Thursday 14 February 2013

Harga Sebuah Kejayaan

Assalamualaikum

Salji di Toyama. (Gambar di fb). Cantik kan?


Entri tertangguh. Hampir seminggu. Eh tak, cukup seminggu rasanya.

Apa-apa je la.

By the way, tajuk tu macam tak berkaitan sangat dengan isi.

Aku rasa la.


Genap seminggu lepas, iaitu pada 7 Februari 2013, aku dan 97 orang sahabat lain yang merupakan pelajar batch 30, Rancangan Persediaan Khas ke Jepun secara rasminya telah menamatkan pengajian peringkat persediaan di Ambang Asuhan Jepun setelah menerima sijil tamat kursus dalam satu majlis bertaraf antarabangsa yang turut dihadiri oleh Duta Besar Jepun ke Malaysia, bertempat di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya.

Fuh, seperenggan, senoktah, senafas. Eh?

Alhamdulillah majlis berjalan lancar, walaupun sedikit bermula sedikit lewat. Tak tahu sebab apa. Tak apa lah, aku bukan pengurus majlis, jadi tak perlu tahu.


Em, memandangkan aku bukan pengarah, cukup sekadar tu kot tentang majlis. Baik aku cerita perihal diri sendiri.


Kelas aku, G2. Aku tak ada. Anggaplah aku yang snap gambar.


Selepas majlis berakhir, ada sesi bergambar tak rasmi. Bertempat di atas pentas bersejarah Dewan Tunku Canselor tu, kami 98 pelajar ni berpeluang merasa menjadi artis seketika apabila flash kamera tak berhenti-henti dihalakan ke arah kami. Oh, tapi penat rupanya jadi orang femes ni!

Selesai sesi itu, pelajar mula bergerak mengosongkan dewan. Malangnya belum sempat aku melangkah, seorang wartawan berbangsa Tionghua sudah 'menahan' aku, bertanyakan nama, kemudian mewawancara pendek. Kemudian, ada lagi dua tiga orang wartawan bertanyakan soalan lebih kurang sama. Em, layan je la.

Tamat sesi tersebut, aku bersama keluarga yang hadir meraikan kejayaan (petikan teks ucapan wakil pelajar) ke khemah makanan, menjamu selera sekadar mengalas perut. Kemudian terus bergerak ke kolej yang sudah mulai sesak dengan kereta, ibu bapa dan pelajar-pelajar yang sibuk mengangkut barang-barang yang berat di tengah hari yang panas. Selesai, terus pulang ke rumah. Selamat tinggal Kolej 11!




Malam itu, sambil-sambil membuang masa, aku membelek-belek foto-foto yang dimuat naik oleh sahabat-sahabat. Aku tahu gambar aku tak banyak. Sebab aku tak berpeluang bergambar dengan seorang pun rakan. Agak sedih di situ.

Satu demi satu foto sehingga aku tiba pada gambar satu batch yang agak formal. Ketika itu aku rasa sangat sedih. Kerana aku tiada dalam gambar. Rupanya gambar itu diambil ketika sesi wawancara berlangsung. Sedih yang teramat sehingga pelbagai fikiran negatif bertamu di minda.




Tetapi beberapa detik selepas itu, aku kembali berfikir. Walaupun aku terlepas peluang itu, tapi aku dapat peluang lain. Yang sahabat lain tak dapat. Jadi aku patut sangat-sangat bersyukur. Takkan perkara kecil macam tu pun boleh membuatkan aku down se'down-down'nya. Ok, boleh masuk kelab perosak bahasa.

Setidak-tidaknya juga, aku berpeluang mengabadikan kenangan pada hari penuh kegembiraan ini dengan keluarga. Daripada pengamatan aku sepanjang beberapa kali berlegar-legar di atas pentas (ceh, poyo je!), jumlah ibu bapa atau ahli keluarga yang datang mungkin hanya separuh sahaja daripada bilangan keseluruhan pelajar yang memperoleh sijil. Terus aku terfikir, semestinya mereka yang hanya berpeluang beraksi di depan kamera bersama-sama rakan dan sensei sahaja, amat cemburu melihat sebahagian lagi yang sibuk bermanja dengan ibu bapa.


Sebab itu aku perlu bersyukur. Sangat bersyukur.

Untuk menanamkan rasa syukur, lihatlah mereka yang lebih rendah daripada kita. Bukan mereka yang berada di atas kita.



Oh ye, dan ukhuwah bukan terletak pada gambar. Tapi terukir di kalbu. Ukhuwah fillah abadan abada. ^_^


Wallahua'lam

12 comments:

Nadhirah said...

Assalamualaikum.. Tumpang tanya, sayani lepasan SPM 2012. Program RPKJ ni memang khas untuk kejuruteraan sahaja ke? Kalau perubatan ada peluang tak untuk lanjut pelajaran ke Jepun?

Iffah Syuqaira said...

waalaikumsalam dik.
buat masa ni, RPKJ mmg kejuruteraan shj. stkt yg akk tau, dulu pernah ditawarkn dentistry dgn satu lg x ingat apa, tp skrng dh xde. xpe dik, walau di mana pun, yg penting usaha! Akk doakan yg terbaik utk awk :)

Anonymous said...

hmm.. apsal ade gamba Toyama..? x de kaitan pun =="
btw, nice post :)
part quotes tu yg pling best
"Untuk menanamkan rasa syukur, lihatlah mereka yang lebih rendah daripada kita. Bukan mereka yang berada di atas kita" *terharu
Owh, untuk comment NT kat atas, actually ade scholarship untuk apply medic g Jepun. Just apply je Monbukagakusho Scholarship, kat situ bleh apply sume course, x kisah la medic ke, engineering ke, even course art n design pun bleh apply gak. k, all the best !!

Iffah Syuqaira said...

NT, mmg ada scholar Monbukagakusho (kementerian pelajaran Jepun), tp kena mentally strong la, sbb competition sgt tinggi. All the best!

[Aku tau yg komen ni org Toyama =.="]

Nadhirah said...

Terima kasih eh kak atas saranan. Tulah, saya ada juga tinjau2 Monbukagakusho tu, tapi, macam yg akak cakap, saingan sangatlah tinggi. Apa2pun, terima kasih lagi sekali n saya doakan akak berjaya dunia akhirat

Unknown said...

hye iffah.... just nk tny ader x kenal sesape yg pernah dpt scholar Monbukagakusho?? nak tau sgt2 how tough nk dapat scholar Monbukagakusho... if pernah grad kt jepun still blh apply... thanx

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya pelajar lepasan SPM 2012 nak tanya, apa requirement untuk masuk ke AAJ?

Iffah Syuqaira said...

saedah, maaf sgt2, tp x tau pulak. tp sy pernah tgk past year question dia, kalau ada basic stpm, xde mslh nk jwb. dr segi competition x sure. maaf sgt x dpt membantu.

Iffah Syuqaira said...

anon : at least 9A SPM. yg tu je akk ingat. Cuba check kt website JPA lepas result keluar nanti. All the best!

sugary :>angelic said...

assalam..nk tanya,sy lpsn spm 2012.dpt biasiswa krjsma jpa-mara..adakah kami kn buat A level kt UM jgk?mcm yg scholar JPA?

Iffah Syuqaira said...

Wslm. Utk prgrm jepun ke?
Utk jepun ada 3 tmpt persediaan. Prgrm akademik (ijazah di jepun) sama ada di UM atau IBT (pusat pengajian bahasa jepun). Utk yg diploma di Intec, Shah Alam.
Dkt surat tawarn xde tulis ke?

zafry said...

akak, saya dapat aaj. peralatan elektronik seperti ipad ke laptop ke kena ke bawak?