Thursday 28 March 2013

"Wow!" Jepun

Assalamualaikum

Hospital Toyonaka di hadapan Shibahara Monorail Station


Hari kelima di Jepun, aku berpeluang berziarah ke 'negeri' lain. Kobe. Tak ada lah jauh mana pun. Lebih kurang sejam je dari Osaka, menaiki kereta api.

Kalau tak sesat la. *senyum sumbing


Dalam perjalanan pulang dari Kobe, seorang akak yang menemani kami ke stesenn kereta api mengajukan soalan,

"Apa perkara yang kamu rasa "wow!" kat Jepun ni?"




Aku diam. Berfikir dan berfikir. Tapi tak dapat jawapan. Sahabat aku menjawab, "Wow, sejuk!" Betul. Aku akui juga perkara tu.

Tapi lain.... Emm......


Mungkin aku belum jumpa kot. Perkara-perkara yang betul-betul membuatkan aku berasa "wow"! Kebanyakan yang aku rasai dan temui adalah perkara biasa yang ceritanya telah sampai ke Malaysia. Jepun bersih, tandas tak ada air, kereta api datang tepat masa, penduduk ikut peraturan, pengurusan sampah teliti, rumah mahal dan macam-macam lagi.

Maka, apabila tiba di sini, aku rasakan, "Ala, normal la tu, Jepun. Tak ada la pelik pun. Tapi kalau Malaysia, ye. Sangat pelik."

Route monorail. Tapi monorail mahal.


Tambahan pula, ada beberapa pengalaman yang aku lalui yang tak seperti gambaran yang aku peroleh ketika di tanah air.

Sebagai contoh, rakyat Jepun dikatakan sangat berdisiplin dan mematuhi peraturan. Tapi sudah beberapa kali aku terserempak dengan individu yang melanggar isyarat lampu merah dan melintas bukan pada lintasan yang disediakan.

Kemudian, pengurusan sampah. Masa mula-mula sampai, rasa risau sangat, takut-takut buang sampah di tempat yang salah. Tapi setelah beberapa hari, aku dapati pengurusan sampah di sini, di rumah senior aku menumpang sementara waktu ini, tak adalah ketat mana. Terasa sedikit lega.

Begitu juga kereta api. Banyak je yang tak betul-betul tepat. Tapi tak tepat tu, beza dalam seminit je la. Tak ada lah macam di Malaysia, sampai setengah jam.



Eh jap, jangan salah faham. Aku bukan nak memburukkan Jepun.

Cuma nak berkongsi pengalaman belum bertemu "Wow!" di Jepun lagi. Itu sahaja. Lagipun, belum seminggu lagi aku di Jepun ni. Banyak lagi masa untuk aku mencari "Wow!" di serata Jepun. Semoga aku bertemu "wow!" tersebut.

Dan semoga masyarakat Jepun juga bertemu "Wow!" pada duta-duta Islam kecil dari Malaysia.




P.S : Mungkin kisah ni valid di Osaka je kot.

Wallahua'lam.

4 comments:

Anonymous said...

salam. seronok baca blog akak. sy nak tnye sikit, akak under JPA kan.. susah ke interview nye ? klu boleh akak bg la sikit tips ker ape..terima kasih -lepasan spm-

AbdullahUmar said...

Osaka kan terkenal dgn rakyatnya yang macam malaysian.

Iffah Syuqaira said...

kpd adik anon: em, interview takde la susah sangat rasanya. Jawab je soalan yg dia tanya. Yang penting tunjukkan keyakinan anda. InsyaAllah, ada rezeki, dapat. All the best! :)

irmujahidah said...

osaka punya makcik2 ada style.senpai la ckp.try search kt utube,hehe.

pengurusan sampah kt sini biasa2 je.just pisahkn moeru gomi seplastik,moenai gomi seplastik (rumah senpai)

if kaikan la strict sket.tapi senpai kata kt yamanashi pun tak strict sangat