Wednesday, 6 February 2013

Deklarasi Terakhir

Assalamualaikum.



Adakah entri ini yang terakhir dicatat langsung dari Blok D, Kolej Kediaman Ungku Aziz (Kolej Sebelas)?

Em, biarkan dulu persoalan tu. Tak perlu jawab....

...lagi...





Dengan berakhirnya program motivasi semalam, maka secara rasminya berakhirlah kehidupan di kompleks AAJ.

Dah tak ada lagi berkumpul ramai-ramai di ADK 1, semua berebut-rebut duduk belakang. Bila kelas dah lebih setengah jam, mula la ada yang tidur, buat kerja lain, borak-borak, buat shukudai, makan, macam-macam lagi la. Bila sensei sebut nama suruh baca, baru kelam-kabut kembali ke dunia nyata, terkocoh-kocoh cari buku, tanya orang kat mana kena baca. Hmm, masa tu la kawan sebelah sangat berjasa.

Tapi aku tak suka bila kena duduk ikut kelas G. Kelas aku depan. Dan yang depan sekali tu mesti onna. Tak best.



Dah tak ada lagi main kunci-kunci pintu belakang ABT 8 supaya yang lambat sangat, macam taknak masuk balik dah lepas kyuukei tu, lalu pintu depan. Seronok tolong gelak.

Kagaku (Kimia) selalu banyak 'masa lebih' sampai sensei berceloteh macam tak nak berhenti. Benda kecik pun nak tanya panjang-panjang. Em, layan je la.

Butsuri (Fizik) selalu dapat balik awal. Oh, itu paling best! Lagi-lagi bila sensei bagi latihan kertas dan cakap 'siapa dah siap boleh balik'. Masa tu semua orang kejar-kejar nak siapkan. Tapi yang biasanya siap awal sekali..... emmm.... siapa er? Kertas yang lepas tu akan dipass around jadi skema jawapan.

[Masa aku memang banyak dihabiskan di ABT 8, kelas G2 yang selalu merangkap kelas Nihongo aku sekali.]



Dah tak ada lagi party underground masa kelas Suugaku (Matematik) kat ADK 2, pasal koop tak jauh mana kan? Kelas 'peti ais', merangkap 'tempat pertapaan' aku lebih kurang sebulan sebelum EJU. Bila dah sejuk sangat, ramai-ramai buat rombongan serap haba kat luar. Tak pun tutup aircond. Pastu sensei masuk, kata panas, buka balik. Senyap-senyap je la nak menggigil. Boleh kira dengan jari siapa tak bawa sweater masa tu. Aku la salah seorang. Bila kyuukei, tsunami melanda. Haha.




Dah tak ada lagi termenung sambil usha-usha orang masa exam, bila dah habis jawab atau tak tahu nak jawab apa. Masa tahun 1, duduk depan, tak best. Termenung nampak dinding, pintu je. Nak best sikit, tengok luar tingkap. Tapi tak ada apa-apa pun. Tahun 2, dapat duduk tengah-tengah, betul-betul belakang speaker. Seronok. Banyak benda untuk ditengok, kalau dah bosan sangat. Em, ada ke istilah bosan masa exam? Hehe...





Dan banyak lagi.

Kalau nak tulis semua perkara, letak semua gambar berkaitan, silap-silap nak tekan publish, blogger tak bagi. Kata, 'your post is too big'.

Niat asal macam nak tulis pendek je sebenarnya. Tapi, biasa la, dah mula menulis... tau-tau jela... Yang terakhir la pula tu.


Dua tahun yang berlalu terasa sangat sekejap. Kadang-kadang ada juga rasa lama. Macam tak nak percaya esok hari akhir. Macam terasa akan berulang lagi hari-hari berjalan jauh pergi AAJ, laju-laju sikit kalau dah lambat. Balik petang-petang sambil borak-borak, singgah beli nasi bungkus. Seminggu sekali, kumpul ramai-ramai kat surau blok, berusrah. Kalau rajin, riadah kat luar, naik bukit ke, jalan-jalan kat trek ke. Kadang-kadang tak rancang, tiba-tiba keluar. Masa beria-ia plan, tak jadi pulak. Macam-macam betul. Hmm...

But those memories are the best!

Di AAJ juga, aku bertemu dengan seorang ex-classmate, yang hampir 10 tahun tak jumpa. Kemudian, mendapat satu kejutan yang membuatkan aku betul-betul terkejut, hingga sekarang, walaupun dah lebih sikit setahun. Haha. Bila fikir, kadang-kadang rasa macam cerita novel la pulak.

Terlebih baca novel agaknya kot. Hmm...



Walaupun AAJ ni, mungkin tak lebih sebagai transit sebelum berlepas ke Jepun (hakikatnya dunia pun transit je), tapi banyak ilmu yang ditimba, pengalaman yang diperoleh, dan memori yang terhasil.

Terima kasih semua yang mewarnai kehidupan aku selama hampir dua tahun di sini. Maaf andai ada tersilap bicara, terkasar bahasa, terlanjur kata, sama ada lisan, fizikal mahupun penulisan maya. (Banyak rasanya salah silap ni). Halalkan ilmu, makan minum, dan semua yang kalian bagi, aku terima.

Aku dah maafkan semua orang. Tak simpan apa-apa. Sentiasa positif dan optimis. Tapi kalau nak minta maaf juga, aku tak ada masalah. Cuma nyatakan sekali apa kesalahan. Walaupun aku rasa menggunakan identiti 'anonymous' bukan tindakan berani, tapi aku tetap terima kemaafan atau kalau-kalau ada apa-apa pengakuan daripada mereka yang seperti ini.

Aku nak AAJ berakhir tanpa ada apa-apa yang tidak selesai. Kalau boleh biar semua selesai. Melainkan kalau dah memang perkara tu tak boleh diselesaikan. Hmm, dah berbelit-belit pulak ayat aku.


Seperkara lagi, aku nak minta tolong sikit. Rasanya ramai otoko RPKJ batch 30 yang baca blog ni. Aku nak minta tolong, sampai-sampaikan kepada yang tak baca sekali, kalau boleh biar semua tahu. Tolong address atau panggil aku dengan nama sebenar atau nama AAJ. NO 'Iffah'! Please! Aku perasan kebelakangan ni macam ada kecenderungan untuk nama 'Iffah' itu dikomersialkan. Aku tak selesa. (Onna je boleh panggil nama tu). So, please. Onegaishimasu~


Dengan ini, selesailah entri terakhir, di tempat yang disebutkan di atas.

Sekian, terima kasih.

[Photos taken from fb. Maaf kepada sesiapa yang berkaitan. Kalau ada copyright, sila beritahu. ^_^]

Edit:
Dalam semua sibuk-sibuk mengemas tu, aku cadangkan janganlah buang buku-buku teks Jepun yang kita terima tapi tak guna tu. Simpan sebagai kenangan. Mungkin boleh tunjuk kepada generasi akan datang? Dah la dapat free je. Orang lain berebut nak simpan. Hargai nikmat yang ada. Jangan membazir. Sayangilah ilmu. Sedih aku tengok buku-buku tu tersusun cantik je kat tepi tong sampah. Dahla buku lawa-lawa lagi. Hmmm... fikir-fikirkan. Semua dah besar.

5 comments:

Anonymous said...

wow, post yg ni pling best><
sblum ak masuk AAJ ak cari blog tntg AAJ n kehidupan student AAJ tp x ramai yg tulis... coz ramai yg x tahu tntg AAJ ( lgpun sume student yg dapat tawaran AAJ confirm akan cari gak blog camni ) . tp, bile ade blog ni. secara x langsung ak rase ramai yg berminat nak masuk AAJ. hmm, lpas ni truskanlah pulak post tntg nihon n kehidupan kat sana. lg best kalau bleh tulis camne nak survive kat nihon sbgai seorg muslim . okeh2, truskanlah menulis k. kitorang sume akan sentiasa sokong kau :)
p.s. thankz sbb x stop tulis blog ni.. ><..

Iffah Syuqaira said...

terima kasih atas sokongan tersebut *terharu*
insyaAllah cadangan tersebut akan cuba diusahakan.

p.s: mata anon? berani la sikit. HAHA

Unknown said...

Thanks for ur post.
Aku baru je start baca blog ni baru2 ni. Mintak maaf kalo aku ada buat ko marah ke ape.
Sekian.
btw, nice post and blog.

TSR said...

2nenkan arigatou (^_^)...tsugi no 2nenkan(kalau ade)...tanoshimi...

Asyran Othman said...

Aku nak mintak maaf jugak kalau ada buat salah . (tak pasti ada dosa ke tak dengan kau). Wallahua'lam.

P/s: Aku berani.