Tuesday, 19 March 2013

Usrah Online 2

Assalamualaikum



[Entri tergantung yang disudahkan di Jepun. Hehe]

Usrah kali kedua. Usrah terakhir. Secara online. Di Malaysia.
InsyaAllah akan diteruskan lagi di Jepun nanti.
Semoga terus istiqamah sahabat-sahabat.




Pra-Usrah

Topik berkaitan persiapan diri menjadi pembuka bicara, memandangkan jangka masa untuk terbang meninggalkan tanah air semakin hampir. Asal ayat aku skema sangat macam ayat karangan BM ni? Dalam sibuk buat persiapan fizikal, baju kurung nak bawa berapa pasang, adapter dah beli ke belum, bawang besar perlu bawa ke, rempah ratus dua kotak cukup ke tak, bla bla bla...., bagaimana pula dengan persiapan rohani?

Rasa-rasa dah cukup mantap tak nak menghadapi masyarakat Jepun yang tak beragama tu nanti? Pembacaan agama cukup ke tak, kena muhasabah sama-sama la. Kadang-kadang bila lama bercuti, rasa macam lapang, kecenderungan untuk bertangguh menjadi tinggi. Kan? Itu kelemahan paling besar. Aku tak nafikan.

Lagi satu, niat ke Jepun pun, teliti semula. Betul atau tidak. Kalau niat kerana Allah, kerana Islam, pastikan tak laksanakan separuh jalan dan tak menyalahi undang-undang Islam. Sebab Allah mahukan yang terbaik, matlamat tidak menghalalkan cara.


Surah As-Saff

Disebabkan surah ni agak panjang, perbincangan adalah menjurus kepada beberapa ayat yang menarik.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (3)

Kalau diterjemah secara literal, akan kelihatan seolah-olah "tak payah la tegur orang, diri sendiri pun tak perfect. Kang tertegur perkara sendiri tak buat, kena laknat pulak".

Majoriti akan fikir macam ni.

Hakikatnya ayat ini bukanlah satu gertakan, tetapi merupakan nasihat dan cabaran kepada orang-orang yang beriman. Agar tidak berhenti mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dalam masa yang sama, sentiasa berusaha meningkatkan diri supaya tidak menjadi antara golongan yag dimaksudkan dalam ayat ini.

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (4)

"Seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" itu bukanlah bermaksud kena jalan sama-sama, hand-in-hand, rapat-rapat gitu. Tetapi mengisyaratkan kepada perancangan yang rappi dan startegi yang mantap dalam berusaha menegakkan agama Allah. Iaitu menjalankan usaha dakwah Islam. Bukan boleh ikut suka je, nak buat apa, nak siapkan bila dan sebagainya.

Kerana kejahatan yang teratur akan mengalahkan kebaikan yang terabur.

Tidak bermakna apabila bekerja untuk Islam, kerana Allah, akan sentiasa menang. Ujian dan cabaran itu akan sentiasa ada. Tidak putus-putus. Sebab itu, perlu kepada suatu sistem/organisasi, seorang ketua dan juga perancangan yang teliti.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (10)Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (11)

Ni ayat paling best, yang menjadi intipati utama surah ini. Mungkin.

Sesuatu yang sangat menarik ialah Allah tidak menggambarkan perbuatan "beriman kepada Allah dan berjihad" itu sebagai PENGORBANAN. Tapi sebagai PERNIAGAAN.

Kalau "pengorbanan", seolah-olah merugikan diri kerana kita seperti berbakti untuk orang lain. Membuat sesuatu demi kesenangan dan kesejahteraan pihak yang menerima. Sedangkan Allah tidak akan terkesan langsung dengan segala perbuatan hamba-Nya.

Tetapi "perniagaan" membawa keuntungan kepada kedua-dua pihak. Sama ada "pengguna" dan "penjual", kedua-duanya mendapat kebaikan. Mungkin "peniaga" mendapat lebih. Harga jualan barang biasanya lebih tinggi daripada harga modal. Bermakna keuntungan yang diperoleh adalah melebihi modal yang dikeluarkan. Lebih-lebih lagi jika "perniagaan" dijalankan secara bersungguh-sungguh. Lagipun tak ada "peniaga" yang nak rugi kan?

Terasa betapa cantiknya perumpamaan yang Allah beri, dalam memberi galakan kepada hamba-Nya.



Seperkara lagi yang menarik ialah "harta" disebut dahulu sebelum "jiwa". Agak-agak ada terfikir tak kenapa "harta" dahulu, bukkan "jiwa". Sedangkan "jiwa" lebih berharga. Kan?

Kerana lumrah manusia, memang cintakan harta dan dunia. Sehingga sanggup berbunuhan semata-mata berebut harta dan pusaka. Tipikal drama dan novel Melayu banyak je scene macam ni. Tak percaya, cuba tengok drama Melayu. Tak kisah TV 1 ke TV 3, sama je.


Semua nak masuk syurga. Nak syurga yang paling tinggi, paling best. Kan? Tak tahulah kalau ada yang tak. Macam mana caranya? Allah dah bagi jalan, dalam ayat ni. Buat investment, pelaburan jangka panjang untuk kebaikan selepas mati.


Semoga menjadi "Subarashii Muslim" di bumi Jepun. InsyaAllah.


Wallahua'lam.

No comments: