam celik, AAJ dah hampir ke penghujung. Tiga minggu sahaja lagi peperiksaan penentuan universiti. Sebulan lebih sikit je lepas tu, peperiksaan akhir, yang terakhir di AAJ. Lepas tu, sebulan yang penuh dengan aktiviti-aktiviti motivasi, rasanya la. Persediaan mental, bak kata sensei, (ye ke?) Apa-apa la. Awal bulan 2, majlis penutup. Borang-borang permohonan VISA semua pun dah diedar. Blazer untuk pakai masa majlis penutup pun baru semalam ukur. Bayang-bayang Jepun tu macam dah nampak pun. Huhu.

Lepas ni dah ke Jepun, universiti lain-lain, balik nanti lagi la dah tak jumpa kan? Aku mohon maaf kat semua orang, terutama sebab aku gagal menjalankan amanah sebagai AJK Akademik. Tu yang sangat-sangat berat rasanya. Korang vote aku, tapi aku tak buat kerja. Maaf sangat-sangat. Kalau ada apa-apa nak tuntut, tak puas hati ke apa, sila selesaikan di AAJ sebelum AAJ berakhir. 誰でも、男でも、女でも、いつでも、どんな方法でも。待ってるから。




Yup, AAJ ialah tempat kegagalan. AAJ juga ialah tempat bermulanya perjuangan. Yosh!





[Terasa gaya penulisan aku lain kali ni. Adakah sebab aku dah lama tak menulis?]


Wallahu a'lam.


P.S: Seiringkanlah langkah kami pada jalan dakwah-Mu. 



2 comments:

Anonymous said...

~ sape kah pompuan dlm gmba itu? ~ haha

* komen x bermotif =='

Iffah Syuqaira said...

tak tau.. jmpe gmbr tu kt fb.. haha