Hisashiburi...
Lama sangat rasa tak menjenguk blog. Menulis apatah lagi.
Bukan tak nak menulis. Tak ada maknanya aku merajuk atau terasa dengan apa yang berlaku. Hehe. Hakikatnya aku rindu. Sangat. Serius.
Cuma kekangan masa agak membataskan kesempatan. Alasan.
Minggu-minggu yang baru berlalu ini merupakan minggu paling panjang bagi aku. Paling mencabar, paling getir, paling memeningkan kepala sepanjang sejarah aku bermukim di AAJ ini. Pun begitu, detik-detik itulah yang paling bermakna bagi aku. Ilmu dan pengajaran yang aku pelajari dalam tempoh itu, lebih banyak rasanya daripada selama setahun setengah di AAJ.
Dalam kesibukan masa itu, aku teringat pada pesanan kesepuluh Asy-Syahid Iman Hassan Al-Banna, yang dimuatkan dalam bukunya bertajuk '10 Wasiat Hassan Al-Banna'. Naskhah yang ada pada aku sikit lagi boleh sampai maqam kitab kuning, kalau dilihat pada warnanya la. Versi terjemahan Melayu cetakan tahun 1984. Siapa dah lahir, angkat tangan. Hehe.
Aku pernah terdengar huraian kepada ungkapan ini yang mafhumnya lebih kurang begini:
Selama melalui saat-saat penuh cabaran ini, memang aku terasa kebenaran wasiat tersebut. Selesai satu perkara, ada lagi yang datang. Tak putus-putus. Sentiasa ada sahaja kerja yang perlu disiapkan segera.
Pun begitu, kadang-kadang aku pelik dengan diri aku sendiri. Dalam kesibukan tersebut, masih lagi sempat membuang masa dengan perkara-perkara kurang berfaedah. Buka facebook lama-lama, tengok drama, termenung dan macam-macam lagi la. Lepas tu, merungut dalam hati tak cukup masa. Salah siapa sebenarnya?
Masa menghadap facebook, sejam berlalu pun tak rasa apa. Boleh rasa macam 'warm-up' sebelum buat kerja lagi. Tapi bila terfikir untuk baca al-Ma'thurat Kubra ke, masa tu lah semua kerja yang tak siap tu menerpa benak. Masa tu la syaitan sibuk sangat jadi penasihat perbadi tak diundang. Mula la berubah balik fikiran. Akhirnya kerja tak selesai, amalan sampingan pun tak buat. Kan rugi. Siapa suruh ikut 'nasihat' nafsu? Hmm....
Belum kira lagi bertangguh. Rasa macam kurang penting, letak tepi dulu. Dalam hati bisik, nanti kejap lagi buat, lepas dah siap yang ni. Tapi lepas tu, datang pula tugasan lain. Sudahnya perkara yang ditangguh, sampai ke sudah tak siap-siap. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, maka selesaikan kerja pada masanya. Lagi-lagi bila kita tahu yang kita ni sememangnya banyak kerja kena buat. #note to self
Pengurusan masa yang betul sangat mempengaruhi aktiviti seharian. 24 jam boleh jadi sangat panjang, dan boleh juga jadi sangat pendek!
Sebelum mengakhiri entri kali ini, aku ingin mengambil kesempatan yang ada untuk memohon berbanyak-banyak kemaafan atas segala ketelanjuran kata aku selama berblog ini, terutama kepada yang pernah terasa, sedang terasa, akan terasa (mungkin).
Aku terharu sangat dengan komen kat atas ni. Kesudian kalian membaca blog yang tak seberapa ni pun dah cukup membuatkan aku gembira. Terima kasih atas sokongan kalian. Menulis blog takkan ada makna kalau tak ada yang sudi baca.
Oh ye, seandainya aku ada tersilap, sudi-sudilah kiranya untuk menegur mahupun mengkritik. All comments are moderated. Cuma kalau boleh, berpada-pada dan penuh hikmahlah. Aku pun manusia, ada hati, ada perasaan, tahu juga terasa, tahu juga kecil hati. Cuma tak tunjuk je. Tapi jangan risau, yang dah berlaku tu, aku dah maafkan semuanya. Dah tak rasa apa-apa.
Insya-Allah, selagi dikurniakan idea dan kesempatan, aku akan terus menulis sesuatu yang bermanfaat, untuk dikongsi bersama. Doakan aku terus diberi ilham dan semangat untuk berkarya. ^_^
Akhir kata, maaf dan terima kasih sekali lagi!
Wallahua'lam.

Wasiat ke-10
Aku pernah terdengar huraian kepada ungkapan ini yang mafhumnya lebih kurang begini:
"Tugas yang kita perlu buat sangat banyak. Masa kita takkan cukup nak buat semua perkara tu. Kalau kita masih ada, atau banyak masa lapang, maknanya kita masih belum cukup bekerja (atau kata mudah, menjalankan tugas/tanggungjawab kita)"
Selama melalui saat-saat penuh cabaran ini, memang aku terasa kebenaran wasiat tersebut. Selesai satu perkara, ada lagi yang datang. Tak putus-putus. Sentiasa ada sahaja kerja yang perlu disiapkan segera.
Pun begitu, kadang-kadang aku pelik dengan diri aku sendiri. Dalam kesibukan tersebut, masih lagi sempat membuang masa dengan perkara-perkara kurang berfaedah. Buka facebook lama-lama, tengok drama, termenung dan macam-macam lagi la. Lepas tu, merungut dalam hati tak cukup masa. Salah siapa sebenarnya?
Masa menghadap facebook, sejam berlalu pun tak rasa apa. Boleh rasa macam 'warm-up' sebelum buat kerja lagi. Tapi bila terfikir untuk baca al-Ma'thurat Kubra ke, masa tu lah semua kerja yang tak siap tu menerpa benak. Masa tu la syaitan sibuk sangat jadi penasihat perbadi tak diundang. Mula la berubah balik fikiran. Akhirnya kerja tak selesai, amalan sampingan pun tak buat. Kan rugi. Siapa suruh ikut 'nasihat' nafsu? Hmm....
Belum kira lagi bertangguh. Rasa macam kurang penting, letak tepi dulu. Dalam hati bisik, nanti kejap lagi buat, lepas dah siap yang ni. Tapi lepas tu, datang pula tugasan lain. Sudahnya perkara yang ditangguh, sampai ke sudah tak siap-siap. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, maka selesaikan kerja pada masanya. Lagi-lagi bila kita tahu yang kita ni sememangnya banyak kerja kena buat. #note to self
Pengurusan masa yang betul sangat mempengaruhi aktiviti seharian. 24 jam boleh jadi sangat panjang, dan boleh juga jadi sangat pendek!
Sebelum mengakhiri entri kali ini, aku ingin mengambil kesempatan yang ada untuk memohon berbanyak-banyak kemaafan atas segala ketelanjuran kata aku selama berblog ini, terutama kepada yang pernah terasa, sedang terasa, akan terasa (mungkin).
Aku terharu sangat dengan komen kat atas ni. Kesudian kalian membaca blog yang tak seberapa ni pun dah cukup membuatkan aku gembira. Terima kasih atas sokongan kalian. Menulis blog takkan ada makna kalau tak ada yang sudi baca.
Oh ye, seandainya aku ada tersilap, sudi-sudilah kiranya untuk menegur mahupun mengkritik. All comments are moderated. Cuma kalau boleh, berpada-pada dan penuh hikmahlah. Aku pun manusia, ada hati, ada perasaan, tahu juga terasa, tahu juga kecil hati. Cuma tak tunjuk je. Tapi jangan risau, yang dah berlaku tu, aku dah maafkan semuanya. Dah tak rasa apa-apa.
Insya-Allah, selagi dikurniakan idea dan kesempatan, aku akan terus menulis sesuatu yang bermanfaat, untuk dikongsi bersama. Doakan aku terus diberi ilham dan semangat untuk berkarya. ^_^
Akhir kata, maaf dan terima kasih sekali lagi!
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment