Tuesday, 19 February 2013

Memori AAJ : Shodou

Assalamualaikum



Yay! Berjaya jugak aku menambah entri di bawah kategori ini. Hehe.

Tapi memang banyak pun kenangan dan memori yang ingin dikongsi.

Cuma yang penting tahap kerajinan la. Tu je.

Em ok, entri kali ini, aku nak berkongsi pengalaman mengikuti aktiviti 'Shodou'.


'Shodou' atau bahasa mudahnya ialah kaligrafi Jepun. Lebih kurang 2 jam diperuntukkan dalam jadual kami untuk mempelajari kaligrafi ini. Bukan 2 jam seminggu. Tapi 2 jam SEKALI seumur AAJ. 

Semester 2, tahun 1, 2 jam terakhir Selasa 15 November 2011, BS 7-9, tingkat 3 blok bilik sensei.

Terperinci sangat ke? 

Maaflah, aku memang sentiasa menanda aktiviti beserta tarikhnya.



Pada hari tersebut, kami diberi kelonggaran untuk tidak berpakaian rasmi, baju kurung dan kemeja bertali leher. Sebaliknya kami digalakkan memakai kemeja T bewarna gelap kerana kemungkinan untuk pakaian menjadi kertas latihan agak tinggi. Kiranya sebagai langkah keselamatan pakaian la. Tapi bagi pelajar ia adalah satu peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan. Tak payah gosok baju sehari!

Pada permulaan kelas, kami diperkenalkan dengan berus 'shodou', dakwat serta teknik penulisan yang betul. Setiap meja diberi satu set manual asas penulisan. Mula-mula je ikut betul-betul, lama-lama ikut suka je. Kami juga diberi beratus-ratus helai surat khabar lama untuk dijadikan kertas latihan sebelum menulis secara kemas di atas kertas putih.

Alang-alang kertas banyak, main conteng-conteng lah. Biasa la, peluang bukan selalu dapat. Sengaja je la tu, membuang masa. Hmm...




Kami diberi kebebasan untuk memilih sendiri satu atau dua ketul kanji atau Japanese character yang ingin diabadikan pada kertas kaligrafi itu. Aku memilih kanji 'Heisei', seperti yang tertulis dalam gambar di atas. 'Heisei' merupakan zaman pemerintahan sekarang, yang bermula pada 1989. Tahun ini, 2013 adalah bersamaan Heisei 25. Info lanjut, boleh google sendiri. 

Sedang aku membuat latihan penulisan kanji ini di atas surat khabar, seorang sensei lalu dan menegur aku.

Sensei : Heisei? 'Heisei' of Hey Say Jump?
Aku : *sedikit terkejut* Sensei tahu?
Sensei : *gelak kecil* Mestila saya tahu.
Aku : *hanya mampu sengih*

Em, kepada yang tak faham, aku explain la sikit. Di Jepun ada satu kumpulan remaja yang menggelar diri mereka Hey Say Jump bersempena kesemua ahlinya dilahirkan dalam tempoh pemerintahan Heisei. Memang aku memilih kanji ini sebab itu pun. Tapi tak sangka detected by the sensei. Hmm, dah dia orang Jepun, mestilah tahu kan?


[Terasa kebosanan menulis. Mungkin entri ini patut diabaikan sahaja]

No comments: