Monday, 18 March 2013

BTN 2.0 : Fikir dan Analisis

Assalamualaikum



Macam BR1M pulak. Ada 2.0.
Takpe, abaikan.

Beberapa hari lepas, tiba-tiba sahaja entri tentang BTN yang dah lebih seminggu dipublish jadi meriah. Komen yang minta diapprove muncul tak putus-putus. Yang terakhir malam tadi, 2338. Aku approve semua, tak ada tapis-tapis. Tapi saja tak komen, tak nak masuk campur. Sebab ni blog aku kan. Kat mana-mana pun aku boleh buat ulasan.*angkat kening


And so, here's my comment.

[Peringatan: Tulisan ini hanyalah pandangan peribadi penulis semata-mata. Tidak sesuai dijadikan hujah]




Tapi sebelum tu, aku nak kongsikan sesuatu.

Bertarikh 20 Februari 2013, di bilik PKPK yang ketiga, menghampiri jam 12 tengah malam (tak catat pulak masa yang tepat), fasi aku ada berkata yang bunyinya lebih kurang begini. Aku tak rakam kata-kata tu, memori pun tak berapa baik nak ingat sebutir-sebutir, so agak-agak je la, yang penting mesej sampai.

1. Kamu semua dapat ke Jepun kerana peruntukan Perkara 153.
2. Kamu semua dah terbang ke Jepun, kemudian berlaku pilihan raya.
3. Kerajaan yang ada tak dapat bertahan, pihak yang menang pula dapat 2/3 majoriti parlimen.
4. Ada 2/3 majoriti, perlembagaan diubah.
5. Perkara 153 diubah/dimansuhkan.
6. Kamu semua dipanggil balik.

Lebih kurang macam tu lah kronologi kisahnya.


Kemudian, sekitar minggu lepas, aku terjumpa gambar ini.



Boleh nampak tak ada perbezaan antara penerangan fasi aku dengan fakta yang aku jumpa sendiri? Sebenarnya itu point yang aku nak highlightkan.

Aku jadi tertanya-tanya kenapa fakta ini tidak dijelaskan? Tak kisahlah oleh fasi ataupun penceramah jemputan mahupun jurulatih, ustaz, atau sesiapa je lah yang berkaitan. Takkan lah fasi atau penceramah tak tahu. Mereka kan pakar perlembagaan dan kenegaraan.

Berdasarkan fakta ini, jelas bermaksud hak istimewa dan kedudukan orang Melayu dah terjamin. Tak ada yang boleh menggugat walau siapapun yang memerintah. Aku tak rasa sultan dan raja tak sayang singgahsana mereka dan sanggup gadaikan Melayu.

Secara peribadi, aku juga bertanggapan bahawa perlembagaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk diubah. Lebih-lebih lagi yang melibatkan perkara-perkara kritikal berkaitan sentimen perkauman dan keistimewaan serta hak bangsa. Sesuatu yang sangat perlu kepada penelitian sekiranya ingin dirombak kerana amat menyentuh sensitiviti banyak pihak. Bukan boleh senang-senang pinda macam naikkan harga minyak.

Maka, aku jadi pelik kenapa fasi-fasi tidak bertindak lebih bijak dengan memberitahu fakta ini, dan katakan pada peserta yang semuanya Melayu Bumiputera bahawa kita boleh goyang kaki sahaja tanpa perlu risau akan keistimewaan yang kita terima. Tidak perlu bersusah payah ulang sebanyak 10 kali dan menakutkan mahasiswa. Dengan itu masa yang terluang boleh diisi dengan penerangan perkara-perkara lain yang lebih penting dan lebih "menggugat" kesejahteraan Melayu.

Orang Melayu dahulu kata, "Berani kerana benar, Takut kerana salah". Jadi, ada yang salah ke sampai mahasiswa juga perlu ditakut-takutkan? Kalau perlembagaan itu sudah sempurna, betul tiada cacat, maka tiada manusia cerdik yang akan memporak-porandakannya. Jadi kenapa perlu takut?


Atau adakah fakta ini sebenarnya salah?






Perkara seterusnya ialah berkaitan baik buruk BTN yang menjadi pertikaian panjang lebar dalam komen-komen entri sebelum ini. Ada yang buat analogi, ada yang bagi kata-kata sahabat, ada yang berhujah dengan fakta, logik, persoalan, macam-macam la. Boleh baca sendiri. Pendek kata, semua hebat-hebat dengan hujah masing-masing. Satu je kurangnya, ada yang kurang berani dengan menggunakan samaran "Anonymous".

Macam yang aku ada disebut dalam entri yang dulu. Matlamat asal BTN yang digariskan dalam kertas kerja memang suci, murni dan mulia. Penerapan semangat kenegaraan dan patriotisme. Agar pelajar yang dihantar ke luar negara dengan duit rakyat tidak lupa asal usul dan pulang menabur bakti. Tidak ada yang salah di situ.

Tapi, baru semalam, aku terbaca sebuah artikel tulisan seorang pelajar tajaan di luar negara yang menceritakan realiti pelajar-pelajar Malaysia di perantauan. Tak banyak beza dengan kisah-kisah yang sensei bawakan dalam kelas dan lakonan kita ketika program motivasi. Ponteng, boros, lalai agama dan sebagainya. Antara kita sendiri pun, mungkin ada yang sudah memasang cita-cita atau niat yang salah. Bukanlah cita-cita ponteng kelas. Tapi niat nak melancong, beli game, pergi konsert, shopping dan lain-lain lagi yang tak ada kaitan dengan pengajian. Termasuk aku la jugak kot.

Sebab itu pentingnya program "motivasi" seperti ini diadakan. Penerapan nilai-nilai murni dan semangat cinta negara sangat perlu.

Cuma, apabila program ini disalah guna dan dijadikan platform untuk memenuhi kepentingan sesetengah pihak, maka hasilnya akan menemui kegagalan. Contoh paling mudah, kalau BTN berjaya, tak akan adalah kes-kes seperti pengakuan pelajar ini. Tak akan ada lah kes mengulang tahun pengajian yang mencecah hingga 40%. Tak ada lah juga pelajar yang pulang tanpa sijil. Tak perlu lah sensei-sensei membebel panjang-panjang tentang moral kerana semua pelajar sudah ada kesedaran sendiri, jati diri yang kukuh untuk dipertahankan selama 4 tahun, perasaan bertanggungjawab dan amanah atas kepercayaan yang diberi menjadi duta kecil negara.

Tapi, realitinya?



Di BTN juga, diterapkan nilai-nilai agama. Seperti solat berjemaah, kuliah Subuh dan Maghrib, serta baca doa sebelum makan. Satu usaha murni yang harus dipuji. Semoga diteruskan pada masa akan datang dan diluaskan kepada semua aspek. Kerana Islam bukan hanya di dalam surau atau ketika kuliah sahaja.

Aku sangat tidak bersetuju dengan konsep sekularisme, atau pemisahan agama daripada kehidupan seharian. Sebagai contoh, ketika bernikah di dalam masjid, elok bertudung litup menutup aurat. Tetapi ketika bersanding di hotel, tanpa rasa bersalah bergaun ketat. Adat mengatasi syariat. Seolah-olah pengawasan malaikat hanya di masjid. Tidak ada bezanya juga dengan penyusunan aktiviti yang sangat cantik di dalam surau, zikir munajat sebelum solat, solat berjemaah, tazkirah kemudian bersalam-salaman. Tetapi di luar, di dewan makan contohnya, pergaulan bebas seolah-olah digalakkan.

Dalam komen-komen tu  juga, ada yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap ustaz yang berat sebelah. Aku tak nafikan kenyataan itu. Tapi ilmu yang disampaikan itu ada yang berguna, yang kalau diteliti dan difahami dengan berhati-hati, akan terserlah kebenaran yang hakiki. Aku salin semua poin ustaz yang guna slide tu. Dengan ayat-ayat lengkap sekali. Tapi aku hurai dengan kefahaman yang aku ada. Yang betul aku ambil, yang kurang aku tepis dengan "perisai" yang aku bawa.


Satu lagi "jasa" besar BTN ialah mencelikkan kesedaran politik kepada mahasiswa. Banyak daripada golongan terpelajar yang kurang mengambil berat dengan kesedaran politik. Kerana hidup mereka sudah senang, tiada apa yang perlu dirisaukan. Siapa yang perintah negara pun, tak bagi kesan kepada mereka. Sedangkan politik adalah satu aspek penting dalam agama. Kalau tidak kenapa Rasulullah pun berpolitik? Susah-susah berhijrah ke Madinah, tubuhkan negara. Kan senang je kalau terus menetap di Mekah, dekat dengan Kaabah, beribadah je hari-hari. Tapi persoalan lain pula, dapat ke Rasulullah beribadah dengan tenang walaupun dekat dengan rumah Allah?

Sebab itu politik penting. Politik yang dianjurkan oleh Islam.

Cuma cara penyampaian ketika BTN bermasalah. Ada ketikanya aku rasa nak tergelak dengar fakta yang diberi. Ada masanya pula, rasa macam nak je bangun, pergi depan ambil mikrofon bagi penerangan yang lebih tepat. Mungkin 10 tahun lepas, taktik tersebut boleh diguna pakai dan berjaya mendoktrin pelajar untuk terima bulat-bulat fakta yang dibentang. Tetapi mahasiswa generasi sekarang semuanya bijak-bijak, tahu menilai mana yang betul, mana yang salah. Kita ada "akal yang terpimpin dan hati yang terdidik" kan? Pasal semua sibuk promote tagline aku.


Akhir kata, dalam kita menegakkan kebenaran, perlu tegas namun biarlah berhemah. Teliti penggunaan kata. Aku pernah terbaca kata-kata peringatan yang berbunyi,


"Walaupun perjuangan kita benar,
tetapi kalau tidak ikhlas,
tidak beradab, tidak taat,
maka Allah tangguhkan lagi kemenangan."


Renungan bersama. Peringatan untuk diri juga. Tak puas hati, ruang bawah luas lagi. Dipersilakan komen. Seronok bertukar-tukar pendapat. Harapnya lebih berani  dan yakin berhujah. Bukan sekadar berani bertopengkan "anon".

Walllahua'lam.

7 comments:

Xsuka Nama Anonymous said...

post ni dah x perlukan komen.

FawWaZ said...

Assalamu'alaikum...

hajimete komento wo shite,yoroshiku onegai shimasu...

hebat btol pemikiran2 tuan empunya blog n pembaca2...trase inferior plak...

maa ne...makin dkat PRU makin bnyk review psl BTN...haha...demo,sore wa warui koto janai yo...omoshirokute, me wo samasu koto ni naru yo...arigatainda...

hmm...stp perkara kt dunia ni ade hitam n putih dye...bgantung pd PEGANGAN MANUSIA tu ntuk dye tafsirkn ssuatu uh...tu pndapat pnulis komen ni la...

"Walaupun perjuangan kita benar,
tetapi kalau tidak ikhlas,
tidak beradab, tidak taat,
maka Allah tangguhkan lagi kemenangan."

pape un...jazakillah khair atas pkongsian..doakn supaya ALLAH btolkn IMAN kte sume n HIDAYAH ALLAH uh dikurniakn kpd umat seluruh alam...semoga ISLAM tegak dgn asbab kita semua...insyaALLAH...

Wallahua'alam...assalamu'alaikum...

[nusaf] said...

Sebab ramai yg komen,aku nk komen gak.Tamat.

btw "retiss" tu amnde?

Anonymous said...

admin,good luck blaja masak bubur lambuk :p (sincerely, Anon yg pgecut)

Anonymous said...

kadang2 memang kita nk dgr hujah yg rasional drpd mereka, tapi sebab dah byk sgt diorg putar belit, toki ni ha time dengar tu terdetik dlm hati ' apa lagi yg diorg nk tipu ni'

*btw ayh ak antara 36 org peserta felcra seri bandi yg dinafikn hak utk menerima geran tanah yg telah diusahakn selama 33 thn atas sebab mereka ni 'makhluk bewarna hijau gelap'

Anonymous said...

lantaran sudah terlalu banyak mereka ni menghidangkan penipuan terhadap kita, terkadang walaupun kita memang ingin mengambil hujah mereka secara rasional dan profesional namun terdetik juga di hati, "apa lagi pembohongan yang mereka ingin utarakan ini"...haha...

aitsu yatsu ha mo takusan uso wo tsuita node,toki ni ha, aitsu ha kondo nano koto ni tsuite usotsuku no ka na to omowazuni ha irarenai no da ne...

*btw, saje nak share, ayah aku antara 33 orang peserta felcra kawasan seri bandi yang tidak menerima geran tanah yang sepatutnya diterima semalam lantaran SEDIKIT 'masalah teknikal'....LALALA....mujur ayah ak cool je..

irmujahidah said...

rugi takde time malam tu,kalau tak boleh tengok mak cik jalan gi pasar sambil kelek bakul~ haha

malas nak comment entry sebab kau sendiri dah share kt aku dulu.yang freshh punyaa :)