Monday, 25 March 2013

Hari Pertama di Jepun

Assalamualaikum



Walaupun dah masuk malam ketiga di bandar Suita, Osaka. Hmmm....
Tapi memang niat nak menulis pada hari pertama, cuma tak berkesempatan, ditambah pula sedikit masalah teknikal.

Takpe, cuba untuk tulis dengan perasaan baru sampai.



Selamat tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Narita lebih kurang jam 7:00 pagi waktu tempatan. Suhu semasa dikatakan 6 darjah celcius ketika kami mendarat. Namun ketika kami keluar dari bangunan airport, kira-kira sejam setengah kemudian, tidak dapat dipastikan suhunya.

Yang pasti suhu di luar lebih rendah daripada di dalam bangunan. Berlawanan dengan Malaysia. Walaupun sinar matahari kelihatan terik, namun tiada kepanasan. Subhanallah!

Kemudian, bertolak ke wilayah aku bakal menetap selama 4 tahun, menaiki kereta api laju. Tiba di stesen kereta api Shin-Osaka sekitar jam 5:30 petang. Angin agak kuat dan suhu semakin turun memandangkan sudah hampir malam. Maghrib menjelang sekitar jam 6:00 petang.



Di stesen kereta api, aku dan sahabat-sahabat disambut oleh senior universiti. Seteusny kami 'bertolak' ke rumah senior yang akan menjadi tumpangan selama seminggu, dengan menaiki kereta api dan berjalan kaki. Di Osaka, perkhidmatan kereta api sangat cekap. Di mana-mana sahaja boleh diakses. Terlalu banyak stesen. Tak terkira. Untuk berjalan kaki juga sangat selamat. Laluan pejalan kaki yang luas ada di tepi setiap laluan kenderaan bermotor. 

Mungkin itu sedikit sebanyak perbezaan dengan Malaysia.



Secara ringkas perjalanan hari pertama.

Banyak yang aku pelajari sepanjang hari ini. Paling menyeronokkan ialah suasana melihat solat didirikan di mana-mana. Antaranya di dalam kapal terbang dan shinkansen. Suatu pengalaman dan suasana yang mungkin tiada di Malaysia. Namun, penyesuaian dengan persekitaran baru dan cuaca dengan tanah air, menyebabkan sukar untuk memastikan waktu solat. Beberapa kali, aku seperti, "Eh, dah masuk waktu ye?". 

Bagi aku, perkara-perkara ini antara ujian asas untuk melihat sejauh mana kepatuhan dan kewaspadaan kita terhadap tanggungjawab sebagai Muslim. Kebarangkalian untuk terlepas pandang adalah sangat tinggi. Lebih-lebih lagi, dalam kalangan masyarakat tidak beragama seperti ini.

Di pusat membeli-belah tiada surau. Ruang menukar pakaian menjadi ganti. 
Azan tidak kedengaran. Aplikasi telefon pintar sebagai pengingat.
Muslim di Jepun minoriti, tetapi Islamnya adalam majoriti.



Malam pertama, berpeluang berkenal-kenalan dengan senior di Osaka. Beberapa jam di Osaka sudah cukup untuk memberikan aku gambaran kasar realiti kehidupan masyarakat setempat, terutama yang sebangsa denganku.



Ada hikmah aku tercampak di sini. Cabaran besar menanti. 
Semoga terus thabat. InsyaAllah.

Wallahua'lam

1 comment:

irmujahidah said...

moga terus istiqamah,dear.hanya doa dari jauh.rindu bebanyak!!!