Tuesday 5 April 2011

Kahwin muda.

Semalam, masa tengah-tengah browse wall facebook, aku ternampak satu blog post yang dilinkkan ke wall seorang kawan yang membuatkan aku menjadi akira shock!

Blog post yang dilinkkan itu kepunyaan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang tinggal di Selatan Malaysia. Dan yang mengakira shockkan aku tu ialah ‘isu’ post tersebut ialah catatan majlis pernikahannya yang berlangsung penghujung tahun lepas. Sekarang, remaja tu dah berbadan dua dan buat masa ni hanya bersekolah di rumah. Berdasarkan blognya, aku dapat tahu bahawa dia bercita-cita nak ambil SPM jugak walaupun dah bergelar isteri.

Aku baca komen kat link tu. Rata-rata kawan aku cam terkejut gak. Tapi diorang kagum dengan ke’berani’an remaja tu. Lagi pulak dia kahwin dengan ustaz dia. Mungkin bukan ustaz yang memang mengajar dia, tapi cikgu la kat sekolah tahfiz tempat dia belajar. Ye, tahfiz. Remaja ni berpindah ke sekolah tahfiz masa Tingkatan 4, dengan hasrat nak berubah (dia sendiri yang state dalam blog dia).

Drama Korea pasal budak perempuan yang tak sabar nak kahwin!




Sebagai seorang kakak, aku kesian kat dia. Sebab dia bukannya budak tak de masa depan yang memang tak reti belajar. Aku rasa dia boleh berjaya kalau diberi peluang. Sayangnya dia buat keputusan yang mengubah seluruh kehidupan tu sebelum member peluang kepada peluang tu untuk menjelma. Aku baca sejarah ‘cinta’ dia dengan ustaz tu (ok, dia tak bercinta macam couple tu, kira cinta lepas kahwin lah ni) dan aku tak nak komen apa-apa kat sini, walaupun kat rumah macam-macam aku ulas dengan adik aku. Biarlah rahsia. Lagipun itu keputusan dia, aku tak boleh buat apa-apa.

Tu satu kes. Masa aku browse blog remaja tu, aku jumpa satu kes lagi. Seorang remaja 17 tahun dah pun melahirkan anak (yang sah). Dia berkahwin pada usia 16 tahun dengan pakwe dia yang tua dua tahun je dari dia. Spontan aku terfikir, cam ne pakwe dia nak sara dia dengan baby tu? Konfem gaji tak besar mana kalau kerja tetap pun, sebab sijil tak tinggi mana. Aku tak perasan result PMR dia macam mana, tapi rasanya tak la teruk sangat. Ada harapan la jugak. Cumanya, beza dengan kes pertama, dia ni memang dah couple berbulan-bulan dengan pakwe dia tu.

So, tu lah sedikit sebanyak pengenalannya. Mesti korang rasa aku ni anti-kahwin muda. Tapi aku rasa aku tak anti sebab aku sendiri pun pernah terfikir untuk kahwin muda. Aku tak de calon pun lagi, tapi mengenangkan cabaran masa sekarang ni, terdetik pula, agaknya jalan paling selamat, kahwin kot.

Ok, tutup cerita aku. Kita bukak cerita lain pulak.

Petang tu, aku cerita pasal ‘penemuan’ aku tu kat umi, nak tanya pandangan dia. Umi agak negatif tentang isu ni. Respon pertama ialah geleng kepala. Pastu, umi cerita la masa zaman dia belajar kolej dulu, ada sorang junior dia ni luahkan masalah dia kat umi. Dia kata abang ipar dia, seorang ustaz (sebab aku cerita kes pertama tu je) kat sebuah sekolah pondok. Satu hari tu, ustaz ni bawa sorang budak perempuan sekolah tu, naik kereta ke Golok. Apa lagi, kahwin lari la. Dah tu, isteri tua dia (kakak kepada junior umi tu) pasrah je lah. Tak cukup dua, abang ipar dia tu kacau-kacau pulak dia. Tu yang dia tak tahan, cerita kat umi.

Simbolik pernikahan


Habis cerita pertama, sambung cerita kedua pulak. Plot baru, watak pun lain.

Ada seorang student kat sebuah sekolah agama yang terkenal di Terengganu. Dia ni memang terkenal alim la. Memang ustaz la kiranya. Dia ada ayah angkat. Pastu dah habis belajar sekolah menengah, dia pun berhasrat nak sambung belajar ke Mesir. Memang dah jadi lumrah masyarakat Pantai Timur ni, belajar agama di Timur Tengah lepas habis sekolah. Kononnya hebatla, banyak ilmu, bila balik je jadi ustaz. Sama la macam student tadi ni. Dia nak tingkatkan ilmu dia, so, nak pergilah Mesir. Masa tu umur dia baru belasan tahun, 19 kot. Sebelum dia pergi tu, ayah angkat dia kahwinkan student ni dengan anak gadis dia, pun belasan tahun jugak, dengan harapan bahagialah anak dia tu bersuamikan ustaz.

Dah tu, berangkat la pasangan muda ni ke Mesir. Bila dah jauh dari keluarga tu, tak de siapa tahu, mula la student ni tunjuk perangai. Menurut cerita umi yang ada sekali kat tempat kejadian tu, student lelaki (ustaz tu) dera isteri dia. Suruh cuci rumahlah (rumah arab tak macam rumah Malaysia, lagi teruk), basuh karpet la. Basuh baju sental secara manual. Memang kesian gila dengar umi cerita. Mungkin baca tak rasa sangat kot. Isteri dia pregnant pun, dia buat dek je, paksa je buat macam-macam. Aku imagine pun dah rasa kesian gila. Seorang peempuan, baru belasan tahun (dalam 16-18), mengandung, pastu kena kerah buat macam-macam kerja. Tak kesian ke?

Sekarang ni, of course la dah balik Malaysia, umi kata isteri ustaz tu dah empat orang (nak terbeliak biji mata aku dengar). Tak tahu la ustaz tu habis belajar ke tak. Aku takleh bayangkan camne kehidupan diorang. Kesian gila kat isteri-isteri dia tu. Masa depan anak-anak pula, tak tahu macam mana.

-
-
-

Dah, dah, dah habis dah slot melankolik, ‘Mari menangis bersama saya’.

Kat sini ada dua isu sebenarnya. Pertama kahwin muda sebab tak tahan cabaran ‘pandang pakwe’. Dah rasa wajib kahwin sebab takut terjadi zina. Untuk isu ni, bila difikir-fikirkan, memang tak mustahillah untuk tingkatkan peratus penceraian. Sebabnya, mereka tak matang. Mereka berkahwin semata-mata sebab nak nikmat ‘kahwin’ tu. Tak fikir panjang. Tahu kahwin tu untuk selamanya, tapi tak betul-betul bersedia untuk ‘selamanya’. Nak anak, sekadar nak anak, tak fikir pasal pendidikan mereka, mungkin masa mengandung jaga elok-elok. Tapi untuk 10 tahun akan datang, tak difikirkan lagi, apa cabaran yang mereka akan hadapi, mampukah mereka jadi orang dalam erti kata orang yang sebenar?

Ada seorang remaja tu, untuk menyokong keputusan dia kahwin awal tu, dia embedkan satu video ceramah pasal kahwin muda. Tapi apa yang aku faham, dalam video tu, ‘orang muda’ yang disuruh kahwin tu ialah mereka yang dalam lingkungan 20an dan 30an, bukannya kanak-kanak sekolah belasan tahun. Aku rasa adik tu dah salah faham dengan seruan ustaz yang bagi ceramah tu.

Pernikahan menyatukan dua insan. Tapi bukan semata-mata kerana keseronokan.


Ok, is kedua pulak. Kahwin dengan ustaz. Sebenarnya ni bukan isu baru ke apa. Dah jadi isu biasa dah pun, lagi-lagi kat kampung, sekolah agama/tahfiz/pondok. Sebab apa? Sebab ibu bapa kononnya rasa bila kahwin dengan ustaz, akan bahagia kekal abadi sampai akhirat. Diorang terlupa kot, ustaz tu orang gak, dan apa yang aku perasan, kadang-kadang ustaz ni pulak yang terlebih hebat nafsu dia. Bukan semua, tapi ada. Sudahnya bila dah kahwin, makan hati berulam jantung. Dua tiga tahun lepas tu, suami minta izin kahwin satu lagi. Kena pulak dia ceramah pasal payung emas kat akhirat, sunnah Nabi berpoligami, pahala besar kalau reda dan blah blah blah lagi, tak ke terpasrah je isteri tu? Mak ayah pun tak boleh nak kata apa, sebabnya suami tu ustaz, kira confirmla apa yang dia buat tu ‘betul’.

Tu ibu bapa yang setuju. Yang ‘ustaz-ustaz’ ni pulak, tunjuk hebat je. Rasa macam dia paling hebat, belajar sampai ke Mesir, so banyakla ilmu. Tapi kena ingat gak, Mesir tu bumi Fir’aun sekali. Jadinya, tak de siapa yang boleh bantah cakap dia. Apa dia buat semua betul. Kat masjid, ceramah berdegar-degar. Akhlak, dialah paling baik. Orang kampung semua berangan nak jadikan menantu. Tu yang anak-anak gadis pun sanggup jadi yang kedua, ketiga. Asalkan dapat ‘berkat’. Benda ni bukan rekaan, memang ada yang aku dah jumpa sendiri. Kat kampung aku tu, memang ada je yang perangai macam ni. Huh, pelik betul!

Nak buat macam mana, dah nama pun manusia, perangai memang tak dijangka-jangka la. *tarik nafas panjang*

P/S: Sebab tu la aku tak nak yang ‘ustaz’ sangat. Yang cakap banyak pun susah, sebab biasanya, cakap je banyak, hasil…..? ntah…

7 comments:

~i'm the flying birds~ said...

Hmm... isu yang sangat menarik, mgkn terlmbt utk komen (sbb xtau blog bru nih), pandangan kte sdkt brbeza,
1- jodoh tu ditgn tuhan, sooner or later insya Allah ada ( kalau x kat dunia insya Allah kat negeri asal kte), jd.. apa yg kte patut buat, berserahlah kpd-Nya, istikharah!
2- Fakta membuktikn xsume yg tiada sjil pljrn yg tinggi akn hidup susah, org tu memerlukan ilmu dan kpakaran yg akn dia cburi, percayalah dia blh brjaya. cth : arwah Sosilawati, hnya bljr smpai spm tpi blh jd jutawan. tpi, sebaiknya pnuhkanlah ilmu didada..
sekadar renungan bersama~

Iffah Syuqaira said...

xpe.. kita jugak yang takut nak promote blog XD
1. betul tu, kita setuju sesangat! tapi agak pelik sedikit dgn trend remaja skrng.. yang bercinta bagai nk kahwin time tu jugak (padahal sedar nk spm tak lama lagi dan sebagainya)
2. sekurang-kurangnya spm tu ada. Tapi pandangan kita la, kalau xde, agak ssh la nak kehidupan yang selesa utk zaman skrng.. melainkan dia mmg betul2 berusaha siang malam..

it's okay, na. Kita open je. Just share your opinion every time you feel like doing so ^^

Dr Afifah said...

kita rase tak saba la nak kahwin..hahaha

Iffah Syuqaira said...

euww.. ngada2 nyer! eh, lupa pulak, ada org tu kata nk post kad kahwin dia kt blog kelas x lama lagi.. hahaha

Wild Cherry said...

Tengah-tengah sekolah pon ade yang dah kahwen ek... tapi boleh ke pelajar sekolah kahwen?

Iffah Syuqaira said...

ada je.. em.. ntah la... tp rsenye dh kahwin, dorg berhenti sekolah kot.. ntah, x tau..xde pengalaman lg..haha

Anonymous said...

rasa takut pulak degan ustaz. pernah saya baca satu buku ni, buku tu mengisahkan tentang kisah benar. ada seorang ustaz lulusan universiti mesir dikahwinkan dengan seorang gadis. gadis ni pulak dah ade buah hati yang dah bertunang dah pon tapi pertunangan mereka dibatalkan sebab alasan tunang perempuan tu haya la lulusan universiti tempatan je so kire tak setandinglah dengan ustaz ni. ustaz tu dapat tahu pasal kisah silam perempuan tu dengan tunang die yang mengaibkan,bila difikirkan balik memang ah jelas perempuan tu pernah buat silap yang besar tp die sebagai seorang ustaz patutnya bimbing perempuan tu pulang kejalan yang benar. parents perempuan tu pulak asyik na menangkan perempuan tu. ustaz tu baiklah itu lah ini lah padahal dorang tak tahu macam mana layanan ustaz tu kat anak dorang. setiap hari perempuan tu kene dera and puaskan nafsu bodoh ustaz tu sampai keguguran hampir lima kali. kesian perempuan tu die di layan tak ubah macam perempuan simpanan. banyak lagi la yang perempuan tu lalui sampai doktor sah kan yang di xboleh mengadung untuk sementara waktu. kesian sangat baca cerita tu. tajuk buku tu DIBALIK SERBAN or PELACUR KELAS PERTAMA.